Sunday, November 28, 2010

Ilmuwan Islam

Salam..

Post kali ni cuma nak share info berkenaan beberapa ilmuwan Islam agung yg mungkin tak pernah kita tahu dan tak pernah kenal pun..mereka-mereka ini adalah pakar dan perintis asal kepada ilmu yg kita gunapakai pd hari ini..

Mungkin kita fikir ilmuwan Barat lebih hebat menghasilkan karya-karya ilmu yg unggul..tetapi pada hakikatnya, mereka hanya menumpang nama atas kerja keras dan hasil karya ilmu mereka di bawah ini..........

Abd al-Latif al-Baghdadi dikenali melalui kerjanya dalam bidang anatomi. Dia membetulkan kesilapan sebelumnya berkaitan banyak tetulang dalam badan seperti rahang bawah dan sternum. Tulisannya bertajuk Al-Ifada wa al-I'tibar telah diterbitkan pada tahun 1788 dan diterjemahkan ke dalam bahasa Latin, Jerman, dan Perancis. Beliau juga mengkaji organ-organ deria rasa dalam kitabnya yang berjudul Makalatun fial-Havas.

Ibn Sina (Avicenna) menerangkan tentang cara-cara rawatan ke atas pelbagai jenis penyakit. Kitab agungnya, Kitab al-Qanun fi at-Tibb, yang ditulis dalam bahasa Arab telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada kurun ke-12. Ia diajar dan dianggap sebagai buku pelajaran asas di universiti-universiti Eropah sehingga abad ke-17. Kebanyakan maklumat perubatannya masih lagi sesuai untuk diaplikasikan pada hari ini.

Zakaria Qazvini meruntuhkan banyak pendapat-pendapat yang salah berkaitan dengan otak dan jantung, yang mana telah dianggap tepat sejak zaman Aristotle lagi. Maklumat yang beliau berikan berkenaan dengan dua organ tersebut sama dengan pengetahuan hari ini.

Zakaria Qazvini, Hamd Allah Mustawfi Qazvini (1281-1350), dan Ibn Nafs, semuanya merupakan pengkaji anatomi serta membentuk asas sains perubatan moden.

Ali ibn Isa telah menulis tiga jilid buku tentang penyakit mata, Tazkirat al-Kahhalin. Jilid pertama tertumpu sepenuhnya pada anatomi mata dan mengandungai banyak informasi berharga. Ia kemudiannya diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan Jerman.

Al-Bairuni membuktikan 600 tahun lebih awal sebelum Galileo bahawa bumi berputar, dan juga telah mengira diameternya 700 tahun sebelum Newton melakukannya.

Ali Kuscu menghasilkan peta pertama untuk bulan, satu bahagian yang dinamakan sempena nama beliau.

Thabit ibn Qurra menemui kalkulus pembezaan berkurun-kurun sebelum Newton.

Al-Battani merupakan manusia pertama yang mengasaskan trigonometri.

Abu'l Vafa bertanggungjawab mewujudkan istilah secant (sec) dan cosecant (cosec) dalam bidang trigonometri.

Al-Khawarizmi merupakan orang pertama yang menulis buku berkenaan algebra.

Al-Maghribi mengasaskan persamaan yang dikenali sebagai segitiga Pascal, 600 tahun sebelum ditemui oleh Pascal sendiri.

Ibn Haitsam merupakan pengasas optik. Bacon dan Kepler sekadar menggunakan hasil kerja beliau, sementara Galileo mengunakan penemuan beliau dalam penghasilan teleskop.

Al-Kindi memajukan relativiti dan teori relativiti 1,100 tahun lebih awal daripada Einstein.

Akshamsaddin, yang hidup lebih kurang 400 tahun daripada Pascal, merupakan orang pertama yang menemui kewujudan mikrob.

Ali ibn Abbas adalah orang pertama yang menjalankan pembedahan kanser.

Ibn Jazzar menjelaskan punca-punca dan cara rawatan penyakit kusta.

Sumber: Harun Yahya. Zaman Batu: Satu Pembohongan Seharah.

Hujan Bunga di Kuala Terengganu





Salam...

Alhamdulillah hari ni dah selesai paper keempat - Nutritional Status Assessment (PSP)..

Pagi tu hujan turun dgn lebat mencurah-curah..lebat sgt..waahh...nikmatnya kalau dapat tidur...dah la tak tidur 1 malam dok menghabiskan study PSP..banyak gila nak kena baca..menjelang subuh, habis jugak baca semua..ingat ke? tawakkal je lah..harap-harap yg dibaca ni melekat kat otak..

Alhamdulillah sehari dua ni hati dah semakin tenang dan pulih..

Pergi exam meredah hujan..haish~ dah smart-smart gini basah pulak! dugaan...

Sepanjang exam selama 3 jam hujan tak berhenti..habis exam kaki berasa lenguh..mungkin sebab tabiat aku suka menggoyangkan kaki dan duduk diam masa exam..menahan nak terkucil..sejuukk..!!! duduk dalam bilik berhawa dingin (haha..skema gila)..nak keluar sayang pulak masa..tandas dah la jauh..jd tahan je laahh...3 jam..


15 minit terakhir sebelum exam tamat, sempat lagi melelapkan mata kejap..siap boleh mimpi lagi tuh..mimpi jawapan!! haha..bila tersedar terus betulkan jawapan..soalan tak la susah sangat, tapi mencabar jugak otak ni..

Soalan esei pasal ferritin, rasa macam terawang-awang..apa aku nak goreng ni?? padahal dah 5 kali baca..tak hengat jugak! tapi apapun result yg keluar nanti, aku terima dan redha je..sebab kali dah all-out..aku tak menyesal kalau tak dapat best result, tp puas hati sebab dapat buat yg terbaik sedaya aku...

Monday, November 22, 2010

Exam vs. Fesyen = ???

Salam readers...

Baru je balik exam..ada benda menarik nak share..terus on lappy, 'atas talian' (online) & start blogging..

Hari pertama exam, paper pertama - APK..exam kat kampus Gong Badak, campur dgn course lain yg amek APK jugak..sampai je kat dewan exam, tengok dah ramai berkumpul kat luar..tak boleh masuk lg..kebetulan turun je dari bas pintu dewan dah buka, so boleh masuk..tapi ramai ya ampun..beribu-ribu orang amek APK rupenye..hehe

Ade beberapa benda yg jd perhatian sebelum masuk dewan tu..

1. Pintu dewan ada 6, tapi bukak 1 je..
2. Kelakar tengok pesen (fesyen) diorang datang nak amek exam..
3. Yg dari kampus kota ada trademark..

5 pintu yg malang

Pintu dewan besar ada 6, tak masuk lagi yg kat sayap kiri dan kanan..tapi bukak 1 je..ait?? yg lg 5 tu buat hiasan je ke? sebesar mana pintu tu? ada la sebesar pintu tandas..terpaksa bersesak-sesak nak masuk..dah la ramai gila, dah tu perlu ke lelaki berhimpi-himpit dgn perempuan sekali nak masuk dewan?? dah tentu ni peluang keemasan yg ditunggu-tunggu..apa lah salahnya bukak 2 pintu untuk lelaki & perempuan..pelik kan??? dimana letaknya kewarasan otak berfikir??

Eh..nak pergi fashion show ke?

Bila tengok orang bersesak-sesak nak masuk dewan, tak apalah, bagi la diorang masuk dulu...sy duduk di belakang sambil memerhatikan pesen-pesen diorang...whooaa...boleh tahan jugak budak kusza ni..(oppss! unisza kampus gong badak ok)..pakaian atau pesen diorang mengalahkan nak pergi dinner, fashion show, auto show, dan apa-apa show lg lah..ada yg bergaya mengalahkan artis! haa..melaram sana-sini, siap dgn aksesori tambahan..ada yg mekap mak datin! tak tahu pulak ada pertandingan fashion show malam ni..

Tersenyum dan geli hati melihat gelagat diorang..monolog dalaman: "apa yg diorang nak tunjuk sebenarnya? melaram, bergaya, berpesen segala ni..nak amek exam je pun..lagipun malam-malam buta ni sape je nak tengok kau?? habis exam 2 jam kau balik bilik tanggal jugak semua tu.." kah kah kah..nak bergaya tu biarlah kena pada tempat dan masanya...ada yg jadi mangsa fesyen! over sgt la tu..ish ish ish...kesian~

Kat sini kau pakai la sehebat mana pun, takde orang pandang lah..pelik la orang tengok..agak-agak la kalau nak bergaya pun..lainlah kalau duduk kat KL atau bandar-bandar besar yg lain..hmm...

*kenapa kita mudah terikut-ikut dgn budaya dan pakaian orang barat? dah hilang ke identiti kita sbg orang melayu..apa yg dibanggakan dgn semua tu? sesungguhnya bersederhana itu adalah lebih baik..

Trademark budak Mydam

Haha..apa yg menariknya budak mydam ni? trademark - pakai selipar masuk exam..sempoi gila!! orang lain semua berkasut..kalau jumpa yg pakai selipar tu kompom budak mydam..hmm..jangan lah sampai simple macam tu sekali..sekurang-kurangnya bila berkasut nampaklah berdisiplin sikit student fpsk ni..lagipun rasa macam tak berapa sesuai pakai selipar pergi exam..betul tak?


Psstt: Habis jawab paper 30 minit terus keluar..tak banyak menembak malam ni..pergi kafe tengok final badminton sukan asia Lee Chong Wei vs. Lin Dan.. =)

Sunday, November 21, 2010

Final Countdown - mimpi result



Salam....

Huuhhh...hati semakin gemuruh, jantung semakin berdebar..menanti detik dan saat yg dinanti-nantikan..EXAM!!! yeah...malam ni bermulalah perjuangan masa depan..paper pertama yg bermula 8.30 malam ni subjek universiti - Asas Pembudayaan Keusahawanan..walaupun subjek U je, tapi perlu jugak beri perhatian, sebab masuk pointer tu..dan sebab subjek-subjek lain masih lg terawang-awang dan menerawang, nak tak nak kena skor jugak subjek U..untuk back-up pointer..hehe

Jadi persediaan yg perlu dilakukan;

- Sediakan bekalan peluru secukupnya - sebab soalan semua objektif dan peluru sgt penting pd saat-saat genting..
- Senjata yg digunakan mestilah mempunyai 'target mark' supaya dapat menghasilkan bidikan yg tepat..lagi bagus kalau ada navigator & radar sekali..

Kalau ikram dah mimpi jawapan, aku ni dah mimpi result pulak! belum exam lg dah mimpi result cam ne ni? biasanye result-result exam yg aku mimpi jd kenyataan - result PMR & SPM aku dah tau dulu dah sebelum result sebenar keluar..cam tu jugak result sem 1 & 2 yg lepas..walaupun mimpi tu tak 100% tepat, tapi boleh kata hampir 90% betul la..


Di sini juga sy nak ucapkan selamat berjuang kpd rakan-rakan yg lain selama 14 hari ni..jangan ada yg buat benda-benda tak pekdah..tau la semua orang stress waktu exam ni..masa ni la tak cukup tidur, tak cukup makan, tak cukup mandi, tak cukup segalanya..semata-mata nak cukupkan study..ni la yg dah terjadi kpd sahabat kita - ikram & shazwan (anaman)..dek kerana mata dah kelabu dok ngadap buku & nota je, warna pun dah tak reti beza....mungkin tersalah beli...atau jugak mungkin masa tu diorang berada dalam minda separa sedar..keh keh keh...apa-apa pun, cantik selipar tu...

Selamat exam jugak kpd kawan-kawan medic sy..walaupun dah start sebelum post ni dipublish, tak kira, nak wish jugak..dengar cerita soalan korang sangat 'best'..hehehe...anaman siap amek supplement fish oil & vitamin E lg..tak tau la nasib kitorang ni cam ne pulak..

Rai yg baru balik dari Kemboja pagi td, selamat study ye...hehehe..

*Info diet: ------------------------------------------------------------------------------>

Fish oil - Minyak ikan laut dalam mengandung asid lemak Omega-3 yang terdiri dari EPA dan DHA yang dapat membantu dalam pencegahan aterosklerosis, serangan jantung, kemurungan dan beberapa jenis kanser. Makanan tambahan minyak ikan juga telah terbukti berguna untuk merawat artritis reumatoid, kencing manis, penyakit Raynaud dan kolitis ulseratif..

Vitamin E - Mempunyai antioksidan yg menentang radikal bebas dalam tubuh, meningkatkan daya tahan tubuh, membantu mengatasi stres, meningkatkan kesuburan, mengurangkan risiko kanser dan penyakit jantung koronari. Sangat penting bagi kesihatan kulit dengan menjaga, meningkatkan elastisiti dan kelembapan kulit, mencegah proses penuaan, melindungi kulit dari kerosakan akibat radiasi sinar ultraviolet, serta mempercepat proses penyembuhan luka..
*luka di luar nampak parutnya, luka di dalam siapa yg tahu......

Thursday, November 18, 2010

Salam Perantauan : Aidiladha

Salam Aidiladha...

Beraya di perantauan sememangnya memberi satu pengalaman yg berbeza..tp nasib baik la cuma raya haji, tak lah terasa sangat..kalau raya puasa tak tau lah nak describe mcm mana..mungkin Terengganu patut bersiap sedia untuk menghadapi 'banjir'...

Masalah utama yg dikenal pasti bila raya kat sini - makan! tak ada kedai makan yg buka..jadi terpaksalah mengembara serata alam mencari makanan...

Kronologi raya sebagai perantau:

- Malam raya kedai dah banyak yg tutup..so makan kat warung nasi lemak tepi jalan tu je dgn acap & danial..nasib baik bukak..
- menu malam raya: nasi goreng ayam + steambot + milo ais..

steambot..dah tinggal tak sampai separuh dah ni..

- Pagi raya bangun pagi-pagi dengar takbir..sayu..syahdu...lagi-lagi tinggal sorang dalam bilik..famox da balik rumah makcik dia....



- Lepas solat tak tau nak makan apa..semua kedai tutup..so takde pilihan..pergi 7-eleven..
- Menu pagi raya : Aiskrim Cornetto Coklet (RM2.20)..
- Tengahari pulak nak rasa macam loaded sikit...lunch kat KFC..
- Menu Tengahari raya: KFC snack plate + cheezy wedges + milo ais...


on the way to KFC...tgk, acap siap bawak nota lg..

- Malam pulak Nash balik bawak rezeki...alhamdulillah..
- Menu dinner (1st round): nasi dagang nenek nash buat..



- tak puas lagi..keluar pulak..makan kat The 2 Cafe..nash, acap, danial, ikram, wong & ricky pun join sekali..
- Menu dinner (2nd round): Chicken cheese (ayam lg) + ice blended chocolate (coklet lg)..

ni simptom-simptom examitis (gila exam)..pegi makan pun bawak notes..

- Famox balik bawak pulut kuning pulak...dah..tak muat lg perut ni haa...buat sarapan je la esok..

hmm...macam tu lah sambut raya kat sini..walaupun berjauhan dgn keluarga, tapi tak keseorangan...


Friday, November 12, 2010

Isteri ketiga

Salam..

Saya ada isteri baru..ni dia......


Arrgghhh...disaat final exam dah dekat ni la macam-macam dugaan datang..mana satu nak baca ni..??

Buku karya Harun Yahya ni menceritakan penipuan yg dilakukan oleh para penyokong teori evolusi Darwin atau evolutionist yg memutar-belitkan sejarah sebenar dunia bg menyokong teori evolusi- salah satu penipuan terbesar dalam sejarah..

Apa yg mereka tipu tentang sejarah dunia? sila rujuk buku-buku teks sejarah sekolah menengah yg pernah kita belajar dulu..zaman batu, zaman logam, zaman besi, paleolitik, mesolitik, neolitik sebenarnya tidak wujud! ini adalah sebahagian 'kerja' evolutionist dalam memutar-belit sejarah dunia sehinggakan kita percaya bahawa zaman-zaman tersebut benar-benar wujud!

Segalanya dibongkar dalam buku ini dan diperkuatkan lagi dengan bukti-bukti arkeologi..tak nak hurai panjang lebar..yg penting buku ni sangat menarik! bacalah kalau rajin..hehe

*di sekolah kita dididik untuk mempercayai dan menyokong teori Darwinism..setuju..??

Monday, November 8, 2010

Susah sangat ke?

Salam..

Remaja sekarang khususnya pelajar IPT dah sepatutnya membebankan otak mereka dengan bahan-bahan bacaan yg berat..supaya ia dapat membuka fikiran menjadi lebih luas dan pandang ke hadapan sekali gus dapat membantu masyarakat dan menunaikan tanggungjawab sosial..memandangkan pelajar IPT merupakan salah satu agen penyebar maklumat kpd masyarakat, seharusnya dada dipenuhi dengan ilmu pengetahuan yg bermanfaat dan berguna kpd diri dan orang lain..

Jadi bagaimana seharusnya segala maklumat atau pengetahuan ini dapat dicapai jika tidak melalui pembacaan?

Sekarang bukan lagi masa utk membaca komik, manga, kreko, dsb yg tidak langsung membawa faedah kpd kita mahupun masyarakat..kalau dilihat zaman dahulu zaman datuk nenek kita..mereka lebih cepat mencapai kematangan dan mampu berdikari dgn sendirinya..pernahkah anda melihat datuk atau nenek anda memegang kreko atau komik-komik lain??

Secara peribadi sy amat kesal dan kecewa kerana sukar untuk mencari bahan bacaan ilmiah (yg tak boleh didapati di internet)..hanya sesetengah kedai buku sahaja yg ada menjual buku-buku ini..dan bilangannya amatlah sedikit..ada juga kedai buku yg terpaksa bungkus dan gulung tikar selepas beberapa bulan beroperasi akibat tidak mendapat sambutan daripada masyarakat setempat..adakah ini boleh dijadikan sebagai indikator bahawa masyarakat kita kurang membaca??

Jika kita lihat, komik dan majalah-majalah lebih mudah didapati berbanding bacaan ilmiah..ini kerana jualannya mendapat sambutan dan menggalakkan..tetapi apa pula nasib buku-buku ilmiah? ada sesetengah di antara kita yg terpaksa berjalan jauh hanya untuk mendapatkan sebuah buku ilmiah yg dikehendaki - satu dugaan dan cabaran..

Sesuatu harus dilakukan..tapi bagaimana?? di sinilah letaknya peranan kita sbg pelajar IPT..

Sunday, November 7, 2010

Armagedon 2012

Salam..

Masih ingat lagi post sebelum ni 'Sempat tak nak graduate'..?? tentang dunia kiamat 2012..ada diceritakan tentang Planet Nibiru atau dikenali sbg planet X dan fenomena-fenomena alam yg diramalkan oleh orang-orang Maya dan saintis dunia..

Tetapi masih belum ada hujah yg tepat dan kukuh mengenai peristiwa tersebut..kini semua jawapan tentang 'Kiamat 2012' boleh didapati dalam buku terbitan PTS bertajuk "Armagedon 2012"...

Buku ni menjawab segala persoalan mengenai kiamat 2012 seperti yg dicanangkan orang-orang barat..dan kita juga tak terlepas daripada terpengaruh dgn cerita tersebut..penulisnya Muhammad Alexander yg juga penulis Yakjuj & Makjuj: Bencana di Sebalik Gunung (2009) dan Alexander adalah Zulqarnain (2010)..


Sinopsis "Amargedon 2012"

Pada bulan November 2009, dunia dikejutkan dengan filem arahan Ronald Emmerich yang bertajuk 2012. Idea asal filem ini dipetik daripada kalendar kaum Maya yang mendakwa kitaran besar dunia tempoh ini akan berakhir pada tahun 2012 atau lebih tepat lagi pada 21 Disember 2012.

Selain disokong oleh kalendar kaum Maya yang banyak didakwa berlaku secara 'kebetulan', mereka juga mendakwa pada 2012, sistem suria kita (Galaksi Bima Sakti) akan mengalami konfigurasi luar biasa, medan magnet bumi menjadi lemah dalam masa yang pantas, fenomena hubungan perubahan medan magnet bumi dan hubungan manusia berlaku dan lebih menarik lagi adalah perlanggaran planet Nibiru (Planet X) dengan Bumi.

Filem ini turut dibahas dan dikaji oleh ramai para intelek termasuk daripada NASA sendiri. Muhammad Alexander mengkaji peristiwa kiamat ini sebelum filem 2012 ini ditayangkan.

Kajian ini dimuatkan di dalam buku Armageddon: 2012 yang membahas kekeliruan para intelek dalam menghasilkan filem 2012 serta membahas fenomena kiamat yang disebut di dalam al-Quran dan hadis secara kronologikal.

Turut dimuatkan gambar, carta dan hasil-hasil kajian mengenai kiamat yang dilakukan oleh para saintis. Ini menjadikan buku Armagedon 2012 sebagai buku yang membahaskan tentang kiamat yang terlengkap, tersusun dan gambaran yang mudah difahami.

BAB 1: Filem 2012
BAB 2: Kalendar dan Ramalan Kaum Maya
BAB 3: Tompok Matahari, Perubahan Kutub Magnetik Bumi & Konfigurasi Planet.
BAB 4: Tarikh Kiamat: Kultus yang Meramal Tarikh Kiamat dan Kejadian Bunuh Diri Beramai-ramai.
BAB 5: Rekrontruksi Kronologi 10 Tanda Besar Kiamat.
BAB 6: Kemunculan Dajal dalam Tempoh 40 tahun: Dajal Membuat Kerosakan di Bumi.
Bab 7: Hentaman Meteor Besar pada Bulan Ramadan: Asap Tebal Memenuhi Bumi.
BAB 8: Tempoh 40 hari Dajjal: Asap itu membuat dahi Dajal tertulis “Kafir”.
BAB 9: Nabi Isa Turun Ketika Asap Menyelimuti Bumi.
BAB 10: Hentaman Meteor Merosakkan Teknologi: Yakjuj Makjuj Keluar Semula.
BAB 11: Matahari Terbit dari Barat: Pintu Taubat Tertutup.
BAB 12: Angin Lembut Mencabut Roh Orang Beriman.
BAB 13: Kiamat Besar: Kehancuran Alam Semesta.
BAB 14: Astronomi dalam al-Quran.
BAB 15: Kronologi Kiamat Berdasarkan al-Quran.
BAB 16: Kiamat Fasa 1: Sangkakala Pertama Ditiup: Gelombang Dahsyat.
BAB 17: Kiamat Fasa 2: Langit Bergoncang dan Terbelah.
BAB 18: Kiamat Fasa 3: Supernova Mega.
BAB 19: Kiamat Fasa 4: Bencana Dahsyat Di Bumi.
BAB 20: Kiamat Fasa 5: Kematian Seluruh Manusia.
BAB 21: Sangkakala Kedua Ditiup: Seluruh Manusia Berkumpul di Padang Mahsyar.
BAB 22: Persamaan dan Perbezaan Antara Filem 2012 dengan kenyataan al-Quran dan Hadis.

Thursday, November 4, 2010

Perspective street arts & Camouflage

Salam..

Kali ni aku nak share dgn korang semua beberapa keping gambar menarik..emm menarik la bg aku...

Perspective Street Arts..

Pelik tp benar, macam mana otak diorang boleh kreatif untuk cipta lukisan perspective street arts macam ni?? nampak macam real je 3D...

Awas!!! mata jangan tertipu...







Camouflage..





Monday, November 1, 2010

Jatuh tangga vs. lepaking

Salam..

Cerita ni dah nak basi dah pun..tp tak kira, nak story jugak..cam ne aku boleh jatuh tangga..utk kali yg kedua!!! adooii....rasanya 'nikmat' sekali..tak terhingga..

Di suatu petang...hujan turun dgn lebatnya..mencurah-curah membasahi bumi..dan kala itu bantal roomate aku pun basah disimbahi air liur basi..hanya aku yg masih berjaga..mengemas kain baju kotor..nak basuh la..ape lagi..walaupun hujan masa tu, tak mematahkan semangat aku nak basuh baju (sebab dah seminggu tak basuh)..haha..

Aku menuruni anak tangga dgn berhati-hati..sambil memikul bakul baju..menuju mesin basuh di bawah..tak berapa nak rajin basuh tangan sebab banyak sangat!! so, gunakan kemudahan yg ada..2 ringgit je dah siap semua..kan mudah..

Nak dijadikan cerita, ketika mendaki anak-anak tangga (masa ni kat aras 2), **muzik saspen pun masuk** tiba-tiba.......tiba-tiba.........tiba-tiba........aku merasakan badan ku seperti terhempas ke lantai (tangga la ngek!)..patella (lutut), tibia (tulang kering) terhentak ke bucu tangga dan menggelongsor 3-4 anak tangga ke bawah..takkan naik ke atas pulak! ..arrggghh...rasa nak jerit kuat-kuat je masa tu, tp cover dulu, takut org gelakkan (sempat pikir ke masa tu??) so, diam je...menahan sakit dan bila dah ok sikit, naik atas dgn muka selamba buat-buat macam takde apa-apa berlaku...


Balik bilik....maik ai..lobam kaki den...(gambar tak dapat disiarkan krn faktor aurat)...bengkak-bengkak segala..rasa macam nak patah je tulang ni...urot la sikit-sikit..layan diri..5 hari jugak nak baik ni...nasib lah baik gluteus n coccyx tak terlibat dalam kemalangan..kalau x, gelap masa depan woo....

Lantai sangat licin dan selipar-dah-layak-masuk-longkang dikenal pasti sbg punca kejadian....

****

Malam sebelum balik kampung, sempat lagi lepaking dgn classmates..sambil hantar member-member yg tak sabar nak balik kampung tu kat stesen bas (bus stand) MBKT...

Lepas hantar diorang, aku & azie pergi mcD, isma & rai pergi beli nasi untuk cik halus tu...sampai kat mcD aku dgn azie dgn selambanya duduk tanpa dipelawa..dah tu tak order pulak! duduk sembang-sembang dlm setengah jam dgn meja kosong..haha..

Isma & rai dah sampai barulah kitorang pergi order - macam biasa quarter pounder 1 set cukup la...tak lama lepas tu joe & zetty yg entah datang dari mana tiba-tiba join pulak..hmm ramailah sikit..kalua tak dari tadi aku sorang je jejaka yg menjadi tumpuan..hehe...


Lepak-lepak cerita-cerita (release tensen lah katakan dah abis sem) sampailah pukul 11 mlm - tu pun staf mcD tu dah macam menghalau je..cepat gila tutup..saja lah tu suruh orang balik cepat...padahal open 24 hours kan...dgn sedar dirinya kitorang pun balik...tak reti-reti lg ke...

Sempat tak nak graduate?

Salam readers...

Terfikir tak kita sebelum ni, sempat tak graduate dan menggenggam segulung ijazah? Tentu tak pernah terfikir kan..

Tapi apa yg membuatkan aku terfikir pasal ni, bila terbaca artikel tentang '2012' tahun lepas..tentu korang pun dah familiar dgn isu 2012 ni..

Saintis barat meramalkan dunia akan kiamat pd tahun 2012..apa evidence nya? Pernah tak dengar tentang Planet X atau planet Nibiru?

Kononnya Planet Nibiru ni dah dijumpai oleh orang-orang Mayan beribu tahun dahulu, tapi saintis kini baru menemui kewujudan planet ini seperti yg dikhabarkan oleh orang-orang Mayan dahulu..

Planet Nibiru mempunyai orbit 3,600 tahun mengelilingi matahari..dan saintis meramalkan planet ni akan memasuki sistem suria kita dan menghentam Bumi pd Disember 2012 dan menyebabkan apa yg digelar sebagai 'kiamat'..tetapi sesetangah saintis percaya planet ini tidak akan menghentam Bumi, tp laluannya hanya melintasi antara Bumi dan matahari..

Apabila planet Nibiru melintasi Bumi, satu pancaran cahaya merah akan kelihatan di langit dan gerhana matahari dan bulan akan berlaku serentak di Bumi..walaupun tak menghentam Bumi, tetapi tarikan graviti yg sangat kuat akan menyebabkan seluruh sistem di Bumi lumpuh - termasuk system elektronik (senjata canggih, handphone, tv, radio, laptop, dll.) dan bekalan elektrik akan terputus dan segala yg menggunakan bahan berasaskan api (kereta, motor, kapal terbang, jet dan segala kenderaan yg menggunakan bahan api) akan lumpuh dan tidak berfungsi..Keadaan pd waktu itu akan kembali seperti sebelum wujudnya elektrik dan kenderaan seperti yg kita gunakan sekarang..bandar-bandar besar juga akan ditenggelami air..

Apa yg lebih menakutkan adalah 2/3 penduduk Bumi diramalkan akan lenyap! Adakah kita termasuk dalam jumlah 2/3 tu?? Atau termasuk dalam kelompok 1/3 yg terselamat?? Kalau terselamat pun, macam mana keadaannya? Tak dapat dibayangkan betapa dahsyatnya..mungkin ke kembali hidup seperti manusia prasejarah dahulu??

Benar atau tak perkhabaran saintis barat ni, atau sekadar propaganda untuk menakut-nakutkan penduduk Bumi semata-mata, tak dapat dipastikan..hanya Allah yg maha mengetahui..

Tapi kalau tengok keadaan sekarang, tanda-tanda kecil kiamat dah hampir complete semuanya..paras Tasik Galilee pun dah semakin surut dan semakin kritikal.. Dijagka akan kering dalam masa 40 tahun lagi..dan pada waktu itulah Dajjal akan keluar dan menghuru-harakan Bumi..sebelum turunnya Nabi Isa A.S dan Imam Mahadi..

Kalau kira-kira balik, sepatutnya graduate degree tahun 2013..tp seandainya peristiwa ni betul-betul berlaku, tak sempatlah nak merasa menggenggem segulung ijazah..tak dapatlah nak membahagiakan mak ayah dgn ijazah kita tu..tak dapatlah nak jd dietitian..

Tapi walau apa pun ramalan yg dibuat tentang kiamat, kematian itu sangat hampir dgn kita..tak perlu tunggu bila berlakunya kiamat..maut itu boleh datang pd bila-bila masa saja..entah-entah kejap lagi ke, esok ke, lusa ke, minggu depan, bulan depan atau tahun depan...

Sesungguhnya Allah maha mengetahui perkara-perkara yang tersirat dan terhijab daripada dicapai akal manusia…hatta malaikat juga tidak mengetahuinya..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails