Saturday, May 28, 2011

Khas buat sahabat


Salam 1 dunia~

Just a quick post wishing GOODLUCK! to all MBBS students for coming Professional Exam I...

Kepada sahabat sekalian, sy di sini mendoakan agar kalian dapat melakukan yang terbaik utk paper esok, lusa, tulat, ..... (lepas tulat ape ek??) Jangan stress sangat..rilex ar,,exam je pun...semua orang pun ada exam..hehe..

Semoga u all semua lulus cemerlang!! and can proceed to clinical...

Jangan lupa:
- Usaha (dah push to the limit rasanya..)
- Doa
- Tawakkal

BEST OF LUCK FOR YOUR EXAM!! SEMOGA BERJAYA!!

Tuesday, May 17, 2011

Selamat Hari Chekgu

Salam semua...

Dah lama sy tak mencoret..menyepi dan membisu tanpa sebarang kata dan khabar berita di sini..kpd peminat-peminat yg ternanti-nanti post terbaru, sy harap post kali ni dapat mengubat kerinduan anda semua.. *ok cukup dah perasan*

16 Mei - Hari Guru

SELAMAT HARI GURU kpd semua guru yg pernah mengajar, mendidik, mendenda, memukul, merotan dan memarahi sy..terima kasih atas segalanya..kerana andalah, siapa sy sekarang..kalau nak list nama semua cikgu memang tak habis lah sampai esok..sebab cikgu sy bukan cikgu di sekolah je, tp juga insan-insan yg pernah mencurahkan ilmu mereka kpd sy...isk3~ terharu sgt..!!!

Imbasan 16 Mei 2007

Terkenang sewaktu meraikan Hari Guru di sekolah pd tahun 2007..masa tu sy form 5 dan tu lah kali terakhir sy sambut hari guru di sekolah..dan apa yg paling manis sekali, sambutan Hari Guru tu organized by me & my team..masa tu sy memegang jawatan sbg Pengerusi Kelab Kaunseling & Kerjaya, merangkap Pengerusi Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) yg bertanggungjawab menganjurkan sambutan Hari Guru..haha..gila kuasa tak sy..??

Pada sy, tu lah sambutan hari guru yg paling berjaya dan paling terkesan dalam hati..dalam sambutan tu, ada slot persembahan lakonan oleh pelajar..cuba teka siapa pelakon utamanya?? haa...mesti dah dapat teka kan...mestilah sy sbg pelakon utama merangkap hero dalam drama "Saya Lapar" tu..hehe~


Sy memegang watak sebagai Chekgu Muhksin si lembut (masa tu tgh musim filem Mukhsin,,ingat tak??)..bergandingan dgn Alif Mashuri sbg Chekgu Co'ot..bila dua pelakon terbaik sekolah berganding, box-office jd drama tu! Mendapat sambutan hangat dan sorakan gemuruh diiringi gelak-tawa-tak-kering-gusi daripada paminat-peminat yg menyaksikan pementasan drama tersebut..Chekgu Mukhsin ni lemah gemalai, kuat bergosip,,tapi baik hati..haha..dah!! tak nak cerita lebih-lebih...haha

Tak dinafikan drama "Saya Lapar" dan watak Cikgu Mukhsin dan Chekgu Co'ot mencetuskan fenomena baru kat sekolah selepas tu...dalam drama tu padat dgn sindiran dan kritikan sinis kpd cikgu-cikgu yg disampaikan menerusi komedi..setelah 4 tahun berlalu, sy menyusun jari memohon maaf kpd cikgu-cikgu yg terasa, especially cikgu ******....hehe

SELAMAT HARI GURU...TERIMA KASIH CIKGU-CIKGU DAN JUGA PARA PENSYARAH YG PERNAH MENDIDIK SAYA DI:

- Tabika Kemas (1995)
- First Step Kindergarten (1996)
- Sekolah Fardhu Ain (2007-2008)
- SK Taman Permas Jaya 2 (1997-2002)
- Sekolah Agama Plentong (1999)
- Sekolah Agama Bandar Baru Permas Jaya (2000-2005)
- SMK Permas Jaya (2003-2007)
- SMK Agama Bandar Penawar (2006)
- Kolej Matrikulasi Johor (2008-2009)
- Universiti Sultan Zainal Abidin (2009-kini)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails