Thursday, March 25, 2010

layakkah bergelar mahasiswa???


salam...
post kali ni agak lain dr yang lain...

pertama sekali ingin memberi satu gambaran situasi yg terjadi sekarang..mahasiswa..atau pelajar yang menuntut di universiti..dahulunya dipandang tinggi, disanjung dan dihormati oleh masyarakat...mereka berbangga kerana mempunyai anak bangsa yang cerdik, pintar, rajin dan berbagai lagi salutasi yang diberikan kepada golongan terpilih ini...harapan demi harapan dipanjat untuk melihat bangkitnya anak bangsa yang pernah dijajah suatu masa dahulu...

namun kini.......
adakah situasinya masih lagi sama seperti dulu?
adakah mahasiswa ini masih diangkat sebagai golongan terpilih dan terpelajar?
adakah masyarakat masih lagi menaruh harapan yang tinggi kepada mereka ini?
dan persoalan paling utama adalah.....
adakah mahasiswa ini masih lagi layak digelar MAHASISWA???

mahasiswa seharusnya selari dengan nama dan gelaran yang diberi...keperibadian, pemikiran, kebijaksanaan dan kepimpinan harus berada pada taraf yang terbaik bagi mencerminkan status mereka sebagai mahasiswa -golongan terpelajar...

tp apa yang berlaku hari ini, mahasiswa tidak lagi berada di landasannya...amat sukar untuk mencari seorang mahasiswa yang sejati...mungkin kita akan menemuinya 1 dalam 1000...mahasiswa kini sudah tidak lagi berfikiran matang, berfikir seperti layaknya seorang mahasiswa..ada yang mudah terpengaruh dengan anasir-anasir yang merosakkan..tidak kurang yang hanya menjadi pak turut dalam segala keadaan dan hal...ada juga yang mudah melenting apabila dicucuk, tidak lagi berhujah berlandaskan fakta dan ilmu..hanya emosi yang mewarnai tujahan-tujahan kritikan yang tidak langsung memberi faedah dan manfaat kepada mana-mana pihak..

sebagai insan terpelajar, mahasiswa kini sepatutnya menggunakan segala peluang yang diberikan untuk menonjolkan diri menyuarakan kebenaran berlandaskan fakta secara dan berbahas secara ilmiah...bukan hujah-hujah yang tidak membina bagi tujuan menjatuhkan orang lain...bukan hanya pandai bercakap di belakang tetapi menjadi seorang yang pengecut apabila di hadapan...bak kata pepatah "baling batu sorok tangan"..

kenapa kita selalu menuding jari menyalahkan orang lain lebih daripada kita berbincang mencari jalan penyelesaian?adakah mahasiswa ini sudah hilang identiti atau rendah mentalitinya?tidak mungkin kita boleh katakan seorang mahasiswa itu mempunyai mentaliti yang rendah...tetapi peribadi mereka menunjukkan seakan-akan itulah mereka sebenarnya..

ada mahasiswa yang pandai mengata itu dan ini..mengkritik keras itu dan ini..tetapi apabila tenggungjawab diberi kepada mereka, berbagai alasan dan helah diberikan...jangan pandai mengkritik tetapi tidak pandai melunaskan tanggungjawab...atau sekadar berhujah berapi-api tetapi tiada tindakan...

masalah kemandulan akal ni boleh diibaratkan seperti barah yang sedang merebak dan menular ke seluruh organ masyarakat sebagai penyakit yang kronik..hal ini seharusnya dibendung dan tidak dibiarkan berlaku dan terus melarat sehingga menjejaskan institusi ilmu itu sendiri..jika penularan ini tidak dibendung, maka lumpuh dan musnahlah seluruh anggota..

apa tanggapan masyarakat jika melihat generasi yang diharap dapat membawa negara ke arah kemajuan ini hancur dan musnah...siapa yang bakal mewarisi kepimpinan negara jika semua orang hanya tahu menuding jari tanpa memberi cadangan atau berganding bahu mencari jalan penyelesaian??adakah generasi in yang akan mewarisi kepimpinan negara kelak?

masihkah ada sinar di hujung jalan yang menyuluh jalan keluar daripada masalah ini?
fikir-fikirkanlah wahai sahabatku sekalian....

Saturday, March 13, 2010

BBQ nite..!!

malam itu suasana amat tenang sekali....langit terhampar luas..bintang-bintang bersinar menari-nari kegembiraan..ditemani sang rembulan yang indah ciptaannya...hatiku tenang memerhatikan keindahan alam semesta yang sungguh menakjubkan........

tiba-tiba..............

"cepat weh....bas da tunggu..da nk jalan da..."

aduuhhh....ade kelas pulak malam-malam ni...segala ketenangan dan ketenteraman ku ini diragut dalam sekelip mata....teringatkan en. mat ali - lecturer hubungan etnik atau nama saintifiknya ethnic relation......hatiku bertambah runsing...kepala semakin pusing....cepat aku persiapkan diriku....sempat lagi menjamah makanan di surau sebelum ke kelas...(ada majlis buka puasa)..=)

***dah habis kelas

dalam pukul 12 tgh mlm gtu la...

cepat3!!!
angkut semua barang..!!!
ini malam ada party bbq kat pantai....aktiviti utk me'release'kan tension....

ayam, sosej, air berbotol-botol, jaring, baldi, surat khabar lama, tikar, tak ketinggalan batu bata pun diangkut...

jumlah crew kali ni - 13 orang...
-aku la..
-saufiq
-ikram
-fatah
-acap
-shimi
-irsyad
-daniel
-abg sari
-joe
-syazwan aka anaman
-hairi
-ricky

*tiba di pintu pagar

sorang-sorang menyusup keluar....mengelak dr dilihat pakguard....akhirnya......semua berjaya menyeludup diri sendiri keluar....menuju ke pantai...

*dah sampai pantai

mula menggali lubang....jgn salah paham...ni lubang utk buat pot bbq...api dihidupkan...tp tak hidup-didup jugak...agak payah nk hidupkan api ni....xpe3...berkat usaha dan ketabahan ku ini dan rakan2 yang membantu, akhirnya api dapat dinyalakan....ape lg....kasi panggang semua benda yang ada...hahaha.....












aktiviti dijangka habis pukul 3 pagi......

Kaulah nyawaku...




stiap kali kau datang kepadaku...
kau akn bertanya...
siapakah yang lebih penting?
diriku atau nyawamu?

sudah tentu aku akan menjawab nyawaku...
lalu dengan perasaan yang kecewa dan hampa...
kau berlalu pergi dariku...

namun...
satu perkara yang tidak kau sedari...
sebenarnya...
kaulah nyawaku....

Thursday, March 4, 2010

MyClub : Sukan Pantai





























assalamualaikum..

hmm..hari ni Mydam Sports & Recreational Club (MyClub) buat aktiviti sukan pantai di pantai Batu Burok berhampiran Primula Hotel, Kuala Terengganu...sesiapa pun boleh join aktiviti ni..tp kebanyakan nya td yg join student dietetik, medic, radiografi n biotech...

satu aktiviti yg menyeronokkan krn dpt bersenam, bersukan bersama-sama rakan-rakan disamping berkenal-kenalan dan mengeratkan lg persahabatan...

antara permainan yg kitorang main td volleyball, netball n futsal pantai...perhhh...futsal pantai la yg paling memenatkan...baru brape minit je main dah pancit...x bleh tahan lg...sgt seronok n best...

akn dtg byk lg aktiviti yg akn dirancang oleh MyClub...n harap dpt lebih ramai lg penyertaan drpd semua student Mydam...

Wednesday, February 24, 2010

hati....oh hati.....






















































oh hati...
kenapalah kau buat aku mcm ni...?
what's wrong with me..?
kenapa aku selalu termenung..?
fikiran menerawang....
kenapa aku selalu memikirkan benda tu..?
kenapa...?

adakah aku dah terkena infection daripada eka a.k.a kaka..?
sangat sukar utk aku melalui saat-saat mcm ni...
tatkala hati berbolak-balik (betul ke ayat aku ni..?)...

mungkin kerana terlalu memikirkan sesuatu perkara..
membuat aku jadi separuh gila..
makan tak lalu...
mandi pun malu-malu...
tido ofkos lah lena selalu...

adakah aku dah mula dan bersedia utk menonjolkan diri aku yg sebenar...?
mungkin ini bukan masa yang sesuai untuk berkata benar...
but this is what we call the transition state...

saat-saat waktu begini...
hanya aku seorang diri melalui liku dan ranjau ini..

ke mana pergi teman setia?
ke mana pergi teman bicara?
ke mana lari teman berduka?
ke mana menghilang saudara-mara?
ke mana ghaibnya yang dicinta?
ke mana pergi saat bahagia?
ke mana hilang janji bersama?
ke mana semuanya..???
yang tinggal hanya dusta belaka...

insan di sini memerlukan kalian.....
hati ini amat merasakan keperitan rindu yang terpendam...

Friday, February 19, 2010

Pemimpin yang baik..

















Seorang pemimpin dianggap terbaik,
Apabila hampir orang tidak tahu kewujudannya,

Tidak berapa baik apabila orang menurut perintahnya
dan mengagungkannya,

Buruk apabila tidak mempercayainya,

'Gagal menghormati yang lain,
Mereka gagal menghormati anda'

Tetapi mengenai kepimpinan yang baik;
Yang sedikit bercakap,

Apabila kerjanya selesai;
Matlamat tugasannya tercapai,

Mereka semua akan berkata,
'Kami lakukan semua ini bersama'.

- Lou Tzu (1980), The Way of Life.

Thursday, February 18, 2010

setelah sepurnama menyepi..

assalamualaikum~

hmm...lama btul x update blog ni...dlm mse sebulan lebih x update blog ni mcm2 yg blaku dlm hidup aku...bukan xnk update, tp masa yg membatasi gerak geriku..malas pun ade jgak..yela pnt2 aku post, tp xde org comment..x tau la nape blog ni org xle nk post comment..setting sume ok..mm xpe la biar la aku bersyok sendiri dlm blog ni...ni la tmpat aku meluah perasaan, menabur cerita, mengadu domba dan bermacam me- lg....

dengan assignment yg melambak2 tak pernah putus, especially pathology tlh membuatkn ku hampir hilang hala tuju (rsenye mmg da hilang kot..) setaip hari menghadap assignment..assignment..assignment..sampai takde masa utk wat revision...aku da pening..kepala mula pusing..minda terawang2 x tau apa yg aku da blaja slama sparuh sem ni...haisshhhhh....

bermula dgn pilihanraya kampus, raihanah menang kerusi fakulti perubatan & sains kesihatan...seorang wakil dietetik menjadi pemimpin..hahaha...amek kau smpai demam2...kepada rai: seluruh warga maidam dan fpsk mengharapkan kau dapat mencipta reformasi dan membela nasib mereka...selamat menjalankan tugas!! (hahahahaha...ketawa jahat!!)

x lama lepas tu.....turn aku pulak....!!
aku dilantik menjadi 'presiden' persatuan mahasiswa fakulti perubatan & sains kesihatan (FASKES)...aduhh...aku dapat merasakan satu bebanan yg bakal aku terima..tp aku anggap itu semua sebagai satu amanah daripada Allah yang melantik aku menjadi khalifah di muka bumi Nya ini....segala amanah dan tanggungjawab harus dilaksanakan sebaik mungkin...dan sudah pastinya aku harus lebih cekap mengendalikan masa dan waktu aku..membahagikan tugas sebagai seorang pelajar dan sebagai seorang pemimpin...(kenapa ayat aku dah mula jd skema????) adusss....

part yg paling best....
huhuh...dpt cuti mid sem 2 minggu...wee~ minggu pertama pergi lawatan ke HKL dan Hospital Serdang...mm boleh thn jgak la...yg penting no more class...ngahaha~ dapat berjumpa dgn tuan hj. Ridzoni (ketua dietitian HKL) .. waktu2 mcm ni la saat2 yg paling sesuai utk menggedix dpn lensa kamera....ape lg...kamera aku menjadi mangsa kerakusan manusia yg gila bergambo...bila balik...tgk balik gamba2 semuanya ade 1200 keping !!!! ya ampuunnn.....mmg terbukti la bdk2 diet ni gila bergambo....patut la memory card aku habis full...

utk menghargai korang yg dah susah payah pose dlm kamera aku, ni aku bg award..:

1. golden face - mira (191 gambar de muka dia)
















2. best shot -























































hepy bezday to:
- famox
- musyi marou

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails