Tuesday, April 27, 2010

aku merinduimu....

sudah lama aku memendam rasa....
sudah agak lama perasaan ini terbuku di hati....
ingin ku luahkan perasaan ku ini...tetapi tiada siapa yang mahu mendengar...

ku suka kan dia....
adakah dia juga merasai apa yang ku rasa..?
aku rindukan dia...
adakah dia juga merinduiku setiap masa..?
ku mendambakan kasih darinya...
adakah dia juga mengharapkan kasih sayangku..?

ku sudah lama memaafkannya atas ketelanjuran yang dilakukan dulu..
ku ingin hidup bahagia disampingnya...
teringat kenangan manis tika bersamanya...
tak mudah untukku melupakan itu semua...
telah banyak onak dan duri kita tempuh bersama...

mengapa seakan sukar untuk ku lepaskan bebanan perasaan yang ku tanggung ini..?
adakah ini yang dikatakan cinta pandang pertama..?
tatkala mata saling berpandangan, sinar harapan terus menusuk qalbu suci ini....
berputiklah cinta-cinta di hati....



walaupun kau jauh di mata...tetapi hati ini seakan dekat pada mu...
walau sejauh mana pun kaki ini melangkah..ingatanku tetap padamu..
tak pernah pudar..tak pernah karat..
ia tetap segar dan mekar di kotak fikiranku..

sayangku....
aku sangat-sangat merinduimu kala ini.......

sudikah kau.............
menjadi santapan dan hidanganku..?

oh...ROTI JALA.......
bilakah akan dapat aku menyantapmu lagi???




p/s: gambar rai sebagai hiasan semata-mata

Tuesday, April 20, 2010

batu itu tak buruk....

petang-petang......

jalan-jalan.....

tepi pantai.....

pantai batu burok.....

bersama sahabat-sahabat......

bak kata orang, lepaskan tension (aku tak sure aku tension ke tak)...

berjalan-jalan sambil memerhatikan alam ciptaan-Nya......

melihat mentari senja melabuhkan tirainya.....sangat indah......

melayan muzik-muzik sentimental......

tiba-tiba kenangan silam menghambat jiwa....terasa syahdu....

ku inginkan saat-saat indah ini kekal selamanya....

tapi masa akan terus berjalan....dan berputar....ironinya kita takkan temui kembali masa yang telah ditinggalkan......




aku dan pathology

setelah hampir 3 jam dok kebas dalam dewan exam......

akhirnya paper pathology berjaya aku habiskan......sehabis-habisnya......

alhamdulillah......semua soalan dapat aku jawab dengan hati yang tenang dan gumbira......

tapi, mana-mana soalan yang aku x tau jawapan tu macam biaselah........tembak-menembak, panah-memanah, sumpit-menyumpit, rejam-merejam dengan diselangi aksi kejar-mengejar dengan masa.......

dalam essay jugak aku tak lupa untuk mereka-reka cerita, mengadu domba, menabur segala yang ada untuk soalan-soalan yang suam-suam kuku ingatan kat kepala ni....

yang menghairankan aku......kenapa aku sorang yang jawab essay begitu lama.....aku tengok mira kat sebelah (sambil tangan menulis)....ohh tidak...kenapa dia dah siap?? aku baru jawab 3 soalan.......

aku pandang ke muka jam......jam itu seakan-akan memberi amaran kepada aku.......cukup ke masa nak mengarang cerita epik ni..??? aku tak hiraukan semua itu.....tangan ku hayun meleret-leret mencoret menurut sahaja apa yang terlintas di otak ni......

si cat duduk sebelah mira pulak cuba mencetuskan keadaan huru-hara dalam dewan.......

saja mahu mencuri tumpuan......

namun ku gagahi segala kudratku tak nak tengok apa yg berlaku.....tumpuan ku arahkan sepenuhnya untuk menjawab saki-baki soalan yang tinggal (padahal banyak lagi yang ditinggal)....

tapi sayang.............

tumpuanku terganggu dek serangan psikologi yang bertubi-tubi menyerang.....

jawapan dan soalan untuk MCQ tiba-tiba diubah...aku semakin jadi keliru dan x paham.....dah la dengan keadaan aku yang nyawa-nyawa ikan nak jawab soalan tu....tetibe pulak jawapan diubah.....alamak.............aku hanya mampu berserah dan bertawakal.....

soalan yang telah 'berjasa' banyak makan masa aku (termasuk masa termenung + berangan jap masa jawab soalan):

- bronchogenic carcinoma (fikiran menerawang...)
- motor neurone disease (tak ingat signs, symptoms & complications die)
- anaemia (prevention measures yang terawang-awang diingatan)

apa-apa pun terima kasih kpd Dr. Thant Zin yang bersusah-payah mengajar aku pathology...walaupun dalam kelas aku selalu lelap, hanya sayup-sayup kedengaran suara dia, tapi dia still maintain je senyum....hahaha...Dr. Thant comell.....

Saturday, April 17, 2010

celaru identiti vs. meroyan

saat final exam makin dekat.....................

dek kerana terlalu kuat study......

inilah hasilnya.......



hanya yang ada....

ni je la gambar yang ada kelibat aku....isk3...sob3....







adakah akan berulang kembali..??

minggu lepas punye cerita ni..tp tak kesah la kn..ni baru ada masa nk update blog ni..atau dgn kata lain baru rajin sikit...walaupun tengah menghadap buku nk final exam..segala jenis buku..termasuklah 'buku muka' (facebook)...hehehe

minggu lepas baru dapat anugerah dekan untuk sem lepas...alhamdulillah..berbaloi jugak penat lelah berhempas-pulas (betul ke ni..??) selama 4 bulan..sejuk hati org tua dengar...dan congrats jugak kepada geng kesayangan ku; famoxe, mirae, zulaikhae, raihanae n ikram the ikye...semuanya dapat anugerah dekan.......






tapi..............

adakah peristiwa itu akan berulang kembali untuk sem-sem yang akan datang...??

hatiku mula keliru..mindaku mula celaru..fikiran mula tak tentu....

sejak pegang jawatan ni...hidup mula terisi..dan kadang-kadang sampai melimpah-limpah dek kerana isi banyak sangat...adakah aku mampu mengimbangi antara kewajipan, keperluan dan kemahuan diri ini? oh tidakk......

majlis malam anugerah tu aku n my team sendiri yang organise....alhamdulillah...majlis tu berjalan lancar seperti yang dirancang...kalau nk kata penat, memanglah penat sangat...tp hasilnya memuaskan hati...rasa berbaloi semua penat lelah dan kerja keras selama sebulan lebih merancang event ni...

congrats to all my ajk's.....ada yang tak sempat makan malam tu demi memastikan majlis berjalan lancar..termasuklah aku sendiri...hanya sempat menyuap beberapa sudu nasi saje ke dalam mulut...dan........yang paling sedih dan sadis sekali, dek kerana terlalu busy, berlari-lari ke sana ke mari...aku dipinggirkan daripada sesi bergigam......oohhh...betapa hancur dan luluhnya hati ku ini.......

aku hanya dapat melihat kebahagiaan orang lain bergigam....klik sana, klik sini...tetapi diriku ini.....(perlu ke sedih sampai macam ni sekali???)...special thanks to 'technician' malam tu; joe, fatah, kimi dan mereka yang disebalik tabir; zetty, ezza dan nona kerana 'terkorban'kan diri pd malam tu.....hehe...kesian korang da pakai lawa-lawa, cantik-cantik tapi orang tak amek gmbar..hehe.....

Tuesday, April 13, 2010

buatmu sahabat...

khas untuk sahabat-sahabatku yang telah pergi menghadap Ilahi..
1. Mohd Taufiq
2. Rafiwal
3. Insan yg pernah disayangi

kehadiran kalian dalam hidupku cukup bermakna..walau hanya seketika pertemuan kita...
semoga kalian tenang dan aman di sana....
memori kita bersama tetap diingatan....
rindu korang....

Kau Sahabat Kau Teman

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang maha Esa telah menetapkan
Sedih rasa hati ini bila mengenangkan
Kau sahabatku
Kau teman sejati

Tulus ikhlas mu Luhur budimu
Bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku
Kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah di atas kehendak yang Esa

Ya Allah
Tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang dikau janjikan nikmat untuk hmbamu
Sahabatku akan kuteruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup di teruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahgia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus ku kirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Kau sahabatku
Kau teman sejati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails