Thursday, July 29, 2010

Hati yg Kau Sakiti


hati ini yg kau sakiti
hati ini yg kau lukai

(tetibe je jiwang ni)

sekian, terima kasih..

Saturday, July 24, 2010

Konvoi Kota-Kuantan | 2010

Ok lepas Keruak, Besut, destinasi seterusnya - Cherating - Kuantan, Pahang..

kali ni melibatkan lebih ramai crew n kitorang buat konvoi..ade 19 crewz yg join konvoi kali ni..bertolak dari KT pukul 10 pagi..sampai Cherating dah 12.30 tgh hari..mandi2 kejap..pukul 1.00 bertolak ke Kuantan..destinasi - East Coast Mall..tengok wayang + makan2 + shopping..balik ke KT pukul 9 mlm..sampai KT 5.30 pagi (atas sebab2 tertentu yg tak diduga)..haha...

nk cerita banyak2 pun malas nk taip..so, tgk gambar je la ea..hehe..













Monday, July 19, 2010

Dari Kota ke Desa

pemandangan gunung kinabalu dr rumah famili angkat mira

salam...dah lama sangat tak update blog ni..kesian dia..dah berhabuk bersawang segala...bukan malas nak update, tapi tak berapa rajin nak menaip story, sebab tak ada story...

kali ni nak cerita tentang ekpidisi meredah desa, menghabiskan makanan..hehe..

15 Julai 2010

da crewz:
- aku
- famox
- ikram
- ika
- mira
- rai
- isma
- zetty
- opie
- arie
- azie

bermulalah perjalanan dari Kota ke Keruak..2 bijik kereta menjadi mangsa..bertolak dari Kota pukul 9.00 pagi..dek kerana tak pernah pergi Keruak sebelum ni, sesat barat jugak lah dibuatnya..terpaksa tebalkan muka tanya orang-orang yg available kat situ..(rai lah jd penemuramah yg sgt peramah) haha..bak kata pepatah; malu bertanya sesat jalan..

dah lah kereta buat hal kejap-kejap mati tak tentu pasal...tp tu semua tak mematahkan semangat ahli kumpulan kami utk terus maju ke hadapan, perjalanan tetap diteruskan (ayat skema dah keluar)..ngaha~ perjalanan yg sepatutnya mengambil masa selama 2.35 jam dah jadi 4.15 jam sebab sesat..sampai di keruak dalam pukul 1 tgh hari..memang masa yg ideal (waktu lunch..mmg langkah kanan)..aku asek ingat makan..makan..makan.. ;p

Sampai je kat Keruak, gerai makan mak angkat ika jadi mangsa pertama...apa jua segala benda yang ada atas meja tu habis dikebas, diratah dek tangan-tangan dan perut yg dahagakan kasih sayang..mak ika sempat belanja kitorang teh O ais...kerugian mak ika pd hari yg malang itu dianggarkan berjumlah RM11.50 sekepala (RM11.50 x 11 orang = ???) sebelum pergi mengundurkan diri, kami sempat menitipkan maaf atas segala ketelanjuran diri ini...mak ika terima dgn terbuka hati...walaupun pahit utk ditelan...



Destinasi kedua..rumah keluarga angkat rai yg tak jauh dr gerai makan td...hajat dihati nak berbudi, tp apa kan daya, tuan rumah tiada...yg ada hanyalah tinggalan-tinggalan kenangan...berat kaki melangkah pergi..


Destinasi ketiga (mangsa ketiga)..rumah keluarga angkat mira..kehadiran kami bagai telah diduga menerusi firasat-firasat yg entah dari mana datangnya..burung-burung menari berkicauan, buah-buahan jatuh berguguran..mungkin itu petanda tetamu akan bertandang...

kehadiran kami disambut mesra oleh keluarga angkat mira (aku lupa pulak nk tanya nama diorang)...panggil makcik pakcik je..huhu..usai melakukan ice-breaking selama lebih kurang 5 minit, kaki melangkah ke dapur...terlihat beberapa buah bakul besar berisi benda sebesar bola, berwarna hijau, berduri-duri tajam dan mempunyai tangkai kecil........

demi sahaja terlihat durian, hati melonjak kegembiraan..semua habis dibelasah oleh mereka-mereka yg mengidami durian sejak azali...habis durian dalam bakul, yg di dusun juga kalau boleh nak diratahnya (mereka, bukan aku)..usai melantak derian, tembikai menjadi santapan..disusuli pula dengan hidangan nasi berlauk ikan masak lemak, telur dadar, sambal belacan dll aksesori sampingan...misi melantak di rumah mira diakhiri dengan pulut durian special dr mak mira...memang pecah perut....



dah puas meng'upload', perjalanan diteruskan lagi ke LA Hot Spring (kolam air panas laa..) dekat La...terjunlah si pari-pari dan dayang-dayang ke kolam utk bersiram, berendam dan menderam...mula-mula merasai kedinginan kolam air sejuk..lepas tu rasa pulak kehangatan kolam air panas...boleh masak weh daging aku...(lelaki tak digalakkan utk turun ke kolam sehingga paras pinggang..utk menjaga 'kesucian')...kemudian, pulang ke Kota dengan hati riang gembira..


Selesai sudah Ekspidisi Jelajah Desa utk tahun ini...

Sunday, June 20, 2010

Selamat Hari Bapa

Selamat Hari Bapa...!!!

Walaupun ayah dah tak ada, tapi sy tetap nak wish selamat hari bapa..!!!

sy harap ayah happy kat sana..sy dah kirimkan hadiah untuk ayah..bukan hari ni je..tapi setiap hari..1 hari 5 hadiah sy bagi.. =)

Saturday, June 19, 2010

yang dulu didahulukan...yang utama diutamakan..

yang dulunya kecil, sekarang dah besar...
yang dulunya besar, sekarang dah dewasa...
yang dulunya dewasa, sekarang dah tua...
yang dulunya tua, mungkin sekarang dah tiada...

yang dulunya terbaring, kini dah merangkak...
yang dulunya merangkak, kini dah bertatih...
yang dulunya bertatih, kini dah berjalan...
yang dulunya berjalan, kini dah berlari...
yang dulunya berlari, kini dah bertongkat...
yang dulunya bertongkat, mungkin kini sudah kembali terbaring...

begitulah lumrah kehidupan seorang manusia...roda-roda kehidupan sering berputar...seiring usia yang semakin mengingkat dan semakin habis kreditnya....kredit yang tak boleh di'top-up' lagi...penghujungnya adalah mandatori...setiap yang bernyawa pasti akan merasainya...hanya masa yang menjadi perbezaannya....

namun, masa yang berlalu seakan tidak terasa...

rasanya, baru je mendaftar di UDM (sekarang UNISZA)....tak sangka dah hampir setahun aku di sana...dan sekarang, aku bakal memasuki tahun kedua pengajian di sana..dan tak lama lagi akan tamat..sungguh cepat masa berlalu...

apa yang dah aku lakukan selama setahun di sana? hmmm....nak jawab apa ni..??

apa pun, masa akan terus bergerak...detik demi detik...dan sesekali tak akan berpatah balik...masa yang akan datang harus dilalui dengan tabah dan sabar sebagai bekalan...tetapkan matlamat, jangan berganjak walau sedikit...

kepada rakan2 sepermainan, seperjuangan, sepertandingan (erk??), dan bermaca seper- lagi, selamat memasuki tahun kedua...yang pastinya akan menjanjikan cabaran dan dugaan yang lebih tinggi...sila persiapkan diri menghadapi sebarang kemungkinan (macam darurat je..)..

selamat datang ke UniSZA kepada junior2....abang2 kakak2 senior sangat 'baik' dan 'peramah'..jadi, kuatkan fizikal dan mental sebelum mendaftar....make sure buat medical check-up betul2...pastikan tak ada penyakit kronik (CHD, CVD, stroke, athma, diebetes, hypertension, etc.) sebelum masuk sini...kekuatan fizikal dan mental anda akan diuji...bersedialaaahhhhh...

sekian, terima kasih..

Friday, June 18, 2010

tak suke ew~

saya sgt tak suka bile ade org taip mesej atau post kat fesbuk atau kat mana2 je la ada suffix ~ew kat belakang..

contoh:

smlm aqew nmpk diew..jln dgn sapew nta..

napew dgn kew niew?

apekah motif nye..??? sgt meluat..!!!

sekian, terima kasih...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails