Wednesday, May 26, 2010

Bagaikan Hijab Sang Pencinta Sufi






















Salam semua....(macam ramai je yg baca blog ni..)

Aku baru je habis membaca novel Cinta Sufi (tiba-tiba aku berubah menjadi ulat buku di kala cuti ni)...jadi post kali ni nk cerita sedikit atau review tentang novel Cinta Sufi hasil tulisan novelis thriller terkenal di Malaysia, Ramlee Awang Murshid...

Novel Cinta Sufi merupakan sebuah ceritera epik thriller dan juga merupakan kesinambungan kepada novel Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta...dan Cinta Sufi merupakan pelengkap kepada trilogi Bagaikan Puteri tersebut...dipenuhi aksi pengembaraan dan pertembungan antara kebaikan dan kebatilan, yg nyata dan mistik..disemarakkan lagi dgn rasa cinta dan pengorbanan...

Tunjang utama dalam novel trilogi ini adalah watak Saifudin atau dikenali sbg Laksamana Sunan - seorang pahlawan handal yg alim dan sentiasa menyandarkan kehidupannya kepada jalan Allah dan berjuang menentang musuh-musuh Allah dan Islam sama ada yg berbentuk secara nyata atau pun yg terhijab dari pandangan manusia..

Sunan merupakan anak asuhan Wali Sufi di Aceh..melarikan diri daripada kampung halamannya di Tanah Ujong ke Aceh setelah difitnah oleh penduduk kampung halamannya dan bapanya sendiri tidak mempercayainya...menjadi anak asuhan Wali Sufi di Aceh telah menjadikan Sunan seorang pendekar yg hebat dan handal..namanya terkenal di langit dan digeruni di bumi..

frasa menarik kerap kali diulang dalam novel ini ialah:

"Lebih baik tersalah ampun daripada tersalah hukum"
mempunyai maksud yg sangat mendalam..sesungguhnya memberi keampunan kepada sesiapa itu adalah lebih baik daripada menghukum tanpa usul periksa yg boleh mencetuskan dendam dan menghuru-harakan keadaan...

"Sebagai manusia....aku sayang padamu"
sayang tak bermakna cinta...sayang merupakan sunnah Rasulullah S.A.W. yg mengasihi dan menyayangi umatnya tidak kira lelaki mahupun perempuan..

"Mahukah kau mendengar tawaranku?"
berperang sbg jalan terakhir setelah tawaran perdamaian ditolak..sebaik-baiknya jalan perdamaian harus dibuka terlebih dahulu sebelum tindakan memerangi mereka yg ingkar..sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani..

"Mati itu pasti..hidup, InsyaAllah.."
sesungguhnya mati itu telah dijanjikan Allah kepada setiap makhluk yg bernyawa...dan Dia berkuasa melakukan apa yg dikehendaki-Nya..sama ada menghidupkan atau mematikan...



Sinopsis:

PILU hati saat dikhabarkan suaminya, Aryas Do Lopo gugur di medan perang menentang Turki, Catalina rebah tidak sedarkan diri. Sebaik terjaga, dia membicarakan hajatnya ke Hulu Melaka. Ingin mencari ‘lelaki bertanduk dua’ yg dikhabarkan Maryam dalam 'dunia sebelah sana'.

Tanpa diduga, takdir menentukan Laksamana Sunan lelaki yang dicari Catalina. Malangnya, Laksamana Sunan bukan lagi wirawan. Kudratnya lenyap dan ditawan penjajah yang menakluk Melaka. Hampir dibunuh musuh, dia diselamatkan oleh cinta yang dipendam Luna.

Laksamana Sunan, Catalina dan Luna... bukan sekadar terperangkap dalam perjalanan yang berliku, malah terkurung dalam cinta segi tiga yang terlafaz dan tersembunyi.


Komen peribadi mengenai Cinta Sufi:

Jalan penceritaan yg menarik seperti novel-novel sebelumnya, tetapi terasa agak janggal apabila watak Haryani dan Dani 'dimatikan'...sedangkan 2 watak ini menjadi tunjang menguatkan cerita dalam novel sebelumnya..tetapi kemunculan watak Catalina yg mencari iman dan takwa di bumi Melaka, Luna makhluk bangsa Polip dan Laksamana Hang Tuah dapat mengimbangi jalan cerita tanpa Haryani dan Dani..

Bab peperangan antara Portugis dengan Laksamana Sunan, Hang Tuah , Hang Lekiu dan orang-orang Melayu di Hulu Melaka tidak begitu berkesan..walaupun penceritaan menggunakan teknik screenplay, keberkesanan penceritaan itu masih nampak kelemahannya..kehebatan dan kekuatan setiap watak tak begitu jelas diceritakan..dan bab peperangan itu sendiri nampak seperti tak begitu jelas..

Pengakhiran (ending) Cinta Sufi agak tergantung..tiada kesudahan yg pasti dgn watak Sunan, Luna dan Catalina...masih banyak persoalan yg belum dirungkai dan jalan cerita menjadi tergantung dan menjatuhkan mood di akhir pembacaan..

Bangaimanapun, Cinta Sufi sangat menarik dan sarat mengandungi pengajaran dan penghayatan agama Islam di dalamnya..tidak menilai kepada watak, tetapi mesej dan pengajaran itu lebih penting untuk diambil dan dipraktikkan dalam kehidupan...

Ternyata trilogi Bagaikan Puteri ini bukanlah novel kosong dan tidak sia-sia membacanya kerana dengannya boleh menyuburkan iman dan menimbulkan rasa insaf..

"Sekali kurebah, sejuta kali kubangkit.."


* kpd mereka yg tak faham membaca post ni xpe...kefahaman itu akan datang apabila selesai membaca 4 buah novel ini.......tapi yg pasti ada sesuatu yg boleh diambil sbg pengajaran...

Sunday, May 23, 2010

Sindrom MC

Setaip kali aku teringat akan dikau....

setiap kali itu jugalah hatiku bergoncang...

Setiap kali aku merenung gambar dikau..

setiap kali itulah jiwaku meracau...

Setiak kali aku menikmati pandangan dikau...

setiap kali itu jugalah imanku tercabar...

Semenjak pertemuan pertama kita..

aku tidak pernah melupakan dikau...

wajahmu yang ayu...

kulitmu yang putih kemerahan dan halus...

body mu yg gebu + montok...

matamu yang menggoda...

aksi mu yg sunnguh mempesona..

gaya mu yg sungguh seksi..

membuatkan nafsuku bergelora semakin ghairah..

membuatkan hati ini terpana...

membuatkan jantung ini seakan ingin gugur...

membuatkan jiwa ini meronta ingin memiliki mu...

adakah in yg dikatakan cinta pandang pertama?

tidak sabar rasanya untuk aku menugsap tubuhmu...

membelai wajahmu..

menyayangi mu sepenuh hatiku..

kau membuatku 3/4 gila....

sehari tak melihat mu aku menjadi tak keruan...

adakah ini satu penyakit?

aku cuba berjumpa doktor pakar...

dan dia mengesahkan aku mengalami Sindrom MC..

Sindrom yg kronik dan tiada penawarnya...

melainkan......

aku mengambil MC untuk selamanya.....

MC yg dimaksudkan adalah Mini Cooper...

aku sangat tergila-gilakan kau....

adakah kau juga begitu pada ku?

bilakah aku akan dapat memiliki mu..???

Akhir Hayat Bima Sakti

Salam semua....

Agaknya apa yg anda sedang lakukan sekarang ini?sedang menikmati makanan lazat?menonton TV?facebooking?bergembira dgn orang tersayang?menonton wayang?atau apa-apa saja yg anda sedang lakukan...yg pasti sy tahu sekarang anda sedang melekap di depan laptop atau desktop membaca blog ni.....mungkin sekarang kita sedang berbahagia melalui hari-hari bahagia dalam hidup..tapi adakah kita sedar bahawa sekarang, pada masa anda membaca post ini, sesuatu sedang berlaku di luar sana..di luar jangkauan manusia...

Tahukah anda bahawa galaksi Andromeda sedang mengejar kita untuk 'membaham' dan 'menelan' Bima Sakti? Galaksi Andromeda merupakan galaksi yg paling hampir dgn Bima Sakti dgn jarak 2.5 juta tahun cahaya..

Dengan kelajuan 300 km/saat....300 km per saat...3 kali ganda lebih pantas daripada kelajuan peluru....Galaksi Andromeda ini sedang 'mengejar' Bima Sakti di mana sistem solar kita terletak....dan bayangkan jika galaksi Andromeda yg lebih besar daripada galaksi kita mertembung dan bergabung dgn Bima Sakti, apa akan terjadi? sudah tentu segalanya akan musnah dan punah ranah..berjuta-juta bintang dalam kedua galaksi ini akan terlempar daripada pusingan orbit masing-masing..seluruh struktur galaksi akan berubah secara total dan akan membentuk satu bentuk galaksi baru yg lebih besar..


Fenomena ini dianggap proses semulajadi bagi semua galaksi..perlanggaran ini merupakan proses 'kelahiran' atau 'kematian' sesebuah galaksi itu..dan tidak terhad kepada hanya 2 buah galaksi sahaja, penggabungan ini juga boleh terjadi melibatkan 3 atau empat buah galaksi..walaupun ia adalah proses semulajadi alam, namun tidak semua galaksi mengalami proses ini..hanya galaksi tertentu sahaja yg mengalami proses penggabungan ini..

tak tergambar dek akal fikiran betapa dahsyatnya tatkala semua planet dan bintang-bintang bertembung dan hancur..adakah masih ada lagi ruang untuk kita melarikan diri? jawapannya pasti tidak..Bumi yg begitu kerdil tidak mungkin akan terkecuali daripada menjadi 'mangsa' Andromeda...dan sebagai umat Islam yg beriman dgn rukun iman, inilah yg dikatakan kiamat...ketika bintang-bintang dan planet-planet berguguran....

Namun, dgn kelajuan 300 km/saat dan jarak 2.5 juta tahun cahaya dari Bima Sakti, kejadian pertembungan dua galaksi ini diramalkan akan berlaku dalam tempoh 2.5 bilion tahun lagi..tetapi, adakah bumi yg sudah begitu uzur dan nazak dek kerana tangan-tangan manusia ini mampu menunggu 2.5 bilion tahun lagi untuk musnah?sedangkan tanda-tanda kecil kiamat sudah jelas kelihatan....


Info:
4 galaksi besar yg berada kira-kira 5 juta tahun cahaya dari bumi dijangka akan bergabung pada sekitar bulan Ogos 2010. Penggabungan ini akan membentuk sebuah galaksi baru bersaiz 10 kali ganda lebih besar daripada Bima Sakti!


dipetik dan diubahsuai dari Majalah Infinity edisi Mei 2010

Friday, May 21, 2010

Iskandar Zulqarnain



Assalamualaikum....

post kali ni agak berbeza sedikit dengan post-post sebelum ni..post kali ni berunsur ilmiah sikit...buakn apa, sekadar nak berkongsi ilmu yang tak seberapa ni...post ini adalah berdasarkan pembacaan saya mengenai buku yang bertajuk "Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain" yang ditulis oleh Afareez Abd Razak Al-Hafiz, seorang penulis lulusan PhD. dalam Pendidikan
Islam dari UIAM..

mengenai Iskandar Zulqarnain...adakah benar bawaha Iskandar itu adalah Zulqarnain seperti yang tercatit di dalam kitab suci al-Quran..?? perkara ini menjadi perdebatan kerana al-Quran tidak menjelaskan tentang ciri-ciri khusus mengenai siapakah yang digelar Zulqarnain..

selama ini kita diceritakan dengan cerita-cerita mengenai kehebatan dan keperwiraan Iskandar Zulqarnain (atau Alexander the Great) yang berjaya menyatukan penduduk Yunani dan menakluki 16 buah bandar di Macedonia. cerita turun-temurun dari mulut ke mulut ini juga menjadikan kita percaya dengan gambaran bahawa Iskandar adalah Zulqarnain yang disebut dalam Surah al-Kahfi. Persoalannya, adakah benar Iskadar dan Zulqarnain adalah individu yang sama? dan adakah Zulqarnain itu merupakan Alexander the Great yang dikenali di Eropah?

untuk merungkai persoalan-persoalan ini, mari kita singkap sejarah siapakah Iskandar dan Zulqarnain yg sebenarnya dan apakah kaitannya dengan Alexander the Great...

Siapa Iskandar?
- Raja Iskandar (356-323 BC)
- dikenali sbg Alexander of Macedonia (sekarang Greece) atau Alexander the Great
- Ayahnya Raja Philip II, ibunya Olimpias
- Berjaya menjinakkan kuda hitam liar yg diberi nama Bucephalus
- Meluaskan empayarnya ke Timur
- Menumpaskan tentera utama Parsi dalam peperangan Issus
- Menumpaskan tentera Raja Darius III dalam Peperangan Gaugemala
- Menang dalam Peperangan Hydespas (kempen ketenteraan Raja Iskandar ke India)
- Menyerapkan amalan mencium tangan, melutut dan menyembah orang atasan sbg tanda penghormatan
- Menganggap dirinya mempunyai sifat ketuhanan sbg anak Zeus
- bersifat panas baran
- penagih arak dan mempunyai sikap prejudis kepada orang lain sehingga sanggup membunuh rakan-rakan rapatnya
- membunuh orang tempatan dalam kempen penjajahannya
- mengabaikan tanggungjawab sbg Raja di tanah airnya
- mati di sebuah istana di Babylon. antara sebab-sebab kematiannya adalah diracun, demam panas ataupun malaria

Siapa Zulqarnain?
- bermaksud 'yang bertanduk dua'
- disebut sebanyak 3 kali dalam Surah al-Kahfi dalam al-Quran
- sebelum kedatangan Nabi Isa
- Ibn Kathir menyatakan bahawa Zulqarnain merupakan raja yg soleh
- hidup di era Nabi Ibrahim
- pernah melakukan tawaf mengelilingi Kaabah bersama Nabi Ibrahim semasa beliau membinanya
- orang Yahudi pd zaman Rasulullah telah mengetahui cerita mengenai Zulqarnain, ironinya cerita tentang Raja Iskandar tidak terdapat dalam kitab pendeta Yahudi, sebaliknya terdapat cerita tentang seorang lg raja iaitu Raja Kurush.

Siapa Raja Kurush?
- dikenali dgn panggilan Cyrus II Parsi atau Cyrus the Great
- lahir di Anshan, Iran
- Bapanya Raja Parsi bernama Cambyses I
- ibunya Mandana
- seorang yg takutkan Tuhan (disebut dlm buku U'zair)
- berjaya menakluki seluruh empayar Madia dan menjadi raja empayar Parsi
- menawan banyak kerajaan kecil di Babylon, termasuk Palestin dan Syria tanpa pertumpahan darah
- membebaskan semua hamba abdi Yahudi di Babylon
- menyatukan kerajaan Madia dan Parsi
- meninggal dalam peperangan menentang kaum Massagetae
- tempat persemadiannya di Pasargadae, Iran pernah diziarahi sendiri oleh Raja Iskandar sbg tanda penghormatannya

Nabi Daniel pernah bermimpi ada seekor kambing gurun bertanduk dua mengalahkan semua jenis binatang, tetapi akhirnya dikalahkan oleh kambing gurun bertanduk satu. lalu malaikat memberitahunya bahawa 'yang bertanduk dua' itu adalah raja kepada Madia dan Parsi dan 'yang bertanduk satu' itu adalah raja Yunani. kiasan tersebut merujuk kepada empayar Raja Yunani (Raja Iskandar) berjaya menewaskan empayar Parsi selepas kematian Raja Kurush (Raja kpd Madia dan Parsi).

Melihat ciri-ciri di atas, jelas menunjukkan bahawa Raja Iskandar bukanlah seorang raja yg soleh sepertimana yg dicatit dalam al-Quran..manakala Raja Kurush hampir menepati ciri-ciri Zulqarnain yg dimaksudkan dalam al-Quran..namun, banyak lagi ciri-ciri dan hujah-hujah yg perlu diambil kira jika benar Raja Kurush adalah Zulqarnain yg dimaksudkan..

Namun, terapat beberapa persamaan di antara Raja Iskandar dan Raja Kurush:
- Kedua-duanya meluaskan empayar ke arah Timur
- Raja Iskandar mempunyai duit syiling yg diukir kepalanya bertaanduk dua..Tempat persemadian Raja Kurush juga mempunyai ukiran bertanduk dua..

Dalam buku ini menyimpulkan bahawa Zulqarnain yang terdapat dalam al-Quran adalah bukan Raja Iskandar berdasarkan hujah-hujah yg dikemukakan..justeru, Iskandar bukan Zulqarnain..sebaliknya gelaran Zulqarnain dikaitkan dengan Raja Kurush..

Buku ni memang menarik untuk dibaca..terdapat banyak hujah yg dikemukakan berkenaan Iskandar dan Zulqarnain..kalau nak cerita semua dlm blog ni pun tak habis..jadi kalau nak tahu apa hujah-hujah lain yg ditimbulkan seperti ciri-ciri Zulqarnain: Perjalanan ke arah terbenam matahari (Barat), Zulqarnain menerima Wahyu, perjalanannya ke arah terbit matahari (Timur) dan pembinaan tembok penghadang Yakjuj Makjuj, bolehlah baca sendiri buku ni..hehe

Tapi sekarang dah ada buku "Alexander Adalah Zulqarnain" yg ditulis oleh Muhammad Alexander..belum lg habis membacanya..pun banyak hujah-hujah yg mengaitkan bahawa Iskandar adalah Zulqarnain..jadi kpd sesiapa yg berminat untuk memeningkan lagi kepala, boleh la baca buku ni pula lepas membaca buku "Benarkah Iskandar Bukan Zulkqarnain"...InsyaAllah kalau dah habis baca nanti sy akan tulis sedikit review mengenai buku "Alexander Adalah Zulqarnain"...

Thursday, May 13, 2010

Si Baju Hitam

aku merenung baju itu...banyak menyimpan kenangan...kalah dan menang dalam pertarungan...

kini hanya tergantung sebagai hiasan...dah lama tak turun gelanggang fight...dah lama tak buat latihan fizikal yang keras...menguji kecekapan, kepantasan dan ketahanan badan..rolling, melompat tinggi, berlari ke sana ke sini, star jump, jump power rangers, sparring...terasa dah berat segala anggota ni...pergerakan dah semakin lambat dan tak selembut dulu...berat badan dah semakin bertambah-tambah..sangat menyeramkan....

dahulu...tatkala menyarung baju hitam itu, terasa satu semangat menyusup masuk ke dalam diri...menyerap ke dalam jiwa...personaliti berubah..seakan ada yang mendorong untuk bertarung...

adakah aku akan menyarung baju hitam itu lagi?atau ia kekal menjadi hiasan...

sekarang terfikir untuk mulakan balik latihan...kembalikan kekuatan, keyakinan, kepantasan dan ketahanan..yang paling penting turunkan berat badan...tapi mampukah ia dilaksanakan???


Tuesday, May 11, 2010

tulang patah 4


semalam......

penat drive kereta dari JB ke Perak....hantar adik masuk matrik teknikal Kedah....bertolah dari JB pukul 4.30 pagi...dek kerana bosan drive sorang-sorang (seluruh isi dalam kereta tu lena berirama), aku pergi sampai 130-140 km/j...yang aku rasakan masih lagi slow...ni lah payahnya bila orang dah biasa bawak kapal terbang cuba nak bawak kereta...

sampai ke Perak dalam pukul 10 pagi....tukar driver...mata dah tak boleh tahan...abang aku pulak drive sampai Kedah...aku??? menggayakan aksi-aksi kuak lentang, kuak kupu-kupu dan gaya bebas kat belakang....haha...turn aku pulak balas dendam!! tapi tak la sehebat mereka...aku tak mampu melakukan aksi-aksi berirama.....

hari itu aku memang tak ada mood...tak tahu la kenapa..tapi aku pasti, ni mesti pasal budak tu....memang nak kena...jadi bila dah tak ada mood, nak pegang kamera pun dah malas..konklusinya: tak ada 1 keping gambar pun yang aku snap!! sangat pelik...selalunya aku lah orang yang paling excited terkinja-kinja snap-snap gambar ni....pusing kiri snap! pusing kanan snap! tapi kali ni aku jadi budak baik pulak...duduk diam-diam dalam kerata...walaupun aku amat teruja melihat sawah padi, bendang masa lalu di highway kat Kedah...sangat menenangkan jiwa dan raga ini....hilang sekejap semua masalah.....aku memang seorang yang menghargai alam sekitar - pencinta lam la katakan...(betul ke??) hakhakhak....

balik dari Kedah pulak aku lagi yang kena drive dari Perak sampai ke JB..dari Perak pukul 9 malam....aku drive sorang-sorang (peristiwa masa perjalanan pergi Kedah berulang)...siang pun boleh lena, apa lagi malam!! sampai JB pukul 4.30 pagi....sampai rumah, mandi-mandi, solat isyak lagi sekali (aku terlupa yang aku dah jamak), tidur!!!! badan rasa lenguh-lenguh...tulang rasa patah 4..........

Saturday, May 8, 2010

Cahaya di Hujung Jalan

dikesempatan ini, sy ingin mengucapkan selamat study dan good luck kepada rakan-rakan medic udm yang masih berjuang study bermati-matian untuk menghadapi exam end of module & final exam 2 minggu lagi....

sy doakan korang semua lulus final exam n tak ada yg terkandas di tebing muara...haha...

walaupun kita jauh di mata, tetapi di hati ini tetap terkenangkan korang...haha...jiwang sgt ni....sebenarnya nak cakap sy dah habis exam dan sedang bersenang-lenang di rumah...tidur dengan comforter yg tebal di musim hujan ni....hmm...harap dapat kongsi saat-saat ni dengan korang....ngahaha~ (gelak jahat..)

study molek-molek....jangan main-main....good luck then!!!

pesanan khas penaja kepada mereka yang terpilih:

anaman...kurangkan gelak ko....bising orang lain nak study...diam-diam sudah...haha
joe...sudah-sudah la online...study pulak nak exam ni...si dia takkan lari ke mana...hehe...

sorry abg sari, aku rembat gambar ko..hihihi

special wish to:

joe, anaman, nashy2, mushimarou, saufiq, abg sari, acap, daniel, hairi, shimon, irsyad, ricky, kimon, jannz, kak afy, ainy, kak zaty, kak aza, kak nitty, bupha n semua student medic udm...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails