Friday, January 14, 2011

Menentang makhluk dalam air

Salam...

Hari ni dapat main kayak..yeay~ huhu..macam orang jakun la pulak..tp ni bukan pertama kali aku main kayak..da kali ke berapa ribu entah (ok nampak sgt menipu di situ ye)..tp mmg sebelum ni dah pernah main kayak la..cuma ni bila dah lama tak main, sekali dapat main rasa macam agak ter'over' excited pulak..hehe~


Ala bukan main kat mana pun..kat kem Merang tu je..lepas habis kelas tadi terus siap-siap pergi..ramai la jugak yg join..aku naik kayak dgn roomate kesayangan ku si famox (oppss!! jgn salah tafsir ye..cukup la pak kiyai gosip kan kami)


Mula-mula naik kayak yg putih tu..lepas tu tukar pulak yg warna pink, nampak mcm menarik je..hehe..tp yg tak bestnya naik dgn famox ni dia malas nak kayuh! kayuh sikit berhenti..kayuh sikit berhenti..macam mana kayak nak gerak?? dah la tu, bila gerak pulak asik ke kiri je..ok nampak sgt berat belah kiri..dan si famox beri alasan tangan kiri dia tak kuat..ceh~ tak boleh pakai punya alasan..


Ok bila dah puas main kayak, terjun pulak dalam kolam tu..hehe..

Tp tiba-tiba....

ZZUUPPP!!!

Terasa seperti ada sesuatu menarik aku ke dlm air..tarikan yg sgt kuat dan tak mampu melawannya..dan arrrgghh....aku tenggelam ke dasar kolam...dgn life jacket sekali..!! (sepatutnya org pakai life jacket tak boleh tenggelam, kecuali ada sesuatu yg tarik ke dalam air dgn kuat..)

Aku jd panik..!!

Habis segala NaCl, E. coli, Salmonella semua aku telan dgn jayanye....

Meronta-ronta untuk naik ke permukaan air..dan aku rasakan benda tu jugak meronta-ronta dan menarik-narik kaki dan badan aku ke dalam..dan rasa macam ada sesuatu yg berlaga-laga dgn kaki aku kat dalam tu...

Akhirnya.....

Aku berjaya naik ke permukaan..tapi...ada rasa tangan yg pegang bahu aku...alamak...apa pulak bendanya ni.??


"Emy......bawak aku ke tepi.."

Aku toleh belakang (dgn muka cemas)...

Laa...Adzna rupanya...

"Aku nak tenggelam ni..aku tak pandai berenang.."

Rupanya dia la yg tarik-tarik dalam air...haish...bikin panik orang saje..

Dengan rasa simpatinya, aku pn tarik la dia bawak ke tepi...huhu..

Nak tergelak la pulak bila ingat balik...

Tu la peristiwa yg 'meyeramkan' kat situ..lepas tu, si Adzna terus dia pandai berenang bila dah belajar dgn sifu..haha..siap ajak lumba renang lg..hehe

Wednesday, January 12, 2011

Untuk mu Gemoxs

Salam persahabatan...

hari ni boleh dikatakan memenatkan jugak la..kelas dr 8 pagi sampai petang..ada lab dgn pak kiyai pulak tu..walaupun nampak simple, tp tetap rasa kepenatan nye jugak..lepas tu petang sambung pulak kokurikulum ssampai pukul 7..sy amek koku bridged perdana ye! tp sampai sekarang tak paham lagi apa yg kena buat dlm bridged ni..yg facie keep repeating bagitau pasal 'kemahiran insaniah (KI)'...hmm...

Malam pulak sibuk dgn meeting MyClub..pasal projek kembara basikal jelajah terengganu tak setel-setel lagi..so penat jugak la..tp yg nak story nye bukan pasal ni pun..tp pasal reunion geng gemox..haha..macam da lama berpisah je kan..padahal hari-hari dok mengadap muka yg sama je..mengada gila..

lepas je habis meeting tu, sy dan famox terus berlari berkejaran (ala-ala lagu klasik kak pah dgn broery marantika tu..) kononnya nak join discussion case study anatomy..sampai je diorang pun dah habis discuss..tapi dapat la jugak share sikit-sikit info..

takpe lah...semua orang dah balik..tinggal geng gemox je berenam dlm bilik tv tu..so kitorang pun duduk la dalm bulatan mengadap muka masing-masing...serius, walaupun hari-hari jumpa, tp tak dapat nak luangkan masa duduk dlm geng berenam & share macam-macam cerita macam dulu-dulu..masing-masing dah busy..so, ni la kesempatan yg diamek..kitorang memang suka amek kesempatan ye..! duduk sama-sama dan cerita, gosip, luahan hati dan perasaan semua ada la...

mula-mula rai ajak main 'true & dare'...sy menyangkal sekeras-kerasnya...dgn alasan tak tahu main..haha boleh pakai tak alasan tu? sebenarnya takot kena attack soalan-soalan cepucemas!! adeh...tak sanggup nak jawab den! tak jadi main...

lepas tu mira pulak ajak main 'the killer'..haaa...dengar nama game je dah menyeramkan..mungkin ada yg kena berbunuhan?? hik3..semua orang tak tahu main ni..mira pun ajar..perhh...siap tutup-tutup lampu ni..pasang lilin, kenyit-kenyit mata, tiba-tiba 'i'm died'...ok cukup..tak payah main, sangat menyeramkan di malam hari ni..lagipun takot kena tangkap basah dlm gelap..ngee~

last-last main jugak 'true & dare' tu..hmm..malangnya sy org pertama yg kena..so nak tak nak kena jawab jugak la..walaupun dah jadi macam 'true & true' je sebab wajib kena jawab! takde choice 'dare' lg dah.. aishh...walaupun jawapan sy macam tak logik dan tak jujur..tp sy tinggalkan anda semua dgn jawapan yg harus difikir..ada jawapan disebalik jawapan tersebut...hee~

dan...masa ni la segala luahan yg terbuku di hati diluahkan..apa yg dipendam, diluahkan..sejujurnya..atas nama persahabatan..dan last-last semua orang jd emo..sebab semua nak luahkan perasaan..dah jd macam sesi luahan perasaan pulak dah..! sampai ada yg menangis-nangis ni..sgt tacing..

walaupun ada beberapa persoalan yg masih belum terjawab, tp ada baiknya sekali-sekala buat macam ni..setiap orang semakin kenal hati budi masing-masing..dan tali persahabatan semakin kukuh..dan kita dapat refresh balik memori dr awal persahabatan sampai la sekarang..

truely, from my heart..sy sayang anda semua...

*tak mampu tulis banyak-banyak lg dah..tak tahan nak meleleh ni..huuu~

Sunday, January 9, 2011

Dibelasah kerana ingin bertudung!

Apa nak jadi dengan dunia zaman sekarang ni? lebih teruk dari zaman jahiliah! Seorang bapa melarang keras dan menampar anaknya yang ingin bertudung...

Ikuti kisahnya....semoga kita dapat ambil pengajaran daripada kisah ini...

Hamba Allah ini merupakan seorang anak yatim, ibunya telah pergi menghadap Ilahi beberapa tahun sudah. Dia kini tinggal bersama-sama bapanya, seorang abang dan tiga orang adik. Bapanya seorang CEO di sebuah konglomat di ibu kota, seringkali pulang ke rumah lewat. Maklumlah, businessman.

Beberapa hari sudah, seusai mandi, dia membelek-belek badannya di hadapan sebuah cermin besar di dalam biliknya. Entah macam mana, satu perasaan masuk ke dalam hatinya. Dia berasakan betapa ayu dirinya sekiranya dia bertudung. Selama ini, dia hanya free hair jika keluar ke mana-mana.

Bapanya melarang keras anak-anaknya bertudung. Pernah sebelum itu dia tidak diberi makanan seharian gara-gara menggunakan tuala mandinya sebagai tudung di rumah. Itu baru bertudung di rumah! Tentu lagi teruk dia akan hadapi sekiranya dia bertudung di luar rumah.

Walau bagaimanapun, dia nekad untuk bertudung. Dia mengambil keputusan untuk melarikan diri sekiranya ditentang hebat oleh bapanya. Kesemua adik-beradiknya sependapat dengan bapanya. Dia merasakan keputusan ini adalah yang terbaik. Biarlah dia menjadi pemangkin kepada perubahan ke arah kebaikan, pencetus kepada free hair style kepada pemakaian tudung yang sempurna.

Dia terus memakai tudung, bersiap untuk keluar berjalan-jalan dengan kawan-kawannya yang kesemuanya bertudung.

Sebelum dia sempat membuka pintu rumahnya, dia terdengar deruman enjin kereta BMW 7 Series milik bapanya. Berderau hatinya kerana risaukan keselamatan dirinya jika diapa-apakan bapanya. Jarang bapanya pulang pada waktu tengah hari kerana selalunya bapanya hanya tiba di rumah selepas jam 8 malam.

Dia merasakan bahawa inilah cara terbaik untuk menyatakan pendiriannya untuk bertudung. Walaupun hanya berusia 12 tahun, dia nekad dan tetap dengan pendiriannya. Now or never!

Dia membuka daunan pintu, dan terus memegang tangan bapanya untuk bersalam dan mengucup tangannya. Sesudah itu, dia terus menyatakan pendiriannya untuk memakai tudung.

PAAANNNGGGG!!!

Satu hayunan penampar dilayangkan bapanya tepat ke pipi kirinya yang putih. Dia tersepok di kaki tiang rumah. Aduh kesian..

"Sampai hati daddy! Angah tau la daddy mesti malu dengan kawan-kawan daddy. Tapi salah ke kalah angah nak tutup aurat? Salah ke? Kalau Along dengan adik-adik tak nak..."

PAAANNNGGGG!!!

Hayunan penampar kedua hinggap ke pipi kirinya sebelum dia habis bercakap.

Bapanya juga tetap dengan pendiriannya, melarang semua anak-anaknya bertudung. Dengan nada yang tinggi, bapanya memarahinya.

"Don't try to make fool! Don't ever try to overthrow my good reputation with your strange behaviour!" Gertak bapanya.

"Dah berjuta kali daddy bagitau, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Faham ke tidak?! Lain kali, ponteng lagi sekolah agama. Elok-elok daddy and arwah mummy letak nama 'Farhan', angah ubah jadi 'Anne'! All your friends call you 'Anne'! Along dengan adik-adik tak bertudung sebab diorang tu lelaki. Sama macam angah juga!"

"Aurat angah pusat sampai lutut saja! tak payah nak pakai tudung tutup kepala!" bapanya bertambah berang.

"Kalau angah nak sangat pakai tudung, nanti daddy panggil doctor or mana-mana tok mudim, suruh dia 'potong' habis angah punya, biar jadi perempuan, nak?" bapanya mengungkapkan kata-kata yang terakhir sebelum meninggalkannya menangis keseorangan di hadapan pintu rumah.

Hahahahahaha....


p/s: Lain kali jangan cuba-cuba nak ponteng mana-mana kelas agama, baik yang budak-budak remaja, dan tidak terlepas juga yang dewasa. Rajin-rajin menambahkan ilmu agama kita yang masih cetek.

Friday, January 7, 2011

Buku buka, mata tutup

Petang tadi...balik kelas anatomi dgn basah lencun dek hujan lebat yg menujah-nujah badan tanpa henti....aku tetap meneruskan kayuhan ku...aku menukar gear ke tahap yg lebih berat supaya kayuhan lebih pantas dan deras...tak menoleh belakang lg..nak pandang depan pun tak boleh..air hujan yg menujah ke arah ku bak jarum-jarum tajam yg mencucuk-cucuk mata ku...arrhh...terlalu mencabar ku rasa perjalanan ku ini...

Kolej yg dekat terasa jauh.....

Akhirnya sampai juga di kolej..terus bersih-bersihkan badan..sejurus, tunaikan kewajipan sebagai hamba-Nya...usai semua, hujan di luar masih lagi lebat..selebat salji yg melanda Amerika, Eropah dan China...

Niat di hati nak buat revision anatomy..sungguh mulia niat itu ye...buku dan nota dikeluarkan dan diletakkan di atas meja...hujan pula semakin mengaum dengan angin bertiup kencang...tiba-tiba pandangan ku menjadi semakin kabur..penglihatan ku gelap...ohh..tidak..apakah yg sedang berlaku??? adakah blackout di siang hari??


Niat yg mulia tersebut end up with tertidur..sebaik sedar, aku dapati diri ku bukan lg di meja study, tp di atas katil...hmmm~ sungguh tak diduga, begitu kuatnya dugaan dan tujahan pada hari ini...tak apa, niat tu penting!

Tuesday, January 4, 2011

Tamat Rayyan Fantasi


Salam kedamaian..

Sy baru habis katam Rayyan Fantasi ni ha..ni novel paling cepat sy habiskan..tak sampai 2 hari pun dah habis baca..kerana dorongan nafsu yg tak dapat dikawal..

Ada part dlm cerita ni yg sgt sedih n menyentuh hati..sampai nangis-nangis ni baca aaa..sedih gila..tersentuh naluri dan jiwa kelakian ku ini..aauuww...haha..ada jugak part yg membuatkan sy tetiba jd geram dan marah...tak pasal-pasal org lain yg kena tempiasnya..hmm..mungkin kerana terlalu menghayati cerita ni...sorry ye kpd yg terkena tu...bukan salah sy, salah novel ni...sape suruh buat sy marah....

Tapi yg bagusnya novel ni menyampaikan mesej kedamainan dalam dunia hari ni yg sibuk berperang..mesej disulam dan digarap dlm sebuah cerita dgn baik utk meninggalkan kesan pd emosi dan psikologi pembaca..(tetiba ayat pun dah serupa ayat novel)..

Yg tak puas hatinya ending cerita ni yg tak best..tp best jugak sebenarnye..nak cakap mcm mana ek? kira tak puas la dgn ending ni...sy harap ending dia jadi lebih baik..boleh tak kalau mintak abg Ramlee tukar ending dia kasi best sikit?? hehee..

Lepas ni tunggu Sutera Bidadari pulak..sambungan Cinta Sufi...menanti dalam kesabaran...

p/s: sebenarnya nak tulis short post je..tp tak tau mcm mana boleh jd panjang pulak!

Saturday, January 1, 2011

2011

Salam 2011..

Ni post pertama bg tahun 2011..1/1/2011..Selamat tahun baru kpd semua pembaca..tahun 2010 baru sahaja tutup buku dan buka lembaran baru bg tahun 2011..bila masuk tahun baru je semua org sibuk cakap pasal azam..setiap tahun sama je..masuk tahun baru je tanya azam..tanya azam je masuk tahun baru..

"Selamat tahun baru 2011..apa azam kau tahun ni?"

Macam-macam jawapan yg diberi..ada yg cakap nak kahwin lah, ada yg cakap nak sempurnakan azam tahun lepas lah dan macam-macam lg..tp bg sy, azam sy tahun ni - "sy harap sy tak lupa azam sy tahun ni" sebab kerap sgt berlaku bila sampai hujung tahun je, dah lupa apa azam pd awal tahun..hmm..sadis~

Bg sy, nak pasang azam tu tak semestinya awal tahun..tp bila-bila masa yg difikirkan sesuai pun boleh pasang azam..yg penting kita bersedia utk menyempurnakan azam tu..kalau setakat pasang je tp tak ada progress apa gunanya..betul tak? jd biarlah ikut kemampuan diri sendiri..


Tahun ni tak sambut tahun baru pun macam tahun lepas..tahun lepas sambut new year kat Dataran Syahbandar dgn famox, eky, ika, mira & rai..tp tahun ni tak ada pun..yg ada kat sini aku dgn eky je..famox, mira & rai belum balik lg..ika pulak baru balik terus dating dgn 'kawan' dia..macam la tak tau siapa..kau curang ika..mana janji-janji manis kau? eky dah siap-siap dah nak pergi celebrate..kesian dia...

Ingat lagi tak kita celebrate new year tahun lepas?





















Tapi tak apalah..masing-masing ada haluan masing-masing..lagipun tak ada apa pun nak celebrate kat sini..tgk bunga api dr bilik je la bertemankan moist chocolate cake yg tak berapa moist & blueberry cheese tart..

Mungkin tahun depan kita dapat berkumpul semula sambut new year..InsyaAllah..












SELAMAT TAHUN BARU 2011..

Thursday, December 30, 2010

Disebalik kemenangan Malaysia

Salam kemenangan...

Tahniah buat skuad bola sepak Malaysia yg menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 lepas kalahkan Indonesia dgn agregat 4-2..tahniah! kemenangan ini secara langsung membuktikan bola sepak negara memasuki era baru..dengan wajah-wajah baru yg diberi peluang utk menggalas amanah negara..


Walaupun tewas 1-2 pd final kedua, tp dah cukup utk mengesahkan Malaysia selaku juara baru kejohanan..tp skuad indonesia juga harus diberi pujian krn telah menunjukkan kesungguhan dan semangat tinggi utk memenangi perlawanan sehingga wisel penamat dibunyikan..walaupun jaringan safee sali pd minit ke 57 seharusnya melenyapkan harapan mereka..ini semangat yg harus dicontohi oleh atlit malaysia..

Tak perlu lah sy nak membahaskan tentang sikap penyokong indonesia..korang pun dah tahu kan..dari isu laser, bomoh, kain rentang menghina, 'layanan mesra', kereta kebal dan macam-macam lg..kita memang tak mampu mengubah diorang..doa je lah supaya hati diorang ni dilembutkan..tp ada sesuatu yg perlu kita ambil contoh daripada mereka..sokongan mereka..mereka tetap memberi sokongan padu kpd skuad indonesia walaupun mereka berdepan misi mustahil memburu 4 gol..tengok stadium penuh! dan penonton tak berganjak sampai tamat game..ni yg perlu kita contohi..

Namun, disebalik kejayaan Malaysia, ada sesuatu yg harus diambil perhatian..kejayaan ini adalah 100% milik malaysia..lihat sahaja dr jurulatih, para pegawai dan pemain-pemain, semuanya merupakan anak watan, anak jati malaysia..ini membuktikan bahawa malaysia juga mempunyai pakar-pakar yg hebat tanpa kelibat org luar..jgn hanya melihat kemampuan dan kebolehan org luar dan import tanpa meneliti terlebih dahulu kemampuan sendiri..lihat dahulu kemampuan anak tempatan! kita telah buktikannya..


Berbanding indonesia, mereka dilatih oleh jurulatih import daripada Australia..malah pemain mereka juga ada yg 'diimport' seperti Gonzalez, walaupun telah diberi kerakyatan indonesia..hakikatnya mereka tetap mengharapkan orang luar..

Pemain-pemain malaysia juga rata-rata dibarisi oleh pemain muda yg mempunyai masa depan yg cerah..malah pemain pertahanan juga baru berusia 21 tahun, termasuk fadhli shas yg berusia 19 tahun..kemampuan mereka menyekat asakan lawan menunjukkan kematangan mereka dalam kengawal benteng malaysia daripada ditembusi lawan..walaupun muslim ahmad membuat kesilapan besar pd minit dgn menanduk bola ke gawang sendiri tatkala khairul fahmi sudah merebahkan badan ke sebelah kanan utk menyelamatkan bola, kesilapan yg tidak disengajakan itu harus diberi kemafaan melihat kpd banyak percubaan bahaya lawan yg berjaya dipatahkan..


Tiba-tiba jugak fenomena tsufahmi melanda..penjaga gol kebangsaan, khairul fahmi che mat, 21, yg cemerlang menyelamatkan penalti dan deretan cubaan berbahaya lawan telah menjadi kegilaan gadis-gadis di malaysia dan di indon jugak! aiiyyaaa...kesian awek beliau...memang tak dinafikan apex adalah hero..kebal gila mamat ni..walaupun rendah sikit..hehe..paling suka tengok bila bola tu melekat kat tangan dia..tengok cara dia main nampak yg dia ni memang confident..syabas bhaiya...

Tapi sikap para penyokong malaysia yg tak berapa nak puas hati..bila menang, kita angkat diorang seperti raja..bersorak gembira seolah-olah mereka lah penyokong setia..tapi bila kalah, kita 'boo' diorang..apa ni? tak kiralah sukan bola sepak ke, badminton ke, sama je..ni bukan semangat kesukanan yg kita nak..ni menunjukkan yg kita ni penyokong yg hanya menumpang kemenangan..sepatutnya kita sokong atlit yg membawa nama malaysia ni tak kiralah saat diorang di bawah atau di atas..tak pun, sokonglah berpada-pada..bersederhana adalah lebih baik..

Memang adat pertandingan, ada yg menang dan ada yg kalah..tapi yg kalah tak akan senantiasa dibelasah, dan yg menang takkan sentiasa menikmati kejayaan..perlu menerima apa jua keputusan dgn tangan dan hati terbuka..tak perlu menuding jari ke pihak lain jika kelemahan datang dari kita sendiri!

Ada sesiapa tahu kenapa Malaysia tak pakai jersi home (kuning) masa main kat Bukit Jalil? adakah pasal tuah??

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails