Hari ni hari yang menyedihkan..hari yang mengecewakan..hari yang menghampakan...
Bagaimana nak ku ceritakan??? terlalu pahit untuk diluah..kenangan ini tak mungkin akan dapat ku lupakan seumur hidupku...mungkin juga akan menjadi cerita-cerita motivasi kepada anak-anak dan cucu-cucu ku kelak nanti...betapa peritnya kehidupan ini...
Alkisahnya bermula begini....... Kisah 4 orang sahabat mencari rezeki...
KUALA TERENGGANU - Di suatu Jumaat yang hening, aku pergi menunaikan tanggungjawabku sebagai seorang hamba kepada-Nya..melaksanakan solat Jumaat di Masjid Ladang..sesudah menunaikan kewajipan tersebut, kaki melangkah mencari sesuap nasi untuk 'mengalas perut' (tak sure utk mengalas perut ke atau memenuhkan perut)..
Seperti biasa, gerai Pak Din tepi jalan tu sentiasa dipenuhi makhluk-makhluk yang lapar..aku menjenguk ke dalam..sadis..yang tinggal hanya gulai dan hati ayam..takkan hari-hari nak 'makan hati'..dengan perasaan kecewa (sambil menundukkan kepala) aku, joe, ikram dan saufiq melangkah pergi..menjauhi gerai itu..
Menjenguk ke kedai kopi ladang (depan masjid tu)..sekali lagi hampa..kedai itu tidak berpenghuni...langkah diteruskan menuju ke Restoran Delima (kedai pakcik sombong tu..tapi dah terpaksa pergi jugak)..alhamdulillah kedai tu pun tutup..takde la aku terpaksa menatap muka pakcik tu..
Dengan perut yang dah semakin menipis, pergi ke kedai Kak Long, dengan harapan ade la rezeki kami..sekali lagi kami dikecewakan...(sambil menundukkan muka, tangan mengusap-usap perut) kami meneruskan pengembaraan ke Tenang - menurut firasat saufiq, ada kedai makan bukak kat sana..hati mula berbunga-bunga...tapi sayang...bunga yang mekar tak kekal lama..hampa buat kali ke-5...kalau tak silap, ada lebih kurang 8 kedai makan kat situ, tapi semuanya bagai tak wujud...
Perut dah lapar yang amat...kami nekad pulang ke hostel..sebelum tu, sempat lagi singgah kat stesen minyak Esso beli air tin untuk menampung keperluan glucose kat otak supaya boleh terus berfikir dengan waras dan tak meracau-racau...
Sampai kat hostel, kafe masih lagi buka..tapi nasi yang ada hanya cukup untuk 3 pinggan..kami ada 4 orang..maknanya salah seorang terpaksa berkorban - dan insan yang bertuah itu ialah aku..aku mengalah dan memberi peluang kepada rakan-rakanku yang lain untuk makan..memandangkan meraka nak angkat kelopak mata pun dah tak larat...
Tapi, kerana kasih sayang seorang sahabat, melihat aku kelaparan, joe sanggup berkongsi nasi dengan aku..sepinggan nasi dikongsi 2 orang..aku berterima kasih kepada joe...sungguh terharu...akhirnya, keempat-empat sahabat ini tidak lagi kelaparan dan hidup dengan aman dan bahagia...
*****
Betapa susah dan peritnya hidup di bumi sendiri ni..kebuluran di tanah yang subur, bumi yang kaya, rakyat yang murah hati..hidup seperti pelarian di tanah air sendiri..betapa sukarnya mencari sesuap nasi pada hari Jumaat...adakah aku akan menghadapi semua ini selama 3 tahun lagi aku di sini??? renung-renungkanlah sahabatku......
*lepas ni nak puasa hari Jumaat...
2 comments:
Emy sedeyhnye cite ko,,, Ak sedeyh2..
apsal korg x trus blik mkn kt kafe maidam...kn sng....delima n kopi ldg mmg tutup hri jumaat, kat area tenang, bkn dh nk mlm bru bkak???
ape pun, tmpg sdih gak...sobz2....
wait! ada rhmat gak, dpt mkn sikit, bkn kah itu impian kita selama ini???
[nk kurus...hik2...]
Post a Comment