Monday, September 13, 2010

Raya (must read edition)

masak-masak

last minute shopping malam raya 11pm-4am

balik lambat bukan sebab banyak shopping, tapi sebab orang ramai penuh sesak..jalan jammed tak boleh keluar..taubat lepas ni tak nak pergi lagi dah..orang lain duduk kat rumah takbir, aku takbir kat tengah jalan..

dah ngantuk sgt dah abg aku ni..pukul 4.00 pagi raya masih lepak kat warung mamak

pagi raya

pertama kali dalam seumur hidup aku beraya dengan semua famili berkumpul..sebelum ni tak pernah pun..ada je yg missed..tapi walaupun semua adik-beradik ada, tetap kurang seorang - arwah ayah...

Salam..

Selamat Hari Raya..!!!

Haih...kejap je da masuk raya ke-4..tak lama lagi dah naik cuti..kerja satu apa pun tak sentuh..bahagianya bercuti di rumah bersama keluarga, isteri-isteri dan anak-anak..dari raya pertama sampailah hari ni, baru ada peluang nak bukak lappy..mana taknya, ke sana ke mari beraya..ni dapat la tengok-tengok kejap apa yg berlaku kat fb n blog ni..

Memang seronok bila beraya ke rumah saudara mara, banyak makanan yg macam-macam..tapi raya tahun ni agak lain sikit..aku dah mula menapis makanan-makanan yg nak masuk dalam perut ni..hehe..kalau ikutkan memang semua nak disumbat..sedap-sedap belaka bila tengok..tapi kena tahan nafsu..tapi sebenarnya memang tak ada nafsu pun tangok makanan yg berlambak tu..tak tahu lah kenapa..adakah sebab aku ni dietitian-to-be..???

Bila beraya maksimum kuih yg masuk perut 5 biji je..tu pun pilih-pilih..minum, lebih prefer air masak kalau dihidangkan dengan air gas..wuuu...takut tengok semua manis-manis..bila orang tanya "kenapa tak makan, diet ke??" terpaksa lah memaniskan muka yg dah sedia manis ni senyum je..tak mampu nak menjawab dengan kata-kata..

renungan

*** masuk mood serius sikit ***

Bila cakap pasal raya memang terbayang kemeriahan..dengan sanak saudara semua berkumpul..yg jarang berjumpa, hanya setahun sekali saje..waktu ni lah nak beramah-mesra, berkenal-kenalan..semua bergembira..tapi yg menyedihkan bagi aku adalah kelalaian mereka (terutama sekali perempuan) menjaga aurat dan batas-batas pergaulan..perkara ni biasa berlaku..

Bila di kampung atau di rumah saudara, ada lah yg bukak tudung..ala dah biasa, sedara-sedara je yg ada kat sini..lagipun kat dalam rumah..bukannya keluar pun..tak payah pakai tudung..panass..tapi sedar tak mereka api neraka itu lebih panass??dan hukum aurat perempuan yg dah baligh dgn saudara lelaki seperti sepupu, ipar duai, dan sebagainya yg bukan mahram adalah sama dgn lelaki ajnabi (yg halal dikahwininya)..maknanya sama dgn org lain yg kat luar..jadi hukumnya tetap haram menunjukkan aurat dgn 'saudara-saudara' ni..tapi masih ada yg tak begitu mengambil berat soal-soal mcm ni...

KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt’ berlengan pendek.
KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.
KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di tempat tertentu sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.


Lagi satu soal salam-bersalam..pun sama..tahu la raya ni..tapi kenalah ingat jugak (bagi perempuan & lelaki jugak)..tak semua orang kita boleh bersalam..samalah macam aurat tadi, yg mana tak boleh salam kalau boleh elakkan..janganlah main redah je salam semua orang..kalau nak bersalam pun berlapik lah..tapi seelok-eloknya elakkan..tapi kalau orang dah hulur tangan tu carilah pelapik yg boleh mengelakkan sentuhan kulit..kalau boleh tebal-tebal sikit..haa..petua ni aku dapat dari sedara aku yg memang betul-betul menjaga batas pergaulan..kagum tengok dia ni..

Masa raya ni jangan lah ambil kesempatan pulak ye...,pandai-pandailah jaga diri..aku minta maaf kalau ada yg terasa..diri ini juga banyak melakukan kekhilafan..tapi niat aku cuma nak nasihat mana-mana yg kurang elok tu dielokkan..saling memperingati itu lebih elok kan..supaya kita dapat beraya dgn keberkatan..bukan dgn menambah koleksi dosa-dosa dalam akaun..

Renung-renungkanlah wahai sahabat-sahabat ku....

Thursday, September 9, 2010

Koleksi terbaru baju raya


Dengan ini Emynur's Collection memperkenalkan koleksi terbaru baju raya tahun 2010..berwarna metallic grey hasil rekaan pereka fesyen terkenal, Kak Yah (mak aku) berserta kain sampin songket berwarna grey+silver (beli kat Mydin Mall Kuala Terengganu)..

Siap untuk dipakai di hari lebaran..


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN


dengan ingatan tulus ikhlas daripada

Emy, isteri dan anak-anak serta seluruh keluarga

Wednesday, September 8, 2010

Waktu Subuh aku blogging

Salam....

Selamat bersahur kepada semua umat Islam...waktu di sini sekarang dah pukul 5 pagi..sejak akhir-akhir ni mood nak blogging datang waktu-waktu pagi subuh macam ni..tak tahu la kenapa..mungkin kerana insomnia yg tak masih tak mahu pergi..ditambah pulak tak ada kerja nak buat (padahal kerja berlambak tak siap)..takpelah..tak ada mood nak buat kerja, blogging laa...

Tiba-tiba rasa sakit kaki..sebelah kanan..dah beberapa pagi macam ni..pukul 5 je sakit kaki..kat tempat yg sama tapi bergilir-gilir..semalam kiri, hari ini kanan, esok kiri balik...tak tahu kenapa..sakitnya pun tak macam sakit biasa..susah nak describe...tahan je lah...

Semalam melawat sekolah lama -SMK Permas Jaya..tiba-tiba tergerak nak pergi..berjalan-jalan sambil tengok-tengok tempat bermain dulu..hmm..dah banyak berubah..makin cantik, makin ceria, makin cemerlang...rindu saat-saat berada di sini suatu ketika dulu..tempat bermain lagi dikenang..inikan pulak tempat bercinta...oppss!!! haha...


Dari form 1 sampai lah ke form 5, macam-macam dah aku lalui di sini..suka, duka sbg seorang pelajar sekolah..kat sinilah tempat aku mencapap, gila kuasa dll..mana taknye, kalu boleh semua jawatan aku nak bolot..masa form 5 merupakan tahun paling gila bagi aku (sebenarnya dah start dari form 4) ngee~..orang lain sibuk nak SPM, aku sibuk ke sana, ke mari wakil sekolah..waktu tu aku pegang 3 jawatan pengerusi kelab..termasuk CEO P2GC Corp. + Exco lembaga pengawas lagi...haha..pembolot gila aku..kat sini jugak lah tempat berlakunya aksi tarik-menarik antara peminat-peminat aku (sebab berebut aku ni)..haha..kalau boleh rasa nak kembali ke zaman sekolah...

Petang pulak keluar dengan Farah (bestfren aku masa kat sekolah)..dah lama gila tak jumpa..sejak habis sekolah memang tak pernah jumpa lagi...dia ni dulu scandal aku masa kat sekolah..haha..tak malu mengaku..sebab dulu kan budak lagi gila-gila..tapi serius, kepala dia pun memang gila...ada macam weng sikit..hehe..cerita-cerita masa dulu-dulu masa muda-muda..tapi sekarang dah nak jadi pharmacist dah..aku pulak dah nak jadi dietitian...

Farah ajak teman shopping raya sikit kat Jusco Tebrau City..ramai gila manusia...tapi dapat lah jugak baju raya 2 helai + 1 bottle perfume..nak buka puasa kat food court pun kena beratur...haih...semua restoran fast food pun penuh..KFC, pizza hut, chicken rice shop, egg house, rasa ayamas, secret recipe pun penuh pukul 6.30! last-last tengok kedai non-halal yg jual toing-toing tu jugak yg kosong...hmm....terpaksalah...dah tak ada pilihan lain...berbuka dengan air je...sedihnya kehidupan...bila dah kosong baru lah dapat makan..huhu...

Tuesday, September 7, 2010

Spot the differences


hehehe~

ok kali ni meh main cari benda tersembunyi...lupakan segala kesedihan...

Sila perhatikan gambar di atas...cari 3 perbezaan antara ketika-tiga gambar tersebut..

Gambar pertama (kiri sekali) gambar sewaktu semester pertama..freshie lagi masa ni..baru je daftar sbg student..hehe..

Gambar kedua yg tengah tu masa sem 2..masa ni annual dinner fakulti..

Gambar ketiga gambar masa sem 3..gambar kat Cherating masa konvoi g Kuantan...

Apa pendapat korang?? hehehe~

Monday, September 6, 2010

Catatan Ramadhan

Salam...

Hari ini dah masuk 27 hari semua umat Islam berpuasa..sekejap shj masa berlalu..diam tak diam dah nak dekat raya..hari ni mood lain sikit..lepas sahur, terus tergerak nak blogging..tiada isu yg hendak dikongsi..sekadar melayani gerak tari jari-jemari mengetuk papan kekunci laptop ini..mengikut shj ke mana hala tujunya...melayan emosi yg dibuai keheningan pagi..segala yg terlintas di fikiran ditukar kepada kod-kod nombor binary sebelum diterjemahkan dalam bentuk tulisan...

Masuk hari ni, dah 5 malam tak dapat lelapkan mata..berjaga malam sehingga ke pagi subuh..ada sesuatu yg merunsingkan benak kepala ini..memikirkan sesuatu yg hanya bermain di kotak pemikiran tanpa terjemahan di alam realiti..bertemankan gambar 'si dia' yg senantiasa setia menemani aku, tak berganjak walau seinci, tak goyah walau digoncang..menjadi peneman sunyi dikala hati sudah semakin surut perasaannya...

Memori di occipital itu memutar laju kenangan-kenangan silam..namun gagal untuk dipancarkan di layar mata..senyuman nan lemah terukir tatkala mengenang kisah berpuasa tahun-tahun lalu..betapa indahnya waktu dahulu..berbuka bersama keluarga..pergi ke bazar bersama si dia..saat Syawal menjelma, keriangan terasa bersama orang yg tersayang..

Namun kini, semua itu bagaikan tiada lagi..saat-saat yg indah itu sepertinya tidak akan berulang kembali..konflik keluarga membuatkan diri ini terasa ingin bersendiri..lantaran semua orang membawa haluan sendiri..tiada siapa yg mengerti hati dan perasaan ini..hatta seorang ibu juga masih tidak mengerti dan memahami diri ini..siapa yg mengerti? siapa yg peduli? siapa yg menemani? jawapannya kosong..tiada..tiada persiapan raya, tiada baju raya, tiada kuih raya..mood raya juga seakan samar-samar.....

Ditambah pula konflik hubungan yg tiada berkesudahan..mempunyai permulaan, tetapi tiada pengakhiran..puas difikir, direnung, dicerna, dan digali segala probability..namun masih tidak ketemu apakah yg tidak kena di sini..semakin hari semakin parah, semakin menusuk-nusuk jiwa yg tak pernah goyah..mungkin hanya sekadar kekhilafan seorang insan yg bergelar manusia..hanya dalam sekelip mata, manusia bisa berubah hati..yang jelas, aku meinduinya..yg dahulu...bukan dirinya yg di depan ku ini..

Tatkala hati yg galau semakin parah dan nazak, hadir seseorang menawarkan diri..ingin menemani diri ini mengharungi onak dan ranjau berduri..menuju ke satu destinasi, ke puncak kejayaan..hati yg kosong mula terisi..namun, tidak bermakna aku harus memberi sepenuh hati..kerana, di hati ini masih ada 'dia'..'dia' masih belum dapat ku lupakan..walau hadir sekadar dalam bayangan..namun aku enggan menoleh ke belakang lagi..biarlah 'dia' hadir dalam bayangan menemani di sisi ku sepanjang perjuangan..biarlah jasad ghaibnya menjadi tatapan..biar tiada dapat ku sentuh, biar tiada dapat ku belai..setidaknya dapat menjadi alas ku mengubat kerinduan..

Haruskah aku berpatah balik? mengambil kembali apa yg tercicir..memperbetul apa yg telah ditakdir? tidak..masa hadapan tidak akan menunggu ku lagi..tiada kenderaan yg lebih pantas dari cahaya yg bisa ditumpangi untuk aku mengejar masa..berjalan harus ke hadapan, bukan berundur ke belakang..biarkan semalam menjadi semalam..biar yg tertinggal itu menjadi kenangan dan pengalaman..dan biarkan ia bersemadi di situ dengan tenang dan aman...satu hari nanti, saat sudah berada di destinasi, aku pasti akan kembali, melihat kuburan itu..menyiramnya dengan air mawar, bukan lagi dengan air mata...

Aku tahu kekecewaan, kehampaan, kesedihan, merupakan sifat orang yg lemah..pun begitu diri ini juga insan biasa..sentiasa dikejari kelemahan..namun aku akan terus berusaha mengejar kekuatan..semoga dihujung sana ada sinar sumber kekuatan untuk ku memulihkan semangat yg hilang..

Kepada si dia, terima kasih atas segalanya..'4 hari' bersama mengukir 1000 kisah..ketiadaan mu amat dirasai..semoga kau bahagia dengan kehidupan mu sekarang..ku doakan kesejahteraan mu sepanjang masa..tak kira di mana jua kau berada..kotak hati yg kau beri akan aku simpan dengan rapi..supaya menjadi tatapan di kemudian hari..

Ramadhan kali ini hadir dengan penuh seri..namun pemergiannya meninggalkan kesan mendalam..terlalu banyak dugaan dan cabaran yg kau bawa kali ini ya Ramadhan..sehingga diri ini seakan goyah dan rapuh dan hampir tersungkur dek penangan dan rantaian ujian Mu yg berat dan hebat..pasti muatannya adalah pengajaran yg sangat berguna..banyak perkara yg perlu dilakukan selepas pemergianmu Ramadhan..dan pastinya terlalu banyak yg perlu dipelajari dari setiap ujian dan dugaan yg diberi..adakah Ramadha yg akan datang membawa lebih keceriaan? atau ini merupakan Ramadhan yg terakhir....

Kepada Zulaikha Abdul Razak, terima kasih kerana sudi menjadi paracetamol ku..menjadi pain killer yg mujarab..menjadi anti-depressant yg berkesan..terasa diri ini useless...macam mana kau boleh beri aku kekuatan dan semangat baru? sedangkan aku juga tahu kisah mu...yg tersirat dari yg tersurat, itulah ertinya sahabat...

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI & SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN DI AIDILFITRI INI.....

Kepada sahabat-sahabat, aku takkan berada di Malaysia Aidilfitri ni...InsyaAllah jika umur panjang, kita akan berjumpa lagi..jaga diri dan nyawa anda sekalian...


Kata-kata En. Adziem menjadi perangsang semangat:

"Jadilah kamu biji benih yang berkualiti dan bermutu, dijemur panas selama 100 tahun, digetus, digetas ke kiri dan kanan, apabila terkena siraman air jadilah oasis yang menyuburi gurun yang kontang".

wonder bila nak kurus mcm ni balik? nampaknya program diet ramadhan aku tak menjadi..hehe

* Isnin 6 September 2010, 27 Ramadhan 1431 *
* 5.45 pagi, Johor Bahru, Johor *

Friday, September 3, 2010

Puisi Buatmu

Ku ukirkan bicara sekeping hati
Di sehelai lembaran kertas kumal
Agar suatu masa
Kau bisa membacanya
Kau bisa menghayati bait-bait katanya

Sayangku
Ingatkah dikau saat cinta kita terpateri?
Tika itu
Di matamu terbit sinar keikhlasan
Di bibirmu terungkap suatu janji kehidupan
Di hatimu tersulam namaku
Masihkah kau ingat?

Sayangku
Lamanya masa telah berlalu
Meninggalkan kita berdua
Namun..
Hati ini sering merindu masa nan lalu
Masa kita bersama di waktu dulu
Tahukah dikau mengapa?

Mungkin kau kini lupa
Biarlah aku menggamit kembali memori itu
Supaya kau sedar semua itu kini bagaikan tiada

Sayangku
Dulu kau selalu menemaniku
Dulu kau sentiasa mengambil berat perihal diri ini
Tika aku menangis...
Kau mesti berada di sampingku
Memujuk diri ini...
Dan mententeramkan hatiku...
Agar duka itu tiada lagi

Sayangku
Saat aku merinduimu
Bayangmu akan menari-nari di tubir mata ini
Suaramu gemersik di telingaku
Membicarakan suatu kata cinta
Mengungkapkan suatu bicara indah
Sehingga rindu itu tenggelam bersama nafas cintamu

Tapi kini
Sedarkah kau sayangku???
Semua itu bagaikan tiada
Kau kini sibuk mengejar kehendakmu
Sehingga satu saat masa yang berlalu
Tiada dapat kau luangkan buatku

Sayangku
Kehadiran insan bergelar teman bagimu itu
Bagaikan merubah segala-galanya
Bukan niatku mempersoalkan kejujuranmu
Bukan niatku memperjudikan keikhlasanmu
Tapi
Semua itu adalah hakikat
Hakikat yang tiada mampu kau pertikaikan

Masihku ingat pada suatu hari
Katamu...
Insan itu hanya sekadar teman
Tapi sedarkah dikau
Teman itulah yang kau tatapi tiap waktu yang berlalu
Teman itulah yang sering berada di sisimu
Dan teman itulah yang bisa menyedari
Saat kau ketawa
Saat kau berduka
Sedangkan aku...
Jauh dari dirimu
Senyuman mu
Gelak tawamu
Tangisanmu
Tiada mampu ku lihat
Tiada bisa ku rasai...

Sayangku
Aku menginginkan kau sedar
Betapa takutnya hati ini
Betapa resahnya jiwa ku
Menghitung hari-hari tanpamu di sisi

Sayangku...
Hatiku terusik dengan semua yang berlaku
Jiwa ku menangis
Tapi kau tiada pernah mendengarnya
Perasaanku kekadang terguris
Namun kupendamkan demi kebahagiaanmu
Aku tiada bisa melihat kau resah
Aku tidak mampu melihat kau menangis
Menangis keranaku

Sayangku
Biarlah hatiku sahaja yang menangis buatmu
Biarlah hatiku jua yang terguris keranamu
Dan biarlah ku pendamkan semua perasaan ini
Ku hanya mengharapkan
Kau bahagia
Kau bisa tertawa
Mendengar bicara romantisku
Melihat tarian hatiku

Sayangku
Di sini
Kutitipkan bersama sekeping hatiku
Agar kau bisa melihat parahnya luka itu
Agar kau bisa mengetahui
Betapa hatiku sentiasa mengenangmu...

Sayangku
Pandanglah hati itu
Selamilah ia
Kerana di sebaliknya
Ada terukir suatu kata indah
Yang ku ukirkan buatmu
Dulu, kini, dan sepanjang hayatku..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails