Sunday, November 7, 2010

Armagedon 2012

Salam..

Masih ingat lagi post sebelum ni 'Sempat tak nak graduate'..?? tentang dunia kiamat 2012..ada diceritakan tentang Planet Nibiru atau dikenali sbg planet X dan fenomena-fenomena alam yg diramalkan oleh orang-orang Maya dan saintis dunia..

Tetapi masih belum ada hujah yg tepat dan kukuh mengenai peristiwa tersebut..kini semua jawapan tentang 'Kiamat 2012' boleh didapati dalam buku terbitan PTS bertajuk "Armagedon 2012"...

Buku ni menjawab segala persoalan mengenai kiamat 2012 seperti yg dicanangkan orang-orang barat..dan kita juga tak terlepas daripada terpengaruh dgn cerita tersebut..penulisnya Muhammad Alexander yg juga penulis Yakjuj & Makjuj: Bencana di Sebalik Gunung (2009) dan Alexander adalah Zulqarnain (2010)..


Sinopsis "Amargedon 2012"

Pada bulan November 2009, dunia dikejutkan dengan filem arahan Ronald Emmerich yang bertajuk 2012. Idea asal filem ini dipetik daripada kalendar kaum Maya yang mendakwa kitaran besar dunia tempoh ini akan berakhir pada tahun 2012 atau lebih tepat lagi pada 21 Disember 2012.

Selain disokong oleh kalendar kaum Maya yang banyak didakwa berlaku secara 'kebetulan', mereka juga mendakwa pada 2012, sistem suria kita (Galaksi Bima Sakti) akan mengalami konfigurasi luar biasa, medan magnet bumi menjadi lemah dalam masa yang pantas, fenomena hubungan perubahan medan magnet bumi dan hubungan manusia berlaku dan lebih menarik lagi adalah perlanggaran planet Nibiru (Planet X) dengan Bumi.

Filem ini turut dibahas dan dikaji oleh ramai para intelek termasuk daripada NASA sendiri. Muhammad Alexander mengkaji peristiwa kiamat ini sebelum filem 2012 ini ditayangkan.

Kajian ini dimuatkan di dalam buku Armageddon: 2012 yang membahas kekeliruan para intelek dalam menghasilkan filem 2012 serta membahas fenomena kiamat yang disebut di dalam al-Quran dan hadis secara kronologikal.

Turut dimuatkan gambar, carta dan hasil-hasil kajian mengenai kiamat yang dilakukan oleh para saintis. Ini menjadikan buku Armagedon 2012 sebagai buku yang membahaskan tentang kiamat yang terlengkap, tersusun dan gambaran yang mudah difahami.

BAB 1: Filem 2012
BAB 2: Kalendar dan Ramalan Kaum Maya
BAB 3: Tompok Matahari, Perubahan Kutub Magnetik Bumi & Konfigurasi Planet.
BAB 4: Tarikh Kiamat: Kultus yang Meramal Tarikh Kiamat dan Kejadian Bunuh Diri Beramai-ramai.
BAB 5: Rekrontruksi Kronologi 10 Tanda Besar Kiamat.
BAB 6: Kemunculan Dajal dalam Tempoh 40 tahun: Dajal Membuat Kerosakan di Bumi.
Bab 7: Hentaman Meteor Besar pada Bulan Ramadan: Asap Tebal Memenuhi Bumi.
BAB 8: Tempoh 40 hari Dajjal: Asap itu membuat dahi Dajal tertulis “Kafir”.
BAB 9: Nabi Isa Turun Ketika Asap Menyelimuti Bumi.
BAB 10: Hentaman Meteor Merosakkan Teknologi: Yakjuj Makjuj Keluar Semula.
BAB 11: Matahari Terbit dari Barat: Pintu Taubat Tertutup.
BAB 12: Angin Lembut Mencabut Roh Orang Beriman.
BAB 13: Kiamat Besar: Kehancuran Alam Semesta.
BAB 14: Astronomi dalam al-Quran.
BAB 15: Kronologi Kiamat Berdasarkan al-Quran.
BAB 16: Kiamat Fasa 1: Sangkakala Pertama Ditiup: Gelombang Dahsyat.
BAB 17: Kiamat Fasa 2: Langit Bergoncang dan Terbelah.
BAB 18: Kiamat Fasa 3: Supernova Mega.
BAB 19: Kiamat Fasa 4: Bencana Dahsyat Di Bumi.
BAB 20: Kiamat Fasa 5: Kematian Seluruh Manusia.
BAB 21: Sangkakala Kedua Ditiup: Seluruh Manusia Berkumpul di Padang Mahsyar.
BAB 22: Persamaan dan Perbezaan Antara Filem 2012 dengan kenyataan al-Quran dan Hadis.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails