Tuesday, December 14, 2010

Malaysia ku maju
















































Salam kedamaian...

Semalam...jalan-jalan kat Angsana..macam biasa lah..tak sah kalau tak singgah kedai buku..kalau dah kat dlm kedai buku tu berjam-jam la jawab nye..dapat jugaklah beli buku-buku ni ha..tp sejujurnya sy lebih minat baca buku bahasa inggeris..yelah da biasa kan baca english..tp kalau buku-buku mcm ni english version mahal kot..jd beli yg malay version je la mampu..asalkan isinya sama...hehe

Mendengar laporan berita utama tv3 semalam - rakyat Malaysia membaca dgn purata 7-8 buah buku setahun amat menyedihkan..tu baru purata, cuba ditanya setiap individu berapa byk mereka menghabiskan masa membaca buku dan berapa buah buku yg mereka dah baca? maka anda akan berjumpa dgn mereka yg langsung tak pernah sentuh buku! sangat menyedihkan..

Malaysia dicanag-canang sbg sebuah negara membangun yg semakin meningkat maju, menjadi contoh kpd negara-negara serantau bahkan di mata dunia juga..hanya tinggal lebih kurang 9 tahun shj lg utk kita mencapai wawasan 2020..antara matlamat/cabaran yg digariskan dalam wawasan 2020 adalah ; mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan..

Tp bagaimana misi ini dapat dicapai dgn rakyat yg kurang membaca? membaca yg sy maksudkan di sini adalah membaca bahan-bahan ilmiah, saintifik seperti sains, ekonomi, sejarah, politik, sains sosial, dll..bukannya majalah-majalah hiburan atau komik..bagaimana majalah-majalah hiburan dan komik dapat membawa kita ke arah negara dan masyarakat yg maju?? adakah bahan-bahan ini dapat menjadi penyumbang kpd tamadun sains dan teknologi masa depan??

Kebenarannya tetap ada..rakyat Malaysia khususnya melayu kurang membaca buku ilmiah..sikap yg perlu dikikis "alah, kalau aku tak baca pun orang lain boleh baca..", "biarlah orang lain jd pemimpin, aku ikut je.." bukan jd kaki kikis..

Kesenangan dan keamanan yg dikecapi membuatkan kita lupa, alpa dan leka..jangan berharap pd orang lain utk memimpin kita, seharusnya anugerah yg dikurnia oleh Allah dimanfaatkan sepenuhnya utk menjadi khalifah yg memakmur muka bumi..

Malaysia ku maju..

3 comments:

Unknown said...

yup sy stuju..
membaca jambatan ilmu..
dengan membace kt dpt meluaskan ilmu pengetahuan..

Emmy Nur said...

ayt skema je..
mcm bdk skolah..
hahahaha

Unknown said...

haha..tu la ayt dlm bku ilmiah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails