Friday, September 30, 2011

Raya yang tak berapa nak raya

Assalam dear readers...

Sekarang ni dah jarang update belog...nak jengah pun macam tak ada masa je..sekarang nak taip panjang-panjang pun dah malas...time is precious..mampu upload gambar je..

Ni gambar gambar masa majlis sambutan hari raya Faskes..buat kat kampus je..kena bayar RM10..tp alangkah tak bernasib baiknya malam tu, cuma dapat makan sate 4 batang je! air minum pun tadak! uhuhu~ nak nangis rasa....tak apa lah..kira sedekah je lah kat mereka mereka yang rakus sapu habis makanan orang lain tu...pasrah je la...

Sy ni jenis yang malas nak rebut rebut..bagi orang lain amek makanan dulu..kita kat Malaysia ni bukan tak cukup makan macam kat Somalia dan negara-negara darurat yg lain tu..cukuplah dgn apa yg ada..tp yg rasa-rasa tak cukup makan kebulur sangat tu agak-agak lah sikit kan..orang lain pun bayar jugak, bukan awak sorang je bayar...ingat ingat la orang kat belakang...

Hmm...nak bebel cakap banyak pun tak guna dah masuk perut dah pun...dah keluar balik pun agaknya..haha...so kita layan gambar je lah...












Saturday, September 24, 2011

Hell's Kitchen (episode 1)

As salam readers...

Hari ni sgt memenatkan..dari pukul 9.30 pagi sampai la ke pukul 4.30 petang terperap je dalam dapur untuk kelas Food Preparation Principle..beridiri pulak tu ! 7 jam berdiri tak duduk...rasa macam nak tercabut lutut nih..

Tapi fun lah..masak-masak..i like..haha

Tak sangka dapat jumpa kanak-kanak Somalia td...bayangkan lah datang kelas tak breakfast dulu..kelas pulak non-stop tak ada rehat kecuali untuk solat je..jadi tak ada masa nak lunch jugak...bila dah petang tu waktu rasa masakan berebut semua anak-anak ni...roti kosong pun boleh rasa mcm ayam KFC..haha...

Kalau la setiap minggu macam ni mak aih...kena spare kaki sparepart laa...

Friday, September 23, 2011

Monday, August 29, 2011

Diambang Syawal: Malam raya!

Pejam celik, pejam celik...dah raya...hai sekejapnya masa berlalu pergi...tak sedar esok dah Syawal..

Jom kita intai busana raya tahun ni..



 haa....nampak misteri tak? hehe..



 tadaa!! busana raya 2011 ekslusif daripada Kak Yah Boutique tau..terima kasih Kak Yah sponsor baju raya tahun ni..hihi~



Purple menjadi pilihan di hari lebaran tahun ni...



Vogue gittew~


Ok intai dapur pulak...



Adoi...melelleh air liur tegok...my fevret rendang daging perusahaan Kak Yah sedang berenang dalam kuali..siap cepat pelizz....




Ketupat hasil anyaman penganyam femes - ENS...haha



Eh..lemang pun ada? sejak bila ada lemang dalam rumah ni? huhu..


Ok tak sabar nak tunggu pagi besok ni...selamat hari raya lah..dah ucap dah hari tu, tapi tak kire, nak ucap lagi..

:: SALAM AIDILFITRI ::
:: MAAF ZAHIR & BATIN ::

DARIPADA ENS & KELUARGA

Aktiviti pencemaran Ramadhan

Salam readers...

Astaghfirullahala'zim...bulan Ramadhan yg mulia ni tak guna berpuasa kalau mulut tak reti senyap dari mencaci-maki orang lain..tangan pulak tak reti diam menulis dan menaip tohmahan dan fitnah..

Dah di akhir ramadhan ni orang lain bersedih nak tinggalkan ramadhan dan menyambut syawal..tp ada jugak yg tak punya hati dan perasaan..asyik menghambur kata-kata nista, fitnah sana sini, maki hamun dah jadi makanan harian..apa nak jadi? sudah lupa ke kita berada di mana?

Perang yg tak berkesudahan ni dah hilang sensetiviti, mungkin jugak hilang pertimbangan dan kewarasan manusia..terus bertelagah tak kira bila dan di mana...

Yang sini tuduh dan maki yg di sana...yg di sana pulak maki dan caci yg di sini...yg melihat sudah naik jemu dan bosan menonton si tikus dan si kucing bergaduh..mungkin juga meluat melihat permainan mereka..tak kiralah siapa tikus dan siapa kucing..pokoknya mereka sama sahaja..

Tiada erti ramadhan yang mulia ni bagi mereka..kepentingan diri wajib diutamakan daripada kepentingan agama..tiada lagi rasa hormat..Ramadhan penuh berkat ini dicemar dengan rasa bangga memperlihat kpd orang ramai kekuasaan dan kesempurnaan diri..sehingga lidah lancar menutur kata nista, menabur fitnah dan mengadu domba..sehingga seluar dalam segala dibuka..tetapi mereka lupa ada yg lebih berkuasa dan sempurna di atas sana..yg bakal memberi keadilan yg seadil-adilnya kpd mereka..

Syawal yg menjelma tiada makna kerana hati sudah keras dan kotor...ucapan maaf sekadar perhiasan dan pemanis bicara yg bermain di bibir semata-mata..tiada keinsafan yg lahir dari hati..dan drama kotor ini akan berulang kembali...sentiasa diulang tayang dgn skrip dan pelakon yg baru..

Jangan diharap Syawal menjadi lebih bahagia dan ceria..jika hati tak pernah bersyukur kpd si Dia..



Mak bapak bercerai anak terabai...pemimpin bercakar bangsa tergadai...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails