Salam readers...
Astaghfirullahala'zim...bulan Ramadhan yg mulia ni tak guna berpuasa kalau mulut tak reti senyap dari mencaci-maki orang lain..tangan pulak tak reti diam menulis dan menaip tohmahan dan fitnah..
Dah di akhir ramadhan ni orang lain bersedih nak tinggalkan ramadhan dan menyambut syawal..tp ada jugak yg tak punya hati dan perasaan..asyik menghambur kata-kata nista, fitnah sana sini, maki hamun dah jadi makanan harian..apa nak jadi? sudah lupa ke kita berada di mana?
Perang yg tak berkesudahan ni dah hilang sensetiviti, mungkin jugak hilang pertimbangan dan kewarasan manusia..terus bertelagah tak kira bila dan di mana...
Yang sini tuduh dan maki yg di sana...yg di sana pulak maki dan caci yg di sini...yg melihat sudah naik jemu dan bosan menonton si tikus dan si kucing bergaduh..mungkin juga meluat melihat permainan mereka..tak kiralah siapa tikus dan siapa kucing..pokoknya mereka sama sahaja..
Tiada erti ramadhan yang mulia ni bagi mereka..kepentingan diri wajib diutamakan daripada kepentingan agama..tiada lagi rasa hormat..Ramadhan penuh berkat ini dicemar dengan rasa bangga memperlihat kpd orang ramai kekuasaan dan kesempurnaan diri..sehingga lidah lancar menutur kata nista, menabur fitnah dan mengadu domba..sehingga seluar dalam segala dibuka..tetapi mereka lupa ada yg lebih berkuasa dan sempurna di atas sana..yg bakal memberi keadilan yg seadil-adilnya kpd mereka..
Syawal yg menjelma tiada makna kerana hati sudah keras dan kotor...ucapan maaf sekadar perhiasan dan pemanis bicara yg bermain di bibir semata-mata..tiada keinsafan yg lahir dari hati..dan drama kotor ini akan berulang kembali...sentiasa diulang tayang dgn skrip dan pelakon yg baru..
Jangan diharap Syawal menjadi lebih bahagia dan ceria..jika hati tak pernah bersyukur kpd si Dia..
Mak bapak bercerai anak terabai...pemimpin bercakar bangsa tergadai...
No comments:
Post a Comment