Tuesday, August 2, 2011

Ilmuwan Islam: Ibnu Sina




Salam..

Utk episod pertama ni, jom kita kenal siapa tu Ibnu Sina..rasanya ramai yg tahu siapa dia..tp ada jugak yg kurang tahu..jd jom kita ambil tahu..

- Nama sebenar Abu Ali Al-Hussain bin Abdullah bin Sina..nama Ibnu Sina diambil daripada nama datuknya..
- Lahir pada 370 Hijrah/980 Masihi di Afsinah, berhampiran Bukhara..
- Bapanya seorang gabenor di Bukhara..
- Ibnu Sina menghafaz al-Quran pd usia 10 tahun!
- mempelajari beberapa bidang ilmu seperti falsafah, matematik, logika, sains, perubatan dan fiqah..
- lebih meminati perubatan dan fiqah..
- mula terkenal dalam bidang perubatan setelah mengubati Putera Nuh bin Nas Al-Samani yg tak dapat diubati oleh doktor lain..
- digelar 'Syeikh Al-Rais' yg bermaksud Mahaguru Pertama..
- klinik pertama milik Ibnu Sina terletak di Gorgan..
- pernah bertemu Al-Biruni di Khawarizm..

Teks Ibnu Sina

Ibnu Sina:

- merupakan orang pertama yg menemui sistem peredaran darah manusia, 600 tahun sebelum William Harvey..
- Orang pertama menulis secara tepat tentang kitaran jantung dan fungsi injap..
- Orang pertama menerangkan tentang denyutan nadi (pulsation) secara tepat, dan menyangkal teori Galen yg salah..
- Orang pertama mengubati penyakit radang selaput otak (meningitis)..
- Orang yg bertanggungjawab memperkenalkan ilmu 'psychotherapy'..
- Orang yg bertanggungjawab mengubati penyakit serius seperti barah..
- Pakar mengubati barah usus..
- Juga dikenali sebagai 'Bapa Ilmu Geologi' kerana beliau juga menulis buku-buku mengenai gunung, gempa bumi dan kerak bumi..
- Juga menulis tentang muzik! memberikan definisi terhadap muzik dan pengenalan kepada seni muzik..


Qanun fi Al-Tibb

- Ibnu Sina menulis dan menyiapkan ensiklopedia perubatan hebat dunia 'Qanun fi Al-Tibb' di Hamadah..
- Qanun fi Al-Tibb mengandungi penyakit-penyakit manusia dan cara pengubatannya, 760 ubat-ubatan, patologi dan farmakologi..
- Qanun fi Al-Tibb telah dieterjemahkan ke 15 bahasa dalam masa tak sampai 100 tahun!
- menjadi buku rujukan kepada pelajar perubatan sejak abad ke-12 hingga abad ke-19..
- sepanjang hayatnya, Ibnu Sina telah menghasilkan sebanyak 238 buah buku dan risalah!
- Beliau mampu menulis sehingga 50 muka surat dalam sehari!
- Meninggal dunia di Hamadan pada 1037 Masihi pada usia 57 tahun kerana penyakit usus, walaupun beliau seorang yg pakar mengubati penyakit usus..
- Sebelum meninggal beliau mengambil wuduk dan membaca al-Quran dan menghembuskan nafs terakhir ketika membaca al-Quran..subhanallah!

* Ibnu Sina pernah dipenjara ketika perebutan kuasa antara Shamsu Al-Daulah dgn Majdul Daulah..ketika di dalam penjara, beliau meneruskan penulisan Qanun al-Tibb..

1 comment:

Anonymous said...

subhanallah...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails