Wednesday, August 24, 2011

Diambang Syawal: Batang itu tak buruk

Salam readers...

Maaf lah tajuk di atas mungkin agak kontroversi sikit..hehe..pejam celik, pejam celik lagi cuma tinggal 6 hari lagi nak raya..tentu ramai yg dah buat kuih raya kan? tp rasanya ramai yg beli..hehe..tak kurang jugak yg sedang berjuang di saat-saat akhir menyiapkan kuih raya..




Bila musim raya tiba, berlambak kuih-kuih raya di pasaran..cuba korang tengok kalau shopping kat supermarket atau shopping complex macam-macam jenama kuih raya ada..almond london, mama carries, chocholate tart, adorable chocholate, peanut cluster..tak kelihatan lg nama-nama seperti lipat gunting, samperit, suji, makmur...kalau ada pun mugkin hanya menempel di celah-celah populariti kuih moden..

Sememangnya kuih-kuih moden akan mengambil tempat di hati pembeli tegar..tetapi pernah tak kita memikirkan nasib dan perasaan kuih-kuih old skool atau evergreen seperti tat nenas, bahulu, bangkit dan rakan-rakan seperjuangannya yg lain?




Kalau beraya pulak kuih-kuih veteran yg dulunya menjadi pengasas kepada kuih raya seperti bahulu, batang buruk, kuih siput, tat nenas, suji, kuih bangkit hanya dipandang hina sebelah mata tanpa dihiraukan kehadirannya..mata lebih bernafsu melihat kuih moden yg comel-comel dan gebu..dan sememangnya kuih-kuih seperti ini popularitinya melonjak secara mendadak, walaupun rasanya lebih kurang sama je...ah sadis sekali...




Bagi kuih-kuih yg baru lahir, pemilihan nama amat penting untuk menarik peminat..nama-nama yg diberi sungguh menggiurkan seperti pretty lady, snow capucino, cherry snow, cherry cherry boom boom..dan pada ketika inilah kuih-kuih veteran berasa diri mereka terpinggir kerana mempunyai nama yg kurang glamour..




Kuih batang buruk bila dengar nama je dah cukup menghadirkan igauan ngeri..dah la buruk! tak glamour pulak tu..dan memang terbukti bila melihat rupanya..terdetik di hati, ah memang sesuai lah dgn nama batang buruk tu..siapa la yg bertanggungjawab bagi nama batang buruk ni..namun disebalik nama buruknya, terselit rasa yg cukup indah..setakat ni belum pernah dengar cerita orang yg makan batang buruk ni batangnya menjadi buruk..oppss!!




Biskut almond london pulak walaupun hanya dibuat oleh kak yah atau kak temah atau cik bedah tetap menjadi buruan..tak tahu la mana datangnya nama London kat belakang tu..tak pernah pulak dengar orang balik dari London bawak biskut almond london..malah kalau ditanya orang-orang di London mereka juga tak pernah mengenali biskut ini..apatah lagi menikmatinya..ternyata biskut ni hanyalah propaganda kak yah untuk melariskan biskut rayanya..

Apapun kuih-kuih raya seharusnya dilayan sama rata tanpa berat sebelah atau memilih bulu..tak kira kuih veteran atau kuih moden..sesungguhnya mereka juga kuih biasa yg akan hancur dalam perut tatkala berhadapan dengan hydrochloric acid, amylase dan juga pepsin..ingatlah orang tersayang dihari lebaran ini..

3 comments:

zUlaikha rAzak said...

bhahaha..
weh...ak suke biskut arabb!
adekah itu pun dilariskan oleh cikyah yg BAJET kunun kuehnyer gebu2 n puteh2 seperti arab?:D

Emmy Nur said...

sbenanye kueh arab tu dimakan oleh org yg BAJET mcm arab idung mancung pp gebu..mcm u lah..

HAHAHAHA...

Unknown said...

eh.. nak tat ceklet..nnt sy nk abis kan suji awk lg..hehehe..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails