Siapa tak kenal Isaac Newton?
Seorang ahli fizik, matematik, astronomi, kimia dan ahli falsafah berbanggsa Inggeris terkenal yang menulis buku Philosophiae Naturalis Principia Mathematica yang diterbitkan pada 5 Julai 1687. Selain daripada konsep graviti yang membuatkan beliau dikenali di seluruh dunia itu, beliau juga mencipta beberapa konsep matematik seperti konsep kalkulus perbezaan dan pengamiran (Calculus, Differential and Integral), memperkenalkan Newton’s Method bagi teknik Root of Functions, dan membuat kajian mengenai Power Series.
Newton juga merupakan insan kedua paling berpengaruh di dunia sepanjang zaman selepas Nabi Muhammad SAW seperti yg disenaraikan dalam The 101 yg disusun oleh Michael H. Hart. Beliau pernah menjadi orang kedua memegang jawatan sebagai Lucasian Professor of Mathematics di University of Cambridge selepas Isaac Borrow. Lucasian Professor of Mathematics diakui oleh seluruh dunia sebagai jawatan paling berprestij yang hanya terdapat di University of Cambridge yg kini dipegang oleh ahli fizik terkenal Micheal Green.
Isaac Newton yang terkenal dengan kajiannya mengenai Graviti tidak pernah menafikan kewujudan Tuhan dan kekuasaanNya malah dengan tegas menyatakan bahawa alam semesta yang infiniti ini dicipta oleh satu KUASA yang tidak boleh ditanding!
Selain daripada mengkaji bidang-bidang yg disebutkan di atas, Newton juga sebenarnya adalah pengkaji Bible dan Torah yang konsisten. Newton banyak kali menggunakan ilmu matematik yang dimiliki olehnya bagi menghuraikan kod-kod Bible. Newton percaya dalam Bible tersembunyi kod-kod yang bakal menghuraikan pelbagai peristiwa. Miskipun tidak berjaya tetapi ia telah menjadikan beliau insan pertama yang mengkaji mengenai kod-kod Bible.
Kajian Newton yang menghampiri konsep Islam
Pengeluaran buku tulisan Newton itu telah mencetuskan perdebatan antara masyarakat Kristian. Mereka mempersoalkan mazhab Newton yang sebenarnya malah agama beliau pun turut dipersoalkan. Walaubagaimanapun, banyak pendapat mengatakan Newton menganut ajaran Arianism yang mana ia turut dianut oleh rakan baiknya sendiri, William Whiston. Menurut sejarahwan Stephen D. Snobelen, Newton sekurang-kurangnya adalah seorang Socinian sympatizer* kerana dikatakan membaca sekurang-kurangnya lapan buah buku ajaran Socinian.
Dapat dilihat di situ bahawa setiap kajian Newton adalah berteraskan ajaran monotheist dan ajaran yang menolak konsep ketuhanan Jesus Christ. Ini menunjukkan bahawa Newton telah menghampiri Islam dalam aspek kajian yang dijalankannya.
Newton seorang muslim?
Dalam suasana zaman pertengahan yang masih belum terbuka mengenai agama, Newton kelihatan bersifat sedikit radikal seperti beliau kerap menolak pelawaan untuk menjawat jawatan dalam agama Kristian dan wasiatnya supaya tidak dilakukan upacara agama Kristian ketika majlis pengebumiaannya. Ini memungkinkan bahawa Newton telah menganut satu ajaran yang melebihi ajaran Arianism. Perlu diketahui bahawa ajaran Arianism adalah sepertimana ajaran Islam. Malah, banyak cendiakiawan mengatakan ajaran Arianism adalah ajaran Nabi Isa yang asli dan menjadi asas kepada ajaran Rasulullah saw selepas itu.
Newton terkenal sebagai seorang yang perahsia. Beliau tidak pernah menyatakan agama anutannya semasa hayatnya. Namun, walau apapun agama anutan Newton, yang pasti Newton bukannya Atheist malah menolak sekeras-keras ajaran Atheist. Dalam satu sindirannya terhadap ajaran Atheist;
“Atheism is so senseless. When I look at the solar system, I see the earth at the right distance from the sun to receive the proper amounts of heat and light. This did not happen by chance.”
yang bermaksud: "Ateisme adalah tidak masuk akal. Apabila saya melihat sistem solar, saya melihat bumi pada jarak yang sesuai dari matahari untuk menerima jumlah haba dan cahaya yang betul. Ini tidak berlaku secara kebetulan."
Beliau sebenarnya pendokong utama ajaran monotheist yang hanya mempercayai Tuhan adalah Esa dan tidak ada sekutu kepadaNya. Adakah Newton menganut Islam dalam sembunyi-sembunyi? waallahualam...
Newton pernah berkata:
“Gravity explains the motions of the planets, but it cannot explain who set the planets in motion. God governs all things and knows all that is or can be done."
yang bermaksud: "Graviti menerangkan gerakan planet-planet, tetapi ia tidak boleh menjelaskan siapa yang menetapkan planet-planet di dalam gerakan. Tuhan mentadbir semua perkara dan mengetahui apa yang sedang atau boleh dilakukan."
Ini membuktikan bahawa ilmu sains bukanlah segalanya dan terbatas. Sains tidak boleh menerangkap perihal ghaib dan tidak mampu mengugkap persoalan mengenai tuhan.
* Socinian adalah ajaran monotheist yang dipelopori oleh Laelius Socian. Beliau adalah penentang kuat ajaran Trinity dan Roman Katholik. Beliau menolak ajaran triniti yang mempercayai sifat ketuhanan yang ada pada Jesus Christ.
1 comment:
saye suke..cite byk2 lagi tau..saye pasti bace..
Post a Comment