Monday, August 9, 2010

3 hari 'bahagia'

Salam...

Tiba-tiba jari jemari ni rancak menari-nari ingin menaip post kali ni...tak sabar-sabar sangat...

6-8 Ogos 2010 - Konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IPTA 2010 diadakan di Bangi..Konvensyen selama 3 hari melibatkan IPTA seluruh Malaysia..dan UniSZA, tak terkecuali menghantar delegasi perwakilan..aku pun turut serta dlm konvensyen kali ni mewakili Unisza yg tercinta in..hehe...saje nak sibuk-sibuk....

Day 1

Perwakilan unisza antara yg paling awal tiba di Pusat Latihan & Keselamatan KWSP (ESSET), Bangi (sebelah UKM je) dek kerana terlalu excited..so kena la tggu nak check-in...

hari pertama tak ada apa sangat..mcm biasalah ada majlis perasmian - oleh Menteri Pengajian Tinggi (cuba teka sape??) malam pulak bergerak ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk makan malam bersama Timbalan Perdana Menteri.. yg menarik kat sini bukanlah makan malam dgn TPM, sebab aku memamg dah pernah jumpa dia..tp vocalis band kombo UiTM yg lebih menarik perhatian..ofcoz la pompuan..emm..x perlu la cerita lebih-lebih..hehe...

Day 2

Hari konvensyen sebenar bermula..
Pagi-pagi lagi dah kena dok dengar forum pasal 1Malaysia...nasib baik la panel-panel agak ok sikit..kalau tak memang sure semua syahid...tu pun ada jugak yg dah tak boleh nak control..akhirnya tumpas juga...

Petang pulak sambung lagi ceramah pasal Model Baru Ekonomi (MBE)..haa..yg ni agak sayu-sayu sikit..bila masuk bab-bab ekonomi ni, sure la aku yg budak health science ni blur-blur...tp so far, bila dah dengar ceramah tu, faham la jugak...

Dalam konvensyen kali ni banyak isu-isu tentang kebajikan dan kelestarian Sabah & Sarawak diutarakan..dewan menjadi gamat, riuh-rendah, huru-hara, kacau-bilau apabila ada perwakilan dr UMS/Unimas berdiri depan mikrofon..bangga melihat keberanian mereka bersuara..bukan untuk mereka semata-mata, tetapi mewakili penduduk Sabah & Sarawak keseluruhannya..

Malam pulak tiba-tiba blackout pulak kat hostel..alamak..kami turun lambat ke program malam tu dgn alasan hostel blackout (alasan yg langsung tak ada kena-mengena @ tak boleh pakai)..program malam tu ialah sesi perbincangan untuk membentuk satu resolusi berkaitan isu 1Malaysia & MBE..Unisza diletak dalam satu kumpulan bersama perwakilan UM & UPSI..tajuk diberi:
- 1Malaysia dan kesan terhadap ekonomi negara
- Sejauh mana pelaksanaan DEB & MBE dapat mengurangkan kadar kemiskinan & jurang pendapatan antara kaum

Alhamdulillah hasil daripada perbincangan, satu resolusi telah berjaya dibuat..yg tak sedapnya balik tidur kat hostel dalam kepanasan, blackout masih lg tak mahu pergi dr situ..

Day 3

Pagi lepas sarapan pergi dewan dgn baju yg tak bergosok, henpon pulak bateri tinggal 1 bar je..hati sudah gundah gulana tak dapat nak online..

Sidang pleno - pembentangan resolusi yg dah dibuat malam tadi..7 perwakilan dr 7 kumpulan membentangkan resolusi masing-masing..seperti yg diduga, Unisza last sekali..and seperti yg diduga jugak, henpon aku mati, tak dapat bertahan lagi..aku pasrah dalam keresahan....

Usai sidang pleno, majls perasmian penutup oleh Timb. Menteri Pengajian Tinggi...ucapan penutup yg begitu panjang lebar dan boleh dianggap sebagai ceramah..mata dah tak boleh tahan...

Balik..!!!
masa sibuk-sibuk nak check-out tu, aku duduk di satu tempat melihat mereka kemas-kemas barang...ada sorang budak pompuan cute ni (budak@akak ke aku tak berapa sure la) dari U mne pun tak sure, asyik dok pandang-pandang aku je..ada la 5-6 kali pandang2 senyum2...adekah dia betul-betul pandang aku?? atau aku je yg perasan?? hahaha....tapi aku sure kat belakang dan tepi kiri kanan aku memang tak ada orang lain...adekah..???? hahaha...

Singgah kejap kat kolej UTM Setapak, ada hari terbuka kolej...

Balik ke Kuala Terengganu..sampai pukul 12.30 mlm...

*gambar belum sempat nak upload..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails