Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan datang lagi


Salam pembaca..

Alhamdulillah...baru saja dengar pengumuman tarikh berpuasa..bersyukur dapat dipertemukan sekali lagi dengan Ramadhan yg mulia...bulan yg penuh keberkatan...

Esok dah mula puasa..teringat masa awal puasa tahun lepas..tak dapat berpuasa selama seminggu..terpaksa 'ponteng' puasa sebab demam panas dan kena kuarantin sebab kena suspect H1N1...InsyaAllah puasa tahun ni tak nak dah ponteng-ponteng lagi..hehe..

Dan semoga kesilapan dan kesalahan semasa puasa tahun-tahun sebelum ni tak diulang kembali..terasa bulan Ramadhan kali ni istimewa sekali..tak seperti tahun-tahun sebelumnya..walaupun belum lagi mula berpuasa, tapi keindahannya seakan telah dapat aku rasai..mungkin kerana kali ni aku jiwa aku lebih tenang, dan jauh daripada benda-benda yang boleh menggelapkan hati...

Sangat bahagia malam pertama Ramadhan kali ni..adakah masih berpeluang lagi untuk bertemu Ramadhan pada tahun depan..?? atau ini sebahagian petunjuk atau petanda daripada-Nya??

Kepada keluarga yang jauh di mata, rakan-rakan yg sentiasa dekat dgn diri ini, selamat menunaikan ibadah puasa..dan tak lupa juga kepada pensyarah-pensyarah dan guru-guru yg diingati, semoga ibadah kalian diterima dan memperoleh ganjaran..Insyaallah...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails