Thursday, August 12, 2010

Bila tengah emo...

Bila bulan Ramadhan menjelma..mood raya tu dah dapat rasa sikit-sikit...

Time ni la nak emo...berpuasa di perantauan yg jauh dari keluarga..terpaksa berjauhan demi menuntut ilmu..time ni la rasa syahdu teringatkan keluarga yg jauh di mata..berpuasa tanpa insan-insan tersayang di sisi..teringat kenangan-kenangan menyambut Ramadhan bersama keluarga dengan kemeriahan..adik-beradik berkumpul, berbuka bersama-sama..

Hari pertama Ramadhan sambut dengan rakan-rakan seperjuangan..yang sentiasa bersama, menjadi peneman menggantikan keluarga..inilah keluarga kami di sini..terubatlah sedikit sebanyak rindu dendam kepada kampung halaman..tak kurang meriahnya menyambut Ramadhan di sini bersama sahabat-sahabat..

Tiba-tiba teringat kat roomate yg dah balik kampung..dah la jauh dari keluarga, roomate pulak tak ada..sunyi je..tapi nasib baik la ada diorang ni..tak lah terasa sangat..berbuka bersama-sama..walaupun rumah kecik, tapi semua happy..play lagu-lagu raya, ada lampu li lap warna-warni..baru 2 hari puasa, tapi rasa dah macam nak raya...bila dengar lagu raya, rasa sayu pulak...



Oh...S. aureus

S. aureus..ohh..S. aureus.....

kenapa kau buat aku macam ni..???

sampai hati kau perlakukan aku sebegini...

apakah salah diriku padamu..???

kau buat aku tak tidur sepanjang malam...

berjaga hingga ke pagi..

what is so special about you..??

tell me....tell me laa....

shob3....

kenapa kau begitu kejam..!!!

menyeksa diriku ini...

kau kejam..!!!

dah 2 minggu kau menghukum diri ku...

adakah masih tidak mencukupi..??

adakah minggu-minggu yg akn datang juga sama..??

oh...S. aureus..E. coli...S. epidermidis....

tolong laa....

hentikan semua ini...

mata sy tak boleh tahan sudah....

bulan puasa yg mulia ni tak baik menyiksa orang.....

bertaubatlah....

wahai microbe sekalian....





ni la rupa S. aureus yg sebenarnye...santek kan..

Wednesday, August 11, 2010

Perempuan itu cantik


Salam pembaca...

Perempuan itu cantik..
Perempuan itu manis..
Perempuan itu comel..
dan..
Perempuan itu juga bara...

Diri yang khilaf ini ingin mengingati rakan-rakan dan juga diri sendiri..bukan nak berlagak alim, tapi sekadar ingin memberi peringatan yang mana patut..diakui diri ini juga ada kekurangan dan kelemahannya..

Rasanya tak perlu lagi diberitahu yg aurat wanita tu ialah keseluruhan tubuh badannya kecuali tapak tangan dan muka..kita pun dah belajar sejak sekolah agama lagi tentang aurat ni..rasanya dah expert dah..tapi secara peribadi sy sangat terkilan apabila ada sahabat seorang ni yg dah berapa banyak kali ditegur, tetapi semakin menjadi-jadi...

Walaupun pakaian yg dikenakan itu menutup keseluruhan tubuh, tetapi kalau pakaian tu rapat, ketat, sendat, mampat, dan menampakkan 'aset-aset' berharga perempuan, sama saje dgn orang-orang yg tak menutup aurat kerana menampakkan susuk tubuh yg boleh menaikkan nafsu si lelaki apabila melihat..sama lah jugak memakai baju jarang yg sekarang ni dah jadi trend..nampak moden kononnya..ni la yg dikatakan berpakaian tetapi telanjang..konsep tutup aurat ni sengang saje, tapi kenapa masih ramai yg tak faham? sedih jugak..

Lagi satu, tudung..sekarang ni dah macam-macam pesen tudung ada..tudung ekin la, bawal la, bawang la, syria la n macam-macam lagi..ada jugak yg pakai selendang je..tak kisah la tudung apa pun mereka pakai, tapi yg pentingnya tudung tu menutup rambut dan bahagian yg perlu ditutup..kalau pakai tudung tapi bahagian tu masih terbuka, apa maknanya pakai tudung? bukan ke sama je dgn tak pakai tudung? terutama sekali dada..ramai yg pakai tudung pendek yg mendedahkan bahagian dada..ada jugak yg pakai tudung belit sana, belit sini, pin sana, pin sini tapi yg dada terbukak luas..bukan ke bahagian tu akan menjadi perhatian mata-mata yg melihat??? tak ada ke perasaan malu dalam diri mereka? atau rasa bangga??

Dalil mengenai wajibnya mengenakan pakaian bahagian atas (khimar/tudung) adalah Firman Allah,

“Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka” [An-Nur (24):31].

Terbaru sy ada terbaca artikel tentang hukum memakai baju lengan pendek dengan sarung lengan (handsock) yg sekarang ni ramai yg buat..ada pendapat yg mengatakan perbuatan ni haram kerana walaupun menutup aurat (lengan), tetapi masih boleh menampakkan susuk bentuk lengan tu..awalnya kelihatan seperti ini merupakan cara menyelesaikan masalah bagi mereka yg ingin memakai baju lengan pendek..tetapi dari satu sudut yg berbeza, ada benarnya jugak pakai handsock ni nampak bentuk lengan..berbeza dengan memakai handsock di dalam baju lengan panjang..ada jugak yg terangsang bila tengok lengan perempuan..lelaki ni nafsunya pada deria, termasuk pandangan..berbeza dengan perempuan..

Pendapat peribadi sy berkaitan isu handsock ni, apa yg boleh membawa kemudaratan di kemudian hari harus dielakkan..contohnya pakai handsock ni..kalau boleh membuat lelaki bernafsu atau terangsang, lebih baik dihindarkan memakai baju lengan pendek dengan handsock..lebih molek pakai baju lengan panjang..lagi cantik kalau pakai handsock kat dalam..

Wahai kaum hawa sekalian..adakah anda berasa riak dan bangga apabila tubuh anda menjadi perhatian dan renungan mata-mata tajam sang lelaki??? fikir-fikirkanlah.....

Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhrim
bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya
malah maruah wanita mukmin keseluruhannya
Harga diri wanita terlalu mahal


Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan datang lagi


Salam pembaca..

Alhamdulillah...baru saja dengar pengumuman tarikh berpuasa..bersyukur dapat dipertemukan sekali lagi dengan Ramadhan yg mulia...bulan yg penuh keberkatan...

Esok dah mula puasa..teringat masa awal puasa tahun lepas..tak dapat berpuasa selama seminggu..terpaksa 'ponteng' puasa sebab demam panas dan kena kuarantin sebab kena suspect H1N1...InsyaAllah puasa tahun ni tak nak dah ponteng-ponteng lagi..hehe..

Dan semoga kesilapan dan kesalahan semasa puasa tahun-tahun sebelum ni tak diulang kembali..terasa bulan Ramadhan kali ni istimewa sekali..tak seperti tahun-tahun sebelumnya..walaupun belum lagi mula berpuasa, tapi keindahannya seakan telah dapat aku rasai..mungkin kerana kali ni aku jiwa aku lebih tenang, dan jauh daripada benda-benda yang boleh menggelapkan hati...

Sangat bahagia malam pertama Ramadhan kali ni..adakah masih berpeluang lagi untuk bertemu Ramadhan pada tahun depan..?? atau ini sebahagian petunjuk atau petanda daripada-Nya??

Kepada keluarga yang jauh di mata, rakan-rakan yg sentiasa dekat dgn diri ini, selamat menunaikan ibadah puasa..dan tak lupa juga kepada pensyarah-pensyarah dan guru-guru yg diingati, semoga ibadah kalian diterima dan memperoleh ganjaran..Insyaallah...

Masihkah ada sinar?

bilakah derita ini akan berakhir??
atau mungkin tiada pengakhirannya..

betapa sakitnya menanggung derita ini..
mengapa aku yang dipilih??
mungkin ini adalah ujian dan dugaan untuk ku..

ya..
setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya..
mungkin dugaan ini untuk mendidik dan menyucikan jiwa..
atau untuk menguji kesabaran ku..
mungkin juga menghapuskan dosa-dosa yg telah ku lakukan..

Allah sentiasa bersama dan mendekati org yg sedang sakit..

Terima kasih kepada mereka yg menyokong sy dan sentiasa memberi harapan...

Monday, August 9, 2010

3 hari 'bahagia'

Salam...

Tiba-tiba jari jemari ni rancak menari-nari ingin menaip post kali ni...tak sabar-sabar sangat...

6-8 Ogos 2010 - Konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IPTA 2010 diadakan di Bangi..Konvensyen selama 3 hari melibatkan IPTA seluruh Malaysia..dan UniSZA, tak terkecuali menghantar delegasi perwakilan..aku pun turut serta dlm konvensyen kali ni mewakili Unisza yg tercinta in..hehe...saje nak sibuk-sibuk....

Day 1

Perwakilan unisza antara yg paling awal tiba di Pusat Latihan & Keselamatan KWSP (ESSET), Bangi (sebelah UKM je) dek kerana terlalu excited..so kena la tggu nak check-in...

hari pertama tak ada apa sangat..mcm biasalah ada majlis perasmian - oleh Menteri Pengajian Tinggi (cuba teka sape??) malam pulak bergerak ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk makan malam bersama Timbalan Perdana Menteri.. yg menarik kat sini bukanlah makan malam dgn TPM, sebab aku memamg dah pernah jumpa dia..tp vocalis band kombo UiTM yg lebih menarik perhatian..ofcoz la pompuan..emm..x perlu la cerita lebih-lebih..hehe...

Day 2

Hari konvensyen sebenar bermula..
Pagi-pagi lagi dah kena dok dengar forum pasal 1Malaysia...nasib baik la panel-panel agak ok sikit..kalau tak memang sure semua syahid...tu pun ada jugak yg dah tak boleh nak control..akhirnya tumpas juga...

Petang pulak sambung lagi ceramah pasal Model Baru Ekonomi (MBE)..haa..yg ni agak sayu-sayu sikit..bila masuk bab-bab ekonomi ni, sure la aku yg budak health science ni blur-blur...tp so far, bila dah dengar ceramah tu, faham la jugak...

Dalam konvensyen kali ni banyak isu-isu tentang kebajikan dan kelestarian Sabah & Sarawak diutarakan..dewan menjadi gamat, riuh-rendah, huru-hara, kacau-bilau apabila ada perwakilan dr UMS/Unimas berdiri depan mikrofon..bangga melihat keberanian mereka bersuara..bukan untuk mereka semata-mata, tetapi mewakili penduduk Sabah & Sarawak keseluruhannya..

Malam pulak tiba-tiba blackout pulak kat hostel..alamak..kami turun lambat ke program malam tu dgn alasan hostel blackout (alasan yg langsung tak ada kena-mengena @ tak boleh pakai)..program malam tu ialah sesi perbincangan untuk membentuk satu resolusi berkaitan isu 1Malaysia & MBE..Unisza diletak dalam satu kumpulan bersama perwakilan UM & UPSI..tajuk diberi:
- 1Malaysia dan kesan terhadap ekonomi negara
- Sejauh mana pelaksanaan DEB & MBE dapat mengurangkan kadar kemiskinan & jurang pendapatan antara kaum

Alhamdulillah hasil daripada perbincangan, satu resolusi telah berjaya dibuat..yg tak sedapnya balik tidur kat hostel dalam kepanasan, blackout masih lg tak mahu pergi dr situ..

Day 3

Pagi lepas sarapan pergi dewan dgn baju yg tak bergosok, henpon pulak bateri tinggal 1 bar je..hati sudah gundah gulana tak dapat nak online..

Sidang pleno - pembentangan resolusi yg dah dibuat malam tadi..7 perwakilan dr 7 kumpulan membentangkan resolusi masing-masing..seperti yg diduga, Unisza last sekali..and seperti yg diduga jugak, henpon aku mati, tak dapat bertahan lagi..aku pasrah dalam keresahan....

Usai sidang pleno, majls perasmian penutup oleh Timb. Menteri Pengajian Tinggi...ucapan penutup yg begitu panjang lebar dan boleh dianggap sebagai ceramah..mata dah tak boleh tahan...

Balik..!!!
masa sibuk-sibuk nak check-out tu, aku duduk di satu tempat melihat mereka kemas-kemas barang...ada sorang budak pompuan cute ni (budak@akak ke aku tak berapa sure la) dari U mne pun tak sure, asyik dok pandang-pandang aku je..ada la 5-6 kali pandang2 senyum2...adekah dia betul-betul pandang aku?? atau aku je yg perasan?? hahaha....tapi aku sure kat belakang dan tepi kiri kanan aku memang tak ada orang lain...adekah..???? hahaha...

Singgah kejap kat kolej UTM Setapak, ada hari terbuka kolej...

Balik ke Kuala Terengganu..sampai pukul 12.30 mlm...

*gambar belum sempat nak upload..

Thursday, August 5, 2010

Welcome Eddy

Eddy (bukan nama sebenar)...

Ahli keluarga baru aku..

Teman baru si Zara..


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails