Dengan assignment yang berlambak-lambak, menimbun-nimbun dan tak terdaya mata melihatnya...bagaimana nak meneruskan kehidupan ini...dengan lecturer yg semakin baik hati memberi kerja-kerja yang menarik...awal sem 3 yg penuh keceriaan kini bertukar menjadi "disaster" (kata Dr. Hamid Jan)....
Belum lagi cerita pasal hari cuti yg pelik- Khamis & Jumaat...di saat insan-insan lain sedang bergumbira di hari minggu, aku terpaksa menggagahkan derap langkah kaki ku ke kuliah, menguatkan baki-baki semangat yg masih ada, menyengkang mata (kononnya tak nak tidur masa kuliah, tapi apakan daya....mataku kian mengecil tatkala telinga dah sayup-sayup mendengar...dan akhirnya tertutup juga).."and that's it, the end of the story.." (kata f. Dr. Anuar)
Mengapakah kehidupan sebagai student dietetik harus begini? selalu tersisih daripada masyarakat luar..uhuk3..untuk mereducekan stress yg semakin meningkat "dengan jayanya" (kata f. Dr. adzim), dah lama dah aku plan nak bela ikan kat bilik...sekurang-kurangnya tenang sikit mata ni, ada la jugak tempat nak mengadu nasib...huhu..setelah beberapa kali cubaan nak beli ikan terbatal, kali ni aku nekad, apa nak jadi pun jadi lah....
Balik kuliah, singgah kat kedai ikan kat tepi jalan tu...belek-belek semua ikan yang ada kat situ...hampir 1 jam...ikram dah mula panas, cabut dulu...tinggal aku dengan fatah...dah pilih ikan, bowl, hiasan, 'mainan' ikan dan makanan ikan, pergi kat kaunter...amoi tu cakap "semua 22 linggit"..aku pun mengangguk..raba-raba poket belakang seluar nak keluarkan duit...alamak!!! dompet aku!!! baru aku teringat yg aku terlupa nak bawak dompet hari tu...aku memandang fatash yg kat sebelah aku...dengan renungan mata yang redup, fatah menghulurkan RM50 kat aku (dah paham dah, nak pinjam duit la tu)...aku pun tersengeh-sengeh bayar kat amoi tu....
Akhirnya tercapai jugak hasrat aku nak bela ikan...hehehe..dan aku namakan ikan-ikan aku dengan nama yang gramatis; Zara, Kyra, Myra, Lara & Jay...aku tak tahu kenapa yg Jay tu agak pelik sikit bunyinya dari yang lain-lain...
2 comments:
Ha ha ha..very nice story..
ada jalan cerita yang agak kuat..
tapi satu sajer yang pelik..
macamana semua ikan laga boleh diletakkan dalam satu bekas.. tidak bertomoikah ikan-ikan itu..(sambil menggaru kepala yang tidak gatal)
tu bkn ikan laga la en.azim..
sekor je ikan laga..
yg len ikan guppy..
mstilah mrk akn bmesra2..
hahaha
Post a Comment