Friday, July 30, 2010

Speechless~








Engkau takde, aku jadi gila....

Hari ni hari yang menyedihkan..hari yang mengecewakan..hari yang menghampakan...

Bagaimana nak ku ceritakan??? terlalu pahit untuk diluah..kenangan ini tak mungkin akan dapat ku lupakan seumur hidupku...mungkin juga akan menjadi cerita-cerita motivasi kepada anak-anak dan cucu-cucu ku kelak nanti...betapa peritnya kehidupan ini...

Alkisahnya bermula begini....... Kisah 4 orang sahabat mencari rezeki...

KUALA TERENGGANU - Di suatu Jumaat yang hening, aku pergi menunaikan tanggungjawabku sebagai seorang hamba kepada-Nya..melaksanakan solat Jumaat di Masjid Ladang..sesudah menunaikan kewajipan tersebut, kaki melangkah mencari sesuap nasi untuk 'mengalas perut' (tak sure utk mengalas perut ke atau memenuhkan perut)..

Seperti biasa, gerai Pak Din tepi jalan tu sentiasa dipenuhi makhluk-makhluk yang lapar..aku menjenguk ke dalam..sadis..yang tinggal hanya gulai dan hati ayam..takkan hari-hari nak 'makan hati'..dengan perasaan kecewa (sambil menundukkan kepala) aku, joe, ikram dan saufiq melangkah pergi..menjauhi gerai itu..

Menjenguk ke kedai kopi ladang (depan masjid tu)..sekali lagi hampa..kedai itu tidak berpenghuni...langkah diteruskan menuju ke Restoran Delima (kedai pakcik sombong tu..tapi dah terpaksa pergi jugak)..alhamdulillah kedai tu pun tutup..takde la aku terpaksa menatap muka pakcik tu..

Dengan perut yang dah semakin menipis, pergi ke kedai Kak Long, dengan harapan ade la rezeki kami..sekali lagi kami dikecewakan...(sambil menundukkan muka, tangan mengusap-usap perut) kami meneruskan pengembaraan ke Tenang - menurut firasat saufiq, ada kedai makan bukak kat sana..hati mula berbunga-bunga...tapi sayang...bunga yang mekar tak kekal lama..hampa buat kali ke-5...kalau tak silap, ada lebih kurang 8 kedai makan kat situ, tapi semuanya bagai tak wujud...

Perut dah lapar yang amat...kami nekad pulang ke hostel..sebelum tu, sempat lagi singgah kat stesen minyak Esso beli air tin untuk menampung keperluan glucose kat otak supaya boleh terus berfikir dengan waras dan tak meracau-racau...

Sampai kat hostel, kafe masih lagi buka..tapi nasi yang ada hanya cukup untuk 3 pinggan..kami ada 4 orang..maknanya salah seorang terpaksa berkorban - dan insan yang bertuah itu ialah aku..aku mengalah dan memberi peluang kepada rakan-rakanku yang lain untuk makan..memandangkan meraka nak angkat kelopak mata pun dah tak larat...

Tapi, kerana kasih sayang seorang sahabat, melihat aku kelaparan, joe sanggup berkongsi nasi dengan aku..sepinggan nasi dikongsi 2 orang..aku berterima kasih kepada joe...sungguh terharu...akhirnya, keempat-empat sahabat ini tidak lagi kelaparan dan hidup dengan aman dan bahagia...

*****

Betapa susah dan peritnya hidup di bumi sendiri ni..kebuluran di tanah yang subur, bumi yang kaya, rakyat yang murah hati..hidup seperti pelarian di tanah air sendiri..betapa sukarnya mencari sesuap nasi pada hari Jumaat...adakah aku akan menghadapi semua ini selama 3 tahun lagi aku di sini??? renung-renungkanlah sahabatku......

*lepas ni nak puasa hari Jumaat...

Thursday, July 29, 2010

Hati yg Kau Sakiti


hati ini yg kau sakiti
hati ini yg kau lukai

(tetibe je jiwang ni)

sekian, terima kasih..

Saturday, July 24, 2010

Konvoi Kota-Kuantan | 2010

Ok lepas Keruak, Besut, destinasi seterusnya - Cherating - Kuantan, Pahang..

kali ni melibatkan lebih ramai crew n kitorang buat konvoi..ade 19 crewz yg join konvoi kali ni..bertolak dari KT pukul 10 pagi..sampai Cherating dah 12.30 tgh hari..mandi2 kejap..pukul 1.00 bertolak ke Kuantan..destinasi - East Coast Mall..tengok wayang + makan2 + shopping..balik ke KT pukul 9 mlm..sampai KT 5.30 pagi (atas sebab2 tertentu yg tak diduga)..haha...

nk cerita banyak2 pun malas nk taip..so, tgk gambar je la ea..hehe..













Monday, July 19, 2010

Dari Kota ke Desa

pemandangan gunung kinabalu dr rumah famili angkat mira

salam...dah lama sangat tak update blog ni..kesian dia..dah berhabuk bersawang segala...bukan malas nak update, tapi tak berapa rajin nak menaip story, sebab tak ada story...

kali ni nak cerita tentang ekpidisi meredah desa, menghabiskan makanan..hehe..

15 Julai 2010

da crewz:
- aku
- famox
- ikram
- ika
- mira
- rai
- isma
- zetty
- opie
- arie
- azie

bermulalah perjalanan dari Kota ke Keruak..2 bijik kereta menjadi mangsa..bertolak dari Kota pukul 9.00 pagi..dek kerana tak pernah pergi Keruak sebelum ni, sesat barat jugak lah dibuatnya..terpaksa tebalkan muka tanya orang-orang yg available kat situ..(rai lah jd penemuramah yg sgt peramah) haha..bak kata pepatah; malu bertanya sesat jalan..

dah lah kereta buat hal kejap-kejap mati tak tentu pasal...tp tu semua tak mematahkan semangat ahli kumpulan kami utk terus maju ke hadapan, perjalanan tetap diteruskan (ayat skema dah keluar)..ngaha~ perjalanan yg sepatutnya mengambil masa selama 2.35 jam dah jadi 4.15 jam sebab sesat..sampai di keruak dalam pukul 1 tgh hari..memang masa yg ideal (waktu lunch..mmg langkah kanan)..aku asek ingat makan..makan..makan.. ;p

Sampai je kat Keruak, gerai makan mak angkat ika jadi mangsa pertama...apa jua segala benda yang ada atas meja tu habis dikebas, diratah dek tangan-tangan dan perut yg dahagakan kasih sayang..mak ika sempat belanja kitorang teh O ais...kerugian mak ika pd hari yg malang itu dianggarkan berjumlah RM11.50 sekepala (RM11.50 x 11 orang = ???) sebelum pergi mengundurkan diri, kami sempat menitipkan maaf atas segala ketelanjuran diri ini...mak ika terima dgn terbuka hati...walaupun pahit utk ditelan...



Destinasi kedua..rumah keluarga angkat rai yg tak jauh dr gerai makan td...hajat dihati nak berbudi, tp apa kan daya, tuan rumah tiada...yg ada hanyalah tinggalan-tinggalan kenangan...berat kaki melangkah pergi..


Destinasi ketiga (mangsa ketiga)..rumah keluarga angkat mira..kehadiran kami bagai telah diduga menerusi firasat-firasat yg entah dari mana datangnya..burung-burung menari berkicauan, buah-buahan jatuh berguguran..mungkin itu petanda tetamu akan bertandang...

kehadiran kami disambut mesra oleh keluarga angkat mira (aku lupa pulak nk tanya nama diorang)...panggil makcik pakcik je..huhu..usai melakukan ice-breaking selama lebih kurang 5 minit, kaki melangkah ke dapur...terlihat beberapa buah bakul besar berisi benda sebesar bola, berwarna hijau, berduri-duri tajam dan mempunyai tangkai kecil........

demi sahaja terlihat durian, hati melonjak kegembiraan..semua habis dibelasah oleh mereka-mereka yg mengidami durian sejak azali...habis durian dalam bakul, yg di dusun juga kalau boleh nak diratahnya (mereka, bukan aku)..usai melantak derian, tembikai menjadi santapan..disusuli pula dengan hidangan nasi berlauk ikan masak lemak, telur dadar, sambal belacan dll aksesori sampingan...misi melantak di rumah mira diakhiri dengan pulut durian special dr mak mira...memang pecah perut....



dah puas meng'upload', perjalanan diteruskan lagi ke LA Hot Spring (kolam air panas laa..) dekat La...terjunlah si pari-pari dan dayang-dayang ke kolam utk bersiram, berendam dan menderam...mula-mula merasai kedinginan kolam air sejuk..lepas tu rasa pulak kehangatan kolam air panas...boleh masak weh daging aku...(lelaki tak digalakkan utk turun ke kolam sehingga paras pinggang..utk menjaga 'kesucian')...kemudian, pulang ke Kota dengan hati riang gembira..


Selesai sudah Ekspidisi Jelajah Desa utk tahun ini...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails