Thursday, October 28, 2010

Akhirnya....terlepas jua



Salam readers.....

Alhamdulillah..hari ni tamat lah sudah sesi kuliah sem 3..dah lengkap 14 minggu dr awal sem sampai la akhir...rasa terlepas sikit beban yg ditanggung...tp kejap je...lepas ni final exam pulak..tak pe la..at least dapat la bernafas sikit...

Dari awal sem sampai la habis sem, macam-macam dah dilalui...dan nyata sem 3 ni sangat mencabar..tak kira lah mental atau fizikal..memang kena kerah habis-habisan...dapat tidur 2-3 jam je..kadang-kadang langsung tak dapat tidur! pergi kelas dgn mata macam monster+panda comel+eyebag lg...tapi hasilnya insyallah berbaloi....

Sekarang alhamdulillah semuanya dah habis (sementara je)..final exam nanti demam balik..mula la tak tidur asyik dok mengadap buku & notes...makan pun dah tak lalu...masa yg ada ni kena gunakan sepenuhnya untuk hibernate...cas balik bateri yg dah weak ni....(kalau otromen dah menyala-nyala lampu merah tu - masa tu la baru nak keluarkan power sebenar nak bunuh monster tu...pelik jugak cerita otromen ni..mungkin diadaptasi dari tamil film - hero kalah dulu..)


Special thanks kepada semua ahli group..

Group microbe & seminar - dr. azie & cik ika
Group APK & PSP - famox, ikram, ika, mira, rai & cat

Terima kasih atas kerjasama yg korang bagi sepanjang sem ni..semangat korang buat aku rasa aku sangat kerdil dan tak punya apa-apa..terlalu banyak sumbangan korang utk group, sedangkan aku tak banyak menyumbang pun..

Kepada group microbe & seminar..terima kasih yg tak terhingga utk korang sebab bg komitmen yg sangat tinggi utk siapkan semua kerja yg pak kiyai bagi..aku tahu memang banyak sangat..sampai demam-demam..tapi berbekalkan semangat yg ada, semua kerja complete siap..seronok bekerja & study dgn korang...


Walaupun banyak cabaran & dugaan yg melanda group kita, tp kita tetap bersama dan tetap bekerjasama bersama-sama (???)..walau jd group fevret pak kiyai utk di attack bertubi-tubi dgn soalan-soalan maut (kadang-kadang tak masuk akal), tp semangat azie & ika buat aku bangkit ketika semua dah down giler...

Ingat tak masa aku demam seminggu? korang tolong siapkan part aku..korang buat banyak, aku buat sikit je...aku sangat-sangat menghargainya...tp aku tak dapat bg apa-apa (sebab dah takde duit dah), yg mampu hanya ucapan terima kasih yg tak terhingga...lepas tu azie pulak demam...


Utk ika...aku mintak maaf buat kau sakit hati masa nak buat group discussion, aku ada tournament badminton & bowling, tak dapat join sekali discussion..aku tau kau marah aku..aku mintak maaf..tp aku harap kau faham situasi aku masa tu..at least aku beritahu n kau pun tahu..daripada langsung tak tahu...



Utk azie pulak...terima kasih sebab jd pencatat result experiment yg berjaya, sedekah appendix, backup masa kena attack, dan sabar dgn karenah aku ni..aku rasa azie adalah tulang belakang group ni..walaupun banyak cakap, tp tu la yg buat aku bersemangat balik..thanks azie...

Sakit hati, marah, tak puas hati, kehilangan tak diduga, tu semua kita dah lalui dan dah jd perkara biasa buat kerja dlm group..tp diakhirnya ada kemaafan (kecuali kes asma)..


Sangat gembira dah habis sem...tp adakah keakraban kita hanya setakat ini saje?? kalau ditakdirkan sem depan kita tak lg bersama dlm group, harap keakraban persahabatan yg terjalin ni tak terlerai dan tak goyah....




Monday, October 4, 2010

Saya Dieteticomicrobiologist


Salam..

Tak perlu nak cerita banyak lah...tengok sendiri jadual harian seorang dieteticomicrobiologist yg sangat 'menyeronokkan' dan 'menggembirakan'..

4 Okt

- siapkan report E.coli & Coliform
- Presentation Nutrition & Cycle

5 Okt
- hantar report E.coli & Coliform
- Mula mini thesis food microbe (lab) on Bifidobacteria
- Meeting Faskes

6 Okt
- siapkan report
- mini thesis (lab)
- quiz nutrition & cycle

7 Okt
- hantar report food microbe
- mini thesis (lab)
- siapkan seminar
- siapkan report PSP

8 Okt *hari cuti
- hantar report PSP
- Kelas nutrition status assessment Dr. Hamid Jan

9 Okt *hari cuti jugak
- follow up lab microbe (projek) - whole day
- Jamuan hari raya Faskes

10 Okt
- follow up lab microbe (projek)

11 Okt
- siapkan report antibacteria
- mini project paper writing

12 Okt
- hantar report antibacteria
- mini project paper writing

13 Okt
- siapkan mini project paper

14 Okt
- hantar mini project paper (accept or reject?)

15 Okt *hari cuti
- Presentation mini thesis project

16 Okt *hari cuti
- Presentation mini thesis project

17 Okt
- Presentation microbe

18 Okt
- baru fikir nak buat assaignment Biochemisrty Metabolism
- Nutrition & Cycle seminar paper writing

19 Okt
- siapkan assaignment Biochemisrty Metabolism
- sambungan Nutrition & Cycle seminar paper writing
- OSPE microbe

20 Okt
- persediaan seminar (last minute touch-up)
- hantar paper seminar (accept or reject?)

21 Okt *hari cuti
- Seminar Nutrition & Cycle - whole day

22 Okt *hari cuti
- persediaan pertandingan badminton tertutup ko

23 Okt
- pertandingan badminton tertutup ko - whole day

24-25 Okt
- kelas macam biasa lah....
- mungkin ada 'aktiviti-aktiviti' yg akan diselitkan

26 Okt
- OSPE microbe lagi

27 Okt
- akhirnya..hari kelas terakhir sem ni..

28 Okt
- balik JB..tak sanggup nak duduk sini lama-lama lagi dah..

*cuba korang telek sepuasnya...kat mana nak selitkan cuti??? nampaknya badan ni dah macam robot tanpa bateri yg dah tak bermaya nak hidup lagi dah..

Dek kerana kerja itu dan kerja ini, maka eyebag mula terbentuk dengan jayanya hasil daripada kesedaran betapa pentingnya tak tidur malam nak siapkan kerja...

Konklusinya
ketahanan mental dan fizikal sangat penting untuk menjadi seorang dieteticomicrobiologist (term yg sesuai utk kitorang - baru diilhamkan dan bakal terkandung kamus dewan)..tanpa semua ni, manusia takkan boleh hidup tanpa cuti selama sebulan..terima kasih kpd mereka yg menjayakan 'Hell Laboratory' musim pertama (harap sangat takde musim kedua)..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails