Monday, August 30, 2010

GengMox buka puasa

Salam semua (mcm ramai je yg baca)..hmm xpe lah...
Selamat berpuasa dan selamat bertarawih...

Sebenarnya ni cerita minggu lepas..tapi tak sempat-sempat nak menulis dalam blog ni..dengan kije yg melambak-lambak macam pasar lambak...membuatkan emosi ni berkecamuk dan nak tengok blog pun dah tak ada nafsu..haha

Tapi sekarang dah nak dekat-dekat raya ni ade lah sikit mood nak blogging...

Minggu lepas berbuka puasa dgn geng gemox sekalian..buat simple-simple je kat KFC..tapi walaupun simple, tetap terkesan dalam sanubari ni (ayat apakah ini..??) haha..

macam biasa lah aku, famox, mira, ika & rai...eky tak dapat join sebab tak sihat..terkena buatan orang katanya..haha..lebih sadis lagi dikaitkan dengan salmonellosis infection yg sedang berleluasa sekarang ni mencari mangsa-mangsa...tapi simptom-simptom yg ada nampak macam kena mononucleosis infection a.k.a kissing disease..haha....(apa yg kau dah buat eky..??)

Petang tu sangat kelam-kabut dan membuatkan aku terkejar-kejar...diorang plan last minit..nasib baik ada motor eky memudahkan sikit perjalanan kehidupan ni..huhu..*thanx eky*..lepas kelas aku kena pergi kampus Gong Badak ada interview untuk buletin..habis dalam pukul 6.15 petang..terus cabut balik hostel meredah hujan..sampai je kat hostel bukak-bukak pintu tak boleh..kunci...fon berbunyi....

SMS:

"..emy, kitorg dah sampai KFC tau..ko balik trus dtg sini.." - Famox Diet

Halamak..!!! aku dah la tak mandi lagi ni dengan basah lencun...kunci pulak tak bawak...adehh....
Terus capai helmet...dengan tak berapa segannya terpaksa mintak jasa baik & budi pekerti eky sekali lagi nak pinjam motor...naik basikal takut tak sempat, dah pukul 7..hehehe...terpaksa meredah hujan lagi dengan baju kemeja yg rimas tu...

Sampai kat KFC terlihat deretan manusia beratur...nampak famox kat depan kaunter..dengan selambanya terus ke depan tanpa menghiraukan orang yg beratur kat belakang..ngee~ (please don't do this at home..) kesian abang tu....nasib baik ada awek dia..at least dia cover sikit nak marah..hehe..

Dapat berbuka puasa dengan GengMox...hehe..best3...jadi kenangan di sudut hati...




Thursday, August 26, 2010

Gila lagi

Salam...

Kali ni kesabaran aku teruji lagi...kali ni lebih kuat dan dahsyat...bukan pasal pendrive hilang...tapi pasal isi pendrive yg hilang....

Dengan kesedihan yg melampau aku menaip post ni...tak tahu la virus s*al jenis apa, dari strain mana yg ada kat dalam komputer kat library tu, habis semua corrupt fail-fail dalam pendrive aku..report biochem yg dah nak siap pun hilang..fail-fail penting lain spt lecture notes, jurnal, fail persatuan, etc. pun ada dalam tu hilang..

Actually tak hilang..cuma virus tu tukar semua folder yg ada dalam pendrive jadi shortcut..dah tu tak boleh bukak la folder tu..bersamaan semua fail dalam tu bersemadi dalam tu tanpa dapat dikesan..

Lebih malang lagi external hard disc (HD) aku pun kena sama jugak..lagi la belambak fail dalam HD tu..gambar-gambar yg aku simpan sejak dari sekolah sampai la ke U ni semua hilang..musics, videos, fail-fail penting yg lain, assignments, notes, bla..bla..bla...aaarrrggghhh.....!!!! banyak sangat..!!!

Tak tahu nak buat apa...HD tu dah macam nyawa kedua aku...bila dah jadi macam ni, aku dah tak boleh nak hidup (secara normal)...aku hampir-hampir jadi gila...nak terjun je dari tingkat 4 maidam ni boleh tak???

Terpaksa format balik pendrive & HD..hidup dah jadi kuca-lana..tak ada hala tuju..kepala serabut..otak membeku..jiwa meracau..kenapa berat dugaan Ramadhan kali ni..??

p/s: kepada mereka-mereka yg ada cucuk pendrive@HD kat komputer library, bersedialah..masa anda akan tiba...

Wednesday, August 18, 2010

Aku jadi gila..!!!

Salam...

Bulan puase ni memang banyak betul ujian dan dugaannya..macam-macam yag aku hadapi..ni baru 7 hari puasa..tapi tahap kesabaran aku satu per satu diuji...nak marah-marah pun tak guna, kurus puasa nanti...

Bermula dengan terpaksa menghadap bermacam-macam karenah manusia yg cerewet dan pelik-pelik sampai lah ke PD (pendrive) aku hilang...setiap hari bagai tak pernah putus dugaan..lepas satu, satu perkara pulak muncul...mungkin ni semua untuk menguji keimanan aku...

Assignment pulak melambak-lambak...lab report (jurnal ala tesis) micobe minggu lepas tak siap lagi, dah tambah lagi satu lagi..report PSP..report biochem..seminar..semua belum siap..macam mana nak hidup ni?? tiap-tiap hari tidur pukul 4, 5 pagi..kadang-kadang langsung tak tidur..pagi terus pergi kelas dengan mata macam monster..dalam kelas tersengguk-sengguk..belum cerita lagi kelas 7 hari seminggu..bilakah masa untuk berehat? kalau ada pun, cuti bonus sehari...

Then tiba-tiba terjumpa prof., free saje dapat kerja baru..dia suruh pulak buat artikel kemerdekaan..apa aku nak goreng?? dengan semangat 'kemerdekaann'nya artikel siap dalam masa 15 minit..tak tahu apa yg aku merepek dalam tu..yg penting hantar..banyak lagi kerja yg lebih penting aku nak buat..

Majlis anugerah dah dekat..masing-masing sibuk uruskan itu dan ini...dah siap-siap prepare semua, ada pulak yg mintak tangguh atas sebab yg sangat remeh dan tak boleh diterima akal..kerana 15 orang anak emas, nak tangguh majlis untuk 350 orang?? what the........tak puas hati..kita lawan..tak kira, buat ikut plan jugak..semua dah ready, tinggal run je..then ada jugak yg sangat cerewet dan tak professional langsung!!..tak nak datang majlis kalau si makhluk ni datang..that's you personal problem!!! please be professional dengan title besar kau tu.....who cares kau nak datang ke tak??!! tak effect kat majlis student pon...

Hari ni, nyawa aku seakan-akan hilang, direntap, diragut...pendrive aku hilang..dalam tu lah segala hasil kerja aku disemadikan...bahan assignment, report, lecture notes, fail-fail persatuan, etc...aku dah hampir jadi gila...do i need to redo all the works that i've done??!! aarrggh....

mode aku tangah tension & stress sangat-sangat...terlalu banyak benda yg perlu ditelan dalam satu masa..apa yg aku boleh buat hanya banyakkan besabar...bulan puasa ni tak baik marah-marah..terima kasih kepada rakan-rakan dan pensyarah yang sentiasa memberi sokongan dan semangat...tenteram seketika hati ni...especially to Raihanah kerana dengan jayanya telah menjadi penasihat aku..bak kata (f) Dr. Anuar, we're all brothers n sisters....help others, Insyallah may Allah S.W.T. bless you....to my friends yg aku tak tegur tu nampak muka aku ketat je, i'm sorry...bukan sengaja..hope u understand my condition...i'm really tired of this...

Adakah ini harga yg perlu dibayar oleh seorang pemimpin demi kesenangan dan kebahagiaan orang lain???

Terasa memerlukan seseorang untuk meluahkan segala bebanan yg tertanggung...dulu, ada orang di sisi untuk mengadu, ada tempat untuk meluahkan rasa...sekarang, blog ni la tempat mencurah segala yg terbuku di hati...aku yakin emmy kuat!! boleh hadapi semua ni dengan tabah...jangan mudah mengalah...

Saturday, August 14, 2010

Saya dah dapat..wee~

Alhamdulillah....

Akhirnya penantian sekian lama berakhir jua...sy ada kekasih baru...dah lama dok usha-usha...akhirnya dapat jugak...murah je..tak mahal pun..mampu dimiliki...

So lepas ni dah senang sikit la nak gerak mana-mana..walaupun tak la berapa senang sangat..sekurang-kurangnya ada la menatang nak ditunggang...lepas ni dah tak risau lagi bangun lambat nak pergi kelas..haha..

Sem ni semua orang macam kaya je..loaded betul budak-budak ni...

si ikram dah beli motor sendiri...saufiq pulak hanset baru..sony satio lagi tu (buat aku jeles je...aku dah lama nak tak dapat-dapat)..lin dah ada kereta (perlu ke mention kat sini??)..hmm..si jannah, kimon, kak zaty, kak nadia semua dah beli alat tunggangan masing-masing (pelik je bunyi..)..haha..

takpe2..sekarang aku pun dah ada aku punya..muahaha~



Thursday, August 12, 2010

Bila tengah emo...

Bila bulan Ramadhan menjelma..mood raya tu dah dapat rasa sikit-sikit...

Time ni la nak emo...berpuasa di perantauan yg jauh dari keluarga..terpaksa berjauhan demi menuntut ilmu..time ni la rasa syahdu teringatkan keluarga yg jauh di mata..berpuasa tanpa insan-insan tersayang di sisi..teringat kenangan-kenangan menyambut Ramadhan bersama keluarga dengan kemeriahan..adik-beradik berkumpul, berbuka bersama-sama..

Hari pertama Ramadhan sambut dengan rakan-rakan seperjuangan..yang sentiasa bersama, menjadi peneman menggantikan keluarga..inilah keluarga kami di sini..terubatlah sedikit sebanyak rindu dendam kepada kampung halaman..tak kurang meriahnya menyambut Ramadhan di sini bersama sahabat-sahabat..

Tiba-tiba teringat kat roomate yg dah balik kampung..dah la jauh dari keluarga, roomate pulak tak ada..sunyi je..tapi nasib baik la ada diorang ni..tak lah terasa sangat..berbuka bersama-sama..walaupun rumah kecik, tapi semua happy..play lagu-lagu raya, ada lampu li lap warna-warni..baru 2 hari puasa, tapi rasa dah macam nak raya...bila dengar lagu raya, rasa sayu pulak...



Oh...S. aureus

S. aureus..ohh..S. aureus.....

kenapa kau buat aku macam ni..???

sampai hati kau perlakukan aku sebegini...

apakah salah diriku padamu..???

kau buat aku tak tidur sepanjang malam...

berjaga hingga ke pagi..

what is so special about you..??

tell me....tell me laa....

shob3....

kenapa kau begitu kejam..!!!

menyeksa diriku ini...

kau kejam..!!!

dah 2 minggu kau menghukum diri ku...

adakah masih tidak mencukupi..??

adakah minggu-minggu yg akn datang juga sama..??

oh...S. aureus..E. coli...S. epidermidis....

tolong laa....

hentikan semua ini...

mata sy tak boleh tahan sudah....

bulan puasa yg mulia ni tak baik menyiksa orang.....

bertaubatlah....

wahai microbe sekalian....





ni la rupa S. aureus yg sebenarnye...santek kan..

Wednesday, August 11, 2010

Perempuan itu cantik


Salam pembaca...

Perempuan itu cantik..
Perempuan itu manis..
Perempuan itu comel..
dan..
Perempuan itu juga bara...

Diri yang khilaf ini ingin mengingati rakan-rakan dan juga diri sendiri..bukan nak berlagak alim, tapi sekadar ingin memberi peringatan yang mana patut..diakui diri ini juga ada kekurangan dan kelemahannya..

Rasanya tak perlu lagi diberitahu yg aurat wanita tu ialah keseluruhan tubuh badannya kecuali tapak tangan dan muka..kita pun dah belajar sejak sekolah agama lagi tentang aurat ni..rasanya dah expert dah..tapi secara peribadi sy sangat terkilan apabila ada sahabat seorang ni yg dah berapa banyak kali ditegur, tetapi semakin menjadi-jadi...

Walaupun pakaian yg dikenakan itu menutup keseluruhan tubuh, tetapi kalau pakaian tu rapat, ketat, sendat, mampat, dan menampakkan 'aset-aset' berharga perempuan, sama saje dgn orang-orang yg tak menutup aurat kerana menampakkan susuk tubuh yg boleh menaikkan nafsu si lelaki apabila melihat..sama lah jugak memakai baju jarang yg sekarang ni dah jadi trend..nampak moden kononnya..ni la yg dikatakan berpakaian tetapi telanjang..konsep tutup aurat ni sengang saje, tapi kenapa masih ramai yg tak faham? sedih jugak..

Lagi satu, tudung..sekarang ni dah macam-macam pesen tudung ada..tudung ekin la, bawal la, bawang la, syria la n macam-macam lagi..ada jugak yg pakai selendang je..tak kisah la tudung apa pun mereka pakai, tapi yg pentingnya tudung tu menutup rambut dan bahagian yg perlu ditutup..kalau pakai tudung tapi bahagian tu masih terbuka, apa maknanya pakai tudung? bukan ke sama je dgn tak pakai tudung? terutama sekali dada..ramai yg pakai tudung pendek yg mendedahkan bahagian dada..ada jugak yg pakai tudung belit sana, belit sini, pin sana, pin sini tapi yg dada terbukak luas..bukan ke bahagian tu akan menjadi perhatian mata-mata yg melihat??? tak ada ke perasaan malu dalam diri mereka? atau rasa bangga??

Dalil mengenai wajibnya mengenakan pakaian bahagian atas (khimar/tudung) adalah Firman Allah,

“Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka” [An-Nur (24):31].

Terbaru sy ada terbaca artikel tentang hukum memakai baju lengan pendek dengan sarung lengan (handsock) yg sekarang ni ramai yg buat..ada pendapat yg mengatakan perbuatan ni haram kerana walaupun menutup aurat (lengan), tetapi masih boleh menampakkan susuk bentuk lengan tu..awalnya kelihatan seperti ini merupakan cara menyelesaikan masalah bagi mereka yg ingin memakai baju lengan pendek..tetapi dari satu sudut yg berbeza, ada benarnya jugak pakai handsock ni nampak bentuk lengan..berbeza dengan memakai handsock di dalam baju lengan panjang..ada jugak yg terangsang bila tengok lengan perempuan..lelaki ni nafsunya pada deria, termasuk pandangan..berbeza dengan perempuan..

Pendapat peribadi sy berkaitan isu handsock ni, apa yg boleh membawa kemudaratan di kemudian hari harus dielakkan..contohnya pakai handsock ni..kalau boleh membuat lelaki bernafsu atau terangsang, lebih baik dihindarkan memakai baju lengan pendek dengan handsock..lebih molek pakai baju lengan panjang..lagi cantik kalau pakai handsock kat dalam..

Wahai kaum hawa sekalian..adakah anda berasa riak dan bangga apabila tubuh anda menjadi perhatian dan renungan mata-mata tajam sang lelaki??? fikir-fikirkanlah.....

Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhrim
bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya
malah maruah wanita mukmin keseluruhannya
Harga diri wanita terlalu mahal


Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan datang lagi


Salam pembaca..

Alhamdulillah...baru saja dengar pengumuman tarikh berpuasa..bersyukur dapat dipertemukan sekali lagi dengan Ramadhan yg mulia...bulan yg penuh keberkatan...

Esok dah mula puasa..teringat masa awal puasa tahun lepas..tak dapat berpuasa selama seminggu..terpaksa 'ponteng' puasa sebab demam panas dan kena kuarantin sebab kena suspect H1N1...InsyaAllah puasa tahun ni tak nak dah ponteng-ponteng lagi..hehe..

Dan semoga kesilapan dan kesalahan semasa puasa tahun-tahun sebelum ni tak diulang kembali..terasa bulan Ramadhan kali ni istimewa sekali..tak seperti tahun-tahun sebelumnya..walaupun belum lagi mula berpuasa, tapi keindahannya seakan telah dapat aku rasai..mungkin kerana kali ni aku jiwa aku lebih tenang, dan jauh daripada benda-benda yang boleh menggelapkan hati...

Sangat bahagia malam pertama Ramadhan kali ni..adakah masih berpeluang lagi untuk bertemu Ramadhan pada tahun depan..?? atau ini sebahagian petunjuk atau petanda daripada-Nya??

Kepada keluarga yang jauh di mata, rakan-rakan yg sentiasa dekat dgn diri ini, selamat menunaikan ibadah puasa..dan tak lupa juga kepada pensyarah-pensyarah dan guru-guru yg diingati, semoga ibadah kalian diterima dan memperoleh ganjaran..Insyaallah...

Masihkah ada sinar?

bilakah derita ini akan berakhir??
atau mungkin tiada pengakhirannya..

betapa sakitnya menanggung derita ini..
mengapa aku yang dipilih??
mungkin ini adalah ujian dan dugaan untuk ku..

ya..
setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya..
mungkin dugaan ini untuk mendidik dan menyucikan jiwa..
atau untuk menguji kesabaran ku..
mungkin juga menghapuskan dosa-dosa yg telah ku lakukan..

Allah sentiasa bersama dan mendekati org yg sedang sakit..

Terima kasih kepada mereka yg menyokong sy dan sentiasa memberi harapan...

Monday, August 9, 2010

3 hari 'bahagia'

Salam...

Tiba-tiba jari jemari ni rancak menari-nari ingin menaip post kali ni...tak sabar-sabar sangat...

6-8 Ogos 2010 - Konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IPTA 2010 diadakan di Bangi..Konvensyen selama 3 hari melibatkan IPTA seluruh Malaysia..dan UniSZA, tak terkecuali menghantar delegasi perwakilan..aku pun turut serta dlm konvensyen kali ni mewakili Unisza yg tercinta in..hehe...saje nak sibuk-sibuk....

Day 1

Perwakilan unisza antara yg paling awal tiba di Pusat Latihan & Keselamatan KWSP (ESSET), Bangi (sebelah UKM je) dek kerana terlalu excited..so kena la tggu nak check-in...

hari pertama tak ada apa sangat..mcm biasalah ada majlis perasmian - oleh Menteri Pengajian Tinggi (cuba teka sape??) malam pulak bergerak ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk makan malam bersama Timbalan Perdana Menteri.. yg menarik kat sini bukanlah makan malam dgn TPM, sebab aku memamg dah pernah jumpa dia..tp vocalis band kombo UiTM yg lebih menarik perhatian..ofcoz la pompuan..emm..x perlu la cerita lebih-lebih..hehe...

Day 2

Hari konvensyen sebenar bermula..
Pagi-pagi lagi dah kena dok dengar forum pasal 1Malaysia...nasib baik la panel-panel agak ok sikit..kalau tak memang sure semua syahid...tu pun ada jugak yg dah tak boleh nak control..akhirnya tumpas juga...

Petang pulak sambung lagi ceramah pasal Model Baru Ekonomi (MBE)..haa..yg ni agak sayu-sayu sikit..bila masuk bab-bab ekonomi ni, sure la aku yg budak health science ni blur-blur...tp so far, bila dah dengar ceramah tu, faham la jugak...

Dalam konvensyen kali ni banyak isu-isu tentang kebajikan dan kelestarian Sabah & Sarawak diutarakan..dewan menjadi gamat, riuh-rendah, huru-hara, kacau-bilau apabila ada perwakilan dr UMS/Unimas berdiri depan mikrofon..bangga melihat keberanian mereka bersuara..bukan untuk mereka semata-mata, tetapi mewakili penduduk Sabah & Sarawak keseluruhannya..

Malam pulak tiba-tiba blackout pulak kat hostel..alamak..kami turun lambat ke program malam tu dgn alasan hostel blackout (alasan yg langsung tak ada kena-mengena @ tak boleh pakai)..program malam tu ialah sesi perbincangan untuk membentuk satu resolusi berkaitan isu 1Malaysia & MBE..Unisza diletak dalam satu kumpulan bersama perwakilan UM & UPSI..tajuk diberi:
- 1Malaysia dan kesan terhadap ekonomi negara
- Sejauh mana pelaksanaan DEB & MBE dapat mengurangkan kadar kemiskinan & jurang pendapatan antara kaum

Alhamdulillah hasil daripada perbincangan, satu resolusi telah berjaya dibuat..yg tak sedapnya balik tidur kat hostel dalam kepanasan, blackout masih lg tak mahu pergi dr situ..

Day 3

Pagi lepas sarapan pergi dewan dgn baju yg tak bergosok, henpon pulak bateri tinggal 1 bar je..hati sudah gundah gulana tak dapat nak online..

Sidang pleno - pembentangan resolusi yg dah dibuat malam tadi..7 perwakilan dr 7 kumpulan membentangkan resolusi masing-masing..seperti yg diduga, Unisza last sekali..and seperti yg diduga jugak, henpon aku mati, tak dapat bertahan lagi..aku pasrah dalam keresahan....

Usai sidang pleno, majls perasmian penutup oleh Timb. Menteri Pengajian Tinggi...ucapan penutup yg begitu panjang lebar dan boleh dianggap sebagai ceramah..mata dah tak boleh tahan...

Balik..!!!
masa sibuk-sibuk nak check-out tu, aku duduk di satu tempat melihat mereka kemas-kemas barang...ada sorang budak pompuan cute ni (budak@akak ke aku tak berapa sure la) dari U mne pun tak sure, asyik dok pandang-pandang aku je..ada la 5-6 kali pandang2 senyum2...adekah dia betul-betul pandang aku?? atau aku je yg perasan?? hahaha....tapi aku sure kat belakang dan tepi kiri kanan aku memang tak ada orang lain...adekah..???? hahaha...

Singgah kejap kat kolej UTM Setapak, ada hari terbuka kolej...

Balik ke Kuala Terengganu..sampai pukul 12.30 mlm...

*gambar belum sempat nak upload..

Thursday, August 5, 2010

Welcome Eddy

Eddy (bukan nama sebenar)...

Ahli keluarga baru aku..

Teman baru si Zara..


Sunday, August 1, 2010

Assignment vs Ikan

Dengan assignment yang berlambak-lambak, menimbun-nimbun dan tak terdaya mata melihatnya...bagaimana nak meneruskan kehidupan ini...dengan lecturer yg semakin baik hati memberi kerja-kerja yang menarik...awal sem 3 yg penuh keceriaan kini bertukar menjadi "disaster" (kata Dr. Hamid Jan)....

Belum lagi cerita pasal hari cuti yg pelik- Khamis & Jumaat...di saat insan-insan lain sedang bergumbira di hari minggu, aku terpaksa menggagahkan derap langkah kaki ku ke kuliah, menguatkan baki-baki semangat yg masih ada, menyengkang mata (kononnya tak nak tidur masa kuliah, tapi apakan daya....mataku kian mengecil tatkala telinga dah sayup-sayup mendengar...dan akhirnya tertutup juga).."and that's it, the end of the story.." (kata f. Dr. Anuar)

Mengapakah kehidupan sebagai student dietetik harus begini? selalu tersisih daripada masyarakat luar..uhuk3..untuk mereducekan stress yg semakin meningkat "dengan jayanya" (kata f. Dr. adzim), dah lama dah aku plan nak bela ikan kat bilik...sekurang-kurangnya tenang sikit mata ni, ada la jugak tempat nak mengadu nasib...huhu..setelah beberapa kali cubaan nak beli ikan terbatal, kali ni aku nekad, apa nak jadi pun jadi lah....

Balik kuliah, singgah kat kedai ikan kat tepi jalan tu...belek-belek semua ikan yang ada kat situ...hampir 1 jam...ikram dah mula panas, cabut dulu...tinggal aku dengan fatah...dah pilih ikan, bowl, hiasan, 'mainan' ikan dan makanan ikan, pergi kat kaunter...amoi tu cakap "semua 22 linggit"..aku pun mengangguk..raba-raba poket belakang seluar nak keluarkan duit...alamak!!! dompet aku!!! baru aku teringat yg aku terlupa nak bawak dompet hari tu...aku memandang fatash yg kat sebelah aku...dengan renungan mata yang redup, fatah menghulurkan RM50 kat aku (dah paham dah, nak pinjam duit la tu)...aku pun tersengeh-sengeh bayar kat amoi tu....

Akhirnya tercapai jugak hasrat aku nak bela ikan...hehehe..dan aku namakan ikan-ikan aku dengan nama yang gramatis; Zara, Kyra, Myra, Lara & Jay...aku tak tahu kenapa yg Jay tu agak pelik sikit bunyinya dari yang lain-lain...




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails