Wednesday, August 11, 2010

Perempuan itu cantik


Salam pembaca...

Perempuan itu cantik..
Perempuan itu manis..
Perempuan itu comel..
dan..
Perempuan itu juga bara...

Diri yang khilaf ini ingin mengingati rakan-rakan dan juga diri sendiri..bukan nak berlagak alim, tapi sekadar ingin memberi peringatan yang mana patut..diakui diri ini juga ada kekurangan dan kelemahannya..

Rasanya tak perlu lagi diberitahu yg aurat wanita tu ialah keseluruhan tubuh badannya kecuali tapak tangan dan muka..kita pun dah belajar sejak sekolah agama lagi tentang aurat ni..rasanya dah expert dah..tapi secara peribadi sy sangat terkilan apabila ada sahabat seorang ni yg dah berapa banyak kali ditegur, tetapi semakin menjadi-jadi...

Walaupun pakaian yg dikenakan itu menutup keseluruhan tubuh, tetapi kalau pakaian tu rapat, ketat, sendat, mampat, dan menampakkan 'aset-aset' berharga perempuan, sama saje dgn orang-orang yg tak menutup aurat kerana menampakkan susuk tubuh yg boleh menaikkan nafsu si lelaki apabila melihat..sama lah jugak memakai baju jarang yg sekarang ni dah jadi trend..nampak moden kononnya..ni la yg dikatakan berpakaian tetapi telanjang..konsep tutup aurat ni sengang saje, tapi kenapa masih ramai yg tak faham? sedih jugak..

Lagi satu, tudung..sekarang ni dah macam-macam pesen tudung ada..tudung ekin la, bawal la, bawang la, syria la n macam-macam lagi..ada jugak yg pakai selendang je..tak kisah la tudung apa pun mereka pakai, tapi yg pentingnya tudung tu menutup rambut dan bahagian yg perlu ditutup..kalau pakai tudung tapi bahagian tu masih terbuka, apa maknanya pakai tudung? bukan ke sama je dgn tak pakai tudung? terutama sekali dada..ramai yg pakai tudung pendek yg mendedahkan bahagian dada..ada jugak yg pakai tudung belit sana, belit sini, pin sana, pin sini tapi yg dada terbukak luas..bukan ke bahagian tu akan menjadi perhatian mata-mata yg melihat??? tak ada ke perasaan malu dalam diri mereka? atau rasa bangga??

Dalil mengenai wajibnya mengenakan pakaian bahagian atas (khimar/tudung) adalah Firman Allah,

“Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka” [An-Nur (24):31].

Terbaru sy ada terbaca artikel tentang hukum memakai baju lengan pendek dengan sarung lengan (handsock) yg sekarang ni ramai yg buat..ada pendapat yg mengatakan perbuatan ni haram kerana walaupun menutup aurat (lengan), tetapi masih boleh menampakkan susuk bentuk lengan tu..awalnya kelihatan seperti ini merupakan cara menyelesaikan masalah bagi mereka yg ingin memakai baju lengan pendek..tetapi dari satu sudut yg berbeza, ada benarnya jugak pakai handsock ni nampak bentuk lengan..berbeza dengan memakai handsock di dalam baju lengan panjang..ada jugak yg terangsang bila tengok lengan perempuan..lelaki ni nafsunya pada deria, termasuk pandangan..berbeza dengan perempuan..

Pendapat peribadi sy berkaitan isu handsock ni, apa yg boleh membawa kemudaratan di kemudian hari harus dielakkan..contohnya pakai handsock ni..kalau boleh membuat lelaki bernafsu atau terangsang, lebih baik dihindarkan memakai baju lengan pendek dengan handsock..lebih molek pakai baju lengan panjang..lagi cantik kalau pakai handsock kat dalam..

Wahai kaum hawa sekalian..adakah anda berasa riak dan bangga apabila tubuh anda menjadi perhatian dan renungan mata-mata tajam sang lelaki??? fikir-fikirkanlah.....

Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhrim
bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya
malah maruah wanita mukmin keseluruhannya
Harga diri wanita terlalu mahal


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails