Wednesday, June 8, 2011

Pengakhiran Sebuah Perjalanan



Assalamualaikum...

Apa khabar pembaca sekalian? *skema mode*

OK mari sini orang kampung semua ramai-ramai baca post ni..walaupun tak ramai yg baca belog sy ni, tp yg mana ada tu jemput la baca..mungkin ini adalah kali terakhir korang semua dapat melihat, menatap, menonton, membaca dan juga mengeja post sy..

Hari ni sy ada pengumuman penting nak buat..sy rasa pengumuman ni penting untuk memastikan tiada sesiapa yg tercari-cari dan tertanya-tanya atau tergoogle-google ke mana hilangnya EmynurQaseh...

Dengan ini sy mengumumkan.....

*** INI ADALAH POST TERAKHIR BLOG EMYNURQASEH ***

Setelah 133 post dipublish dengan post pertama bertarikh 4 November 2009, sy menoktahkan perjalanan blog EmynurQaseh ini pd 8 Jun 2011, post ke 134 jan 10.16 malam..

Terima kasih kpd mereka yg sudi follow, singgah, baca, komen post-post dlm blog ni..jika ada salah silap, sy minta maaf..tiada niat utk menyinggung atau menyentuh perasaan sesiapa..hanya sekadar luahan dan perkongsian ilmu....

Sekian, terima kasih...

Assalamualaikum dan salam kedamaian...


Saturday, May 28, 2011

Khas buat sahabat


Salam 1 dunia~

Just a quick post wishing GOODLUCK! to all MBBS students for coming Professional Exam I...

Kepada sahabat sekalian, sy di sini mendoakan agar kalian dapat melakukan yang terbaik utk paper esok, lusa, tulat, ..... (lepas tulat ape ek??) Jangan stress sangat..rilex ar,,exam je pun...semua orang pun ada exam..hehe..

Semoga u all semua lulus cemerlang!! and can proceed to clinical...

Jangan lupa:
- Usaha (dah push to the limit rasanya..)
- Doa
- Tawakkal

BEST OF LUCK FOR YOUR EXAM!! SEMOGA BERJAYA!!

Tuesday, May 17, 2011

Selamat Hari Chekgu

Salam semua...

Dah lama sy tak mencoret..menyepi dan membisu tanpa sebarang kata dan khabar berita di sini..kpd peminat-peminat yg ternanti-nanti post terbaru, sy harap post kali ni dapat mengubat kerinduan anda semua.. *ok cukup dah perasan*

16 Mei - Hari Guru

SELAMAT HARI GURU kpd semua guru yg pernah mengajar, mendidik, mendenda, memukul, merotan dan memarahi sy..terima kasih atas segalanya..kerana andalah, siapa sy sekarang..kalau nak list nama semua cikgu memang tak habis lah sampai esok..sebab cikgu sy bukan cikgu di sekolah je, tp juga insan-insan yg pernah mencurahkan ilmu mereka kpd sy...isk3~ terharu sgt..!!!

Imbasan 16 Mei 2007

Terkenang sewaktu meraikan Hari Guru di sekolah pd tahun 2007..masa tu sy form 5 dan tu lah kali terakhir sy sambut hari guru di sekolah..dan apa yg paling manis sekali, sambutan Hari Guru tu organized by me & my team..masa tu sy memegang jawatan sbg Pengerusi Kelab Kaunseling & Kerjaya, merangkap Pengerusi Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) yg bertanggungjawab menganjurkan sambutan Hari Guru..haha..gila kuasa tak sy..??

Pada sy, tu lah sambutan hari guru yg paling berjaya dan paling terkesan dalam hati..dalam sambutan tu, ada slot persembahan lakonan oleh pelajar..cuba teka siapa pelakon utamanya?? haa...mesti dah dapat teka kan...mestilah sy sbg pelakon utama merangkap hero dalam drama "Saya Lapar" tu..hehe~


Sy memegang watak sebagai Chekgu Muhksin si lembut (masa tu tgh musim filem Mukhsin,,ingat tak??)..bergandingan dgn Alif Mashuri sbg Chekgu Co'ot..bila dua pelakon terbaik sekolah berganding, box-office jd drama tu! Mendapat sambutan hangat dan sorakan gemuruh diiringi gelak-tawa-tak-kering-gusi daripada paminat-peminat yg menyaksikan pementasan drama tersebut..Chekgu Mukhsin ni lemah gemalai, kuat bergosip,,tapi baik hati..haha..dah!! tak nak cerita lebih-lebih...haha

Tak dinafikan drama "Saya Lapar" dan watak Cikgu Mukhsin dan Chekgu Co'ot mencetuskan fenomena baru kat sekolah selepas tu...dalam drama tu padat dgn sindiran dan kritikan sinis kpd cikgu-cikgu yg disampaikan menerusi komedi..setelah 4 tahun berlalu, sy menyusun jari memohon maaf kpd cikgu-cikgu yg terasa, especially cikgu ******....hehe

SELAMAT HARI GURU...TERIMA KASIH CIKGU-CIKGU DAN JUGA PARA PENSYARAH YG PERNAH MENDIDIK SAYA DI:

- Tabika Kemas (1995)
- First Step Kindergarten (1996)
- Sekolah Fardhu Ain (2007-2008)
- SK Taman Permas Jaya 2 (1997-2002)
- Sekolah Agama Plentong (1999)
- Sekolah Agama Bandar Baru Permas Jaya (2000-2005)
- SMK Permas Jaya (2003-2007)
- SMK Agama Bandar Penawar (2006)
- Kolej Matrikulasi Johor (2008-2009)
- Universiti Sultan Zainal Abidin (2009-kini)

Friday, April 15, 2011

Post khas - Photography

pernah tengok fotografer pakai lab coat?


Salam readers...

Lama dah rasanya tak bersua..hehe..ok post kali ni nak cerita tentang my new hobby..sebenarnya, tak la baru sangat..dah lama dah pun..cuma sekarang ni makin berkembang pesat dan maju lagi menggila...hehe

Apa hobinya??

Yaa...seperti yg anda semua sedia maklum, emy ni seorang yg penggila fotografi..fotografi...

Sebelum ni menggunakan Sony DSLR Alpha-200..ni la dslr pertama sy..baru nak berjinak-jinak la katakan..kamera ni sangat friendly dan mudah dikendalikan..sesuai utk mereka yg baru nak belajar teknik-teknik forografi guna dslr..



2 tahun guna Sony DSLR Alpha-200..Ok sekarang dah guna Nikon D5000..ni la kekasih hati sy..ke mana saja sy akn bawa dia bersama...hehe..ada beberapa sebab kenapa sy pilih D5000, dan bukan kamera-kamera keluaran baru Nikon seperti D3100 atau D90..

Aksesori

Aksesori tambahan yg sy ada utk fotografi sekarang ni:

1. Nikon D5000 DSLR
2. Nikon Nikkor 18-55mm lens
3. Nikon Nikkor 50mm f1.8 potrait lens
4. Nissin Di622 Mark II speedlight
5. Tripod

Tapi bila dah master teknik-teknik asas ni nak la jugak upgrade lens kan..hehe..sekarang tengah kumpul duit utk dapatkan:

1. Nikon Nikkor 18-200mm lens / Tamron 18-200mm lens
2. Nikon macro & wide angle converter lens
3. Hoya IR R72 lens filter
4. Hoya Circulating Polarizer (PL-CIR) filter
5. Speedlight trigger
6. DSLR backpack (senang sikit nak bawak berjalan)

Wow...banyak gila duit kau emy nak beli semua ni..beribu-ribu tuu..sebenarnya, tak ada duit..tapi sedang mengumpul duit..hehe..



Yes..fotografi adalah hobi yang mahal...ulangan, mahal ok..hobi fotografi ni memerlukan modal yang besar..sesiapa yg minat fotografi kena berani melabur utk dapatkan hasil yang memuaskan...sehingga beribu-ribu ringgit..kadang-kadang harga satu lens je sama dengan harga 2-3 body kamera..tp kalau dah minat, apa pun sanggup..betul tak??

Tapi walau keluar modal besar pun, bila dapat job utk jadi fotografer apa-apa majlis, memang masyuk..kata orang lebih dari balik modal la...tu kalau profesional laa..



Sejak-dua-menjak ni, ada la dapat offer jadi fotografer utk wedding & majlis-majlis lain, tapi terpaksa menolak dgn baik...cuma beberapa saja yg diterima, dengan tujuan utk dapatkan pengalaman..bukan tak sudi, tapi belum bersedia..masih banyak yg perlu dipelajari lg utk jd seorang fotografer..lagipun mana ada masa! kelas berderet setiap hari...



Trend

Sekarang ni dah jadi macam trend orang pakai DSLR..oppss..bukan pakai, guna DSLR..tapi yg tak sedapnya bila tengok orang guna dslr ni, guna AUTO mode..aiyyoo....lebih baik guna kamera digital compact..'action' je pegang dslr, tp tak tahu guna pun...bukan apa, satu pembaziran bila melabur beribu-ribu ringgit beli dslr tp tak tahu nak guna..lebih jimat guna kamera digital biasa yg lebih murah dan mudah..tp tak dapat action macam pro fotografer yg guna dslr laa...




DSLR ni ada banyak function, dan kita boleh 'setting' kamera tu ikut kehendak kita nak macam mana..boleh setting aperture, shutter speed, ISO dan macam-macam lagi yg kamera digital biasa tak boleh buat..tak berbaloi kalau guna dslr tp set pd AUTO mode..


To be continued...

Tuesday, April 12, 2011

OSPE vs Anthrone

Assalamualaikum...

Mood hari ni baik sikit,,lepas dah motivasikan diri sendiri pagi td..ready for war.!!! hari ni OSPE...ayyarkk...tengok semua orang bersungguh-sungguh study, bertungkus lumus menghafal itu ini..kenapa sy relax saje..??

Mungkin sebab dah melangkah dengan penuh keyakinan..dengan tahap motivasi diri yg paling maksimum, segala benda jadi positif...haih~ susah jugak kalau macam ni..


Ok..masuk bilik kuarantin..ramainya....campur dengan junior sekali kan..sy group pertama..yes! cepat buat, cepat balik..lepas tu, alamak! panggilan alam...terpaksa pergi jumpa Mr. Tan dulu..

Masuk bilik OSPE dah lambat..uih~ nasib baik tak start lagi..ok dapat station 4..tgh syok buat OSPE melompat dari station ke station, tangan mula rasa gatal-gatal..tiba-tiba...mulut pulak rasa macam terbakar!! rasa macam dihakis-hakis...aadooi~ sah dah terkena anthrone tadi..

Berlari-lari ke sinki basuh mulut 40 kali....



Dah habis OSPE..yeay~!! gigam..gigam..gigam..dgn C3 baru...hehe~

Selesai sudah satu tugas...esok menanti lagi satu...lusa pun menanti jugak lagi satu....sabar je laa...

nampak tak muka bahagia..hehe

p/s: siapa tak suka tengok (allergic dgn gambar santek) sila tutup mata oke..ngee~

Monday, April 11, 2011

Ekspidisi Pulau Kapas

Salam readers...

Haa..kali ni nak cerita tentang ekspidisi ke Pulau Kapas pulak...sebelum ni dah round Gambang, Langkawi dan Kota Bharu..kali ni ke pulau pulak lah kita...

Tak tahu kenapa namanya Pulau Kapas...mungkin sebab pasirnya yang selembut dan seputih kapas..hee~ tapi tak ada manusia pun yang tinggal kat situ..sunyi je...seram la pulak..

Ok musim exam ni tak nak lah taip penat-penat, cerita panjang-panjang...kita tengok gambar je boleh? hehe~

lama betul tunggu bas ni...


pakciki ni sempat pulak baca paper..

Bila bas dah sampai cepat-cepat naik..dalam 40 minit perjalanan sampailah ke Jeti Marang..nak naik bot ni pergi Pulau Kapas..


dah kenapa pulak dgn budak ni..model pajak ke??


oh..bot tak sampai lagi..jom sarapan dulu..makan pisan je pun..


yeay~ bot dah sampai..ok jom naik..


15 minit naik bot..sampailah ke Pulau Kapas...


eh...hidupan pulau ke ni..?? hehe


ok gigam la apa lagi...



dah-dah la tu gigam...meh pasang khemah pulak...


tak ada kerja, jom skodeng khemah orang...siapakah yg jd mangsanya..??


haa..ni la ahli group sy..ada lg..tp tak masuk frame pulak..


petang tu tak ada buat apa pun..buat istana pasir je...(dah biasa dah)


lepas tu main beach volleyball...


ish3...mangsa kekejaman siapa ni..


peneman di kala kesunyian...


malam terakhir buat campfire...main boom boom chak..haha


termenung ku sendiri....~~~

Hari ketiga balik dah..night walk dan jungle trekking dibatalkan..hujan mencurah-curah turun dgn lebatnya...

Tak dapat upload gambar masa snorkelling...

Perjalanan balik naik bot yg sangat mencabar...dilambung ombak tinggi..tp alhamdulillah selamat sampai..kalau tak, tak ada la post ni..

Sunday, April 10, 2011

Hari-hari terakhir

OK mari kita helo-helo jadual minggu ni..busy tak agak-agaknya ek minggu terakhir kuliah ni...

10/4 Ahad
HFS 3133 Food Analysis Mini Project (final stage)

11/4 Isnin
HFS 3133 Food Analysis CONASS 2

12/4 Selasa
HFS 3133 Food Analysis Final Exam [OSPE]

13/4 Rabu
HFS 3193 Medical Nutrition Therapy CONASS 2

14/4 Khamis
HFS 3152 Anatomy & Physiology II CONASS 2

15/4 Jumaat
Study Week start!

Ok tuu diaa...dah terang lagi bersuluh, ternyata food analysis mendominasi hari-hari terakhir semester ni...mengetepikan pencabar-pencabar yang lain yg hanya melukut di tepi gantang..malah ada yg tak sempat melukut pun..yg mampu dilakukan hanya memerhati dari kejauhan....


lihat anak-anak ini gembira bermain di pantai..tiada masalah, tiada stress..


*|nota kaki: CONASS - Continuous Assessment
OSPE - Objective Structured Practical Exam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails