Sunday, July 31, 2011

Ramadhan menjengah lagi

Assalam...

Ramadhan menjengah kita lagi tahun ini..alhamdulillah syukur dia masih sudi untuk menemui kita sekali lagi..

Alhamdulillah selesai sempurnakan solat sunat tarawih malam pertama..dan insyallah untuk malam-malam seterusnya hinggalah akhir ramadhan..

Tahun ni dapat merasa berpuasa sebulan penuh di rumah dgn keluarga..dah 3 tahun rasanya tak dapat puasa kat rumah..setahun kat matrik, 2 tahun kat Unisza..

Tiba-tiba rasa rindu pulak nak puasa kat kolej..balik kelas petang petang pergi bazar kat Batu Burok tu dgn kawan-kawan..buka puasa ramai-ramai..pergi tarawih..kalau waktu sahur pulak siap la dgn macam-macam bunyi alarm yg memekakkan telinga..tapi haram sorang pun tak bangun..nak kena kejut jugak..

Bila nak dekat raya pulak pasang lampu lip lap kat rumah..meriah gitu..dah tu ada la yang bukak lagu raya..memang rasa betul-betul nak raya..shopping raya kat Mydin tercinta tu..huhu..eh ada jugak photoshoot salam perantauan..konon-konon macam beraya kat oversea la..padahal tak jauh mana pun dr rumah..hihi..


shopping kat bazaar


eky kantoi tak puasa makan choki choki..hehe


Hmm..tu la kenangan puasa kat Maidam kan..tahun ni tak dapat rasa la..tapi dapat puasa dgn keluarga..meriah jugak..

Kepada semua umat Islam, selamat menunaikan ibadah puasa di bulan ramadhan ni..


Saturday, July 30, 2011

Sepanjang perjalanan ini

Assalam readers...

Sepanjang ke-tidak-aktif-an belog ni banyak perkara yg berlaku..banyak jugak yg nak dishare dan dikongsi..hehe..tpi tak apa satu-satu dulu ye? kita nak mula dari mana?

Ok kita start dari aktiviti cuti sekolah..haha..cuti sem yg sangat lama - 4 bulan..kalau korang nak buat apa dlm 4 bulan? mesti ramai yg nak kerja kan? betul tak? tapi sy....bukan tak nak kerja, tapi ada yg lebih penting dari tu...mungkin ada yg cakap sy ni malas! oh itu tidak benar...walaupun ada la sikit-sikit...huhu~

Tapi tak apa, sy pun ada kerja jugak..nak tengok hasil kerja yg sy maksudkan? haa tengok ni !


















Haa..ni lah kerja sy..snap-snap gambar sy kawen...eh, gambar orang kawen..hehe..walaupun gaji tak besar mana, tapi puas hati bila dapat buat sesuatu yg kita suka..dan dapat menghasilkan yang terbaik! tu yg penting..

Friday, July 29, 2011

Kelahiran Semula

- edisi emas -

Assalamualaikum semua...

Haa...jangan terkejut..tutup mulut tu! masuk tikus kang..

Setelah hampir 2 bulan blog ni tak aktif, hari ni sy mengumumkan utk membuat kemunculan semula emynurqaseh! suka tak? suka tak? emm..ni semua kerana peminat-peminat..ramai yg request jgn deactivate kan blog ni..ada jugak yg ugut nak bunuh diri kalau blog ni di'deactivate'kan..lalu sy dgn rasa rendah hati menunaikan permintaan anda semua..

Terima kasih kpd para peminat yg tak henti-henti memberikan sokongan dan cadangan utk kemajuan blog ni..

Kali ni sy akan cuba bawakan konsep yg baru dalam penulisan blog ni..insyaAllah akan lebih bermanfaat dan berguna utk semua pembaca..khususnya peminat-peminat tegar emynurqaseh.blogspot...

Sy harap sokongan daripada anda semua tak terhenti setakat ini shj..teruskan membaca dan menelek segala yg ada dlm ni..kalau ada info-info yg berguna, sebarkanlah..dapat pahala tau! Jgn segan silu jugak utk memberi komen atau pendapat..ala senang je, bkn susah sgt pun..klik je comments dan taip lah...xde nye nak kena taip kod yg menyusahkan tu... ;)

Macam biasalah, kalau ada apa-apa nak share voice it out kat ruangan Shout! tu..hehe ;p

Peace!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails