Tuesday, November 22, 2011

Bertimbang rasa sikit!

Salam readers...

Isu ni tak la hot sangat..cuma sebagai ingatan..bertimbang rasalah sikit bila kat atas jalan raya tu!

Hari ni agak bernasib baik terjumpa dengan dua orang hamba Allah yang kurang akalnya..walau dikurniakan wang bertimbun dan harta yang mewah..

Kes 1: Seorang perempuan memandu sebuah kereta (mewah) di Jalan Sultan Ismail dengan kelajuan sederhana (boleh kata perlahan jugak la) dalam 40-50 km/j gitu..nasib baik dok kat lane kiri..aku kat lane kanan (niat nak motong keghete tu) dgn kelajuan 70 km/j..takde la laju sangat kan jalan tu memang lengang..

Tiba-tiba.....tinggal dalam 5-6 meter jarak aku dgn keghete tu sebelum aku motong dia..boleh pulak pempuan ni selamba dia je tukaq lane kanan tak bagi signal..aku pon brek emergency..nasib baik tak tergelincir sebab jalan licin baru lepas hujan masa tu..aku ingat dia nak motong Kancil depan dia tuh..eh boleh pulak dia maintain speed siput babi dia tu..Kancil tu lg laju..so tak pepasal dia blok jalan aku..aku jalan sebelah n toleh dia..boleh pulak buat muka selamba tak bersalah..kalau aku jenis orang yg hati kering dah lama dah cermin kereta kau pecah..

Nasib baik sempat brek..kalau tak memang tragedi berdarah dulu berulang kembali la..tak sempat brek sondol menyondol lah jadi nye..dan yg pasti aku yg akn jd mangsa dan dia mungkin tak efek apa-apa pun..


Kes 2: Baru je tadi..malam..tempat kejadian kat Jalan Sultan Mahmud pulak..pun kes lepas hujan jugak..aku dah dok baik-baik kat lane tu..tetiba ada seekor kereta dari kanan belakang aku datang himpit aku ke kiri..dan hampi-hampir sangat dah bergesel dgn FZ ku..hoi !! buta ke tak nampak ada motor kat situ ?! aku pun mengalah slow down speed bagi dia lalu..dan dia terus masuk simpang ke kiri..tak ada signal jugak! kereta baru, cantik lampu signal rosak ke? ke otak yg rosak?

Aku sempat toleh..adui..drebarnya pak haji pakai kopiah tebal bersama famili bahagia rupanya..pakcik, kalau pakcik baca post ni, kopiah yg tebal tu belum tentu jadi pengukur kealiman kalau kurang hajor dan biadap dengan orang lain!

Dalam kebanyakan kes kemalangan jalanraya memang motor paling banyak..sebab adanya manusia-manusia macam ni yg kurang ajar atas jalan..selain mat rempit lah..

And sorry to say..pemandu di Terengganu yg paling teruk! tak ada budi bahasa..selama dua tahun lebih kat sini dah macam-macam perangai pemandu aku tengok..dan aku alaminya sendiri masa aku drive..tempat lain ok je..

Jadi, ubah lah sikap kita ketika berada di atas jalan raya..bertimbang rasa dan fikirkan orang lain juga..buang lah sikap pentingkan diri sendiri tu..tak pepasal jadi pembunuh pulak nanti..semua orang bayar cukai jalan pe..jangan buat jalan tu macam bapak kita yang punya (macam kes kat atas)..

Lebih banyak nyawa dapat diselamatkan jika kita lebih bertimbang rasa dan berhati-hati di jalan raya..dan lebih ramai anak-anak dapat merasai kasih sayang bapanya..

Malaysia vs Indonesia in real life


Ok tahniah kpd skuad bola sepak Malaysia aka Harimau Muda kerana berjaya mempertahankan pingat emas Sukan Sea..dan yg paling penting kita menundukkan tuan rumah Indonesia yg memusuhi ketat kita..

\\ OK kat atas tu ayat opening yg sangat cliche dan skema //

ngee~
:: Memang malam ni nak tulis ayat skema-skema je ::

Walaupun sempat tengok masa extra time dan penalti je sebab ada kelas,, tp jantung tetap rasa nak tercabut..cuba menenangkan diri dgn mengurut-urut janggut sejemput..haha

our heroes
Yang penting kita menang depan lebih 100,000 penyokong fana[sarcas]tic indon..yeehooo!! ok tak nak cerita lebih-lebih pasal ni..rasanya korang lebih tahu..yang penting (lagi) TAHNIAH MALAYSIA !!!

Apa yg aku nak bawak kepada korang ni adalah sesuatu yg menjangkaui semua ni..bukan pertembungan di atas padang 120m x 90m..masa permainan bukan 90 minit dan bukan dibezakan dengan terjahan bola ke jaring..dan pemenang tidak ditentukan menerusi sepakan penalti..ia sesuatu yang tak dapat dilihat dan dinilai dengan mata kasar..yang mungkin kita terlepas pandang..

Lihat dua situasi berbeza - di Malaysia dan di Indonesia..walaupun belakangnya sama ada -sia jugak, tp situasi di dua negara ini sgt berbeza..

Banyak pengajaran yg boleh kita dapat daripada kemenangan ni sebenarnya..tp tak nak lah list kat sini panjang berkela..pepandailah korang extract ok? tp nak tulis gak sikit - hope, courage, determination, patient, strength and pray...hihi

Berdasarkan pemerhatian sepanjang temasya Sukan Sea (sahaja!) di Indonesia, Malaysia menerima:
- provokasi melampau rakyat indon
- ejekan, cacian, maki hamun, hinaan, herdikan 
- Jalur Gemilang dibakar
- lagu Negaraku tidak dihormati (mereka bersorak sorai semacam orang tak waras)
- petugas media dilayan buruk
- petugas sana bertindak ala samseng jalanan
- korupsi kelihatan sgt dahsyat (atlit teng-teng dan kejar-kejar mereka menang emas pencak silat..hihi)
- bermacam lagi halangan dan cabaran yg dihadapi (korang g bacalah sendiri artikel)

Bandingkan di Malaysia, rakyat Indonesia menerima:
- provokasi?
- ejekan, cacian, maki hamun, hinaan, herdikan?
- bendera Indonesia dibakar?

- rakyat Malaysia memberi layanan buruk kpd indon ? eh siap bagi duit lagi tu setiap bulan..
- rakyat Malaysia bertindak ala samseng kpd indon ? eh penjara Malaysia semakin dipenuhi PATI lah..

Tu baru sikit..banyak lagi contoh..kalau rajin korang perhatilah sendiri gelagat manusia ni..satu lagi contoh - SINETRON di mana-mana saja ! cuti sem hari tu aku balik rumah bila on tv je sinetron..on tv je sinetran..on lagi sinetron lg..tukar chanel pulak..aik? sinetron jugak?? 

Gemuk lah rakyat sinetron kat sini oii...semua makan minum, duit, malah sinetron juga di'supply' kat dorang..belum lagi kisah lagu-lagu seberang yg memenuhi ruang udara Malaysia...confirm diorang bela lemak kat sini...mereka hidup bebas tanpa sekatan di sini..walau PATI sekali pun ! hujung minggu korang pergi la mana-mana bandar besar kat Malaysia ni especially KL..mesti korang rasa macam berada kat oversea punya..

Tapi bagaimana layanan mereka kpd rakyat Malaysia di sana? dah macam perang darurat dah aku tengok..naik kereta kebal, berkurung dalam rumah..

Apa yang aku nak sampaikan adalah - KERAJAAN MALAYSIA TERLALU BAIK HATI DAN LEMBUT !

Kita bagi kesenangan kpd mereka, tapi apa yg mereka balas?? adakah mereka memberi layanan yg baik dan kesenangan kpd kita juga?? bagaimana dgn pemimpin mereka??

Ya! yang merasai semua penderitaan ini adalah rakyat! rakyat! dan rakyat! sedangkan para pemimpin kedua negara ni bersenang lenang duduk di sofa empuk dikelilingi wang berkepuk-kepuk..kata mereka "hubungan kedua negara ini perlu dijaga" ..kenapa? tentunya untuk kepentingan pihak-pihak tertentu...

Hakikatnya hanya hubungan pemimpin sahaja yg dijaga (kerana mereka berkepentingan)..sedangkan rakyatnya sudah lama melancarkan perang !! korang boleh lihat sendiri di laman-laman web dan blog-blog serta page facebook mereka..mereka sudah melancarkan perang terhadap kita! sebab tu pemain Harimau Malaya kena naik kereta perisai polis..

Tetapi apa tindakan pemimpin mereka dan pemimpin kita sendiri untuk mengatasi masalah ini?? fikir dan jawab sendiri..

Kita memanjakan rakyat asing sedangkan rakyat sendiri terpinggir dan merempat..ibarat garuda di hutan disusukan, anak harimau di rumah mati kelaparan..kenapa? semuanya kerana kegilaan wang dan kuasa..


......bersambung part II

Friday, November 18, 2011

Sentap hati mak, nak !!!

Siapa yg tak tersentuh hati melihat kesayangan dikasari dan dilukai...apetah lg bila dicalari !!!

Malam td park bawah garaj tu tengok elok je .. tp pagi tadi bila nak keluarkan tengok dia mak aih...perasan ada luka kat dada kiri dia tu..

Tuu diaa !!!




Huarrghhh!!!!

Siapa punya angkara yg membuat onar pepagi buta nih ?! Dalam tu luka !!

Semalam park sebelah kanan Honda Putih...pagi tadi Honda Putih tu dah tak ada kat situ..dan FZ aku pulak luka dicalari !! bukan nak tuduh, aku pun tak nampak..tp ni possibility yg mungkin berlaku...

Mungkin terkena balancer Honda Putih tu masa dia nak keluarkan dari garaj...tp agak-agak ler, takkan sampai mencederakan FZ ku itu...bukan sempit sangat pon tempat tu..semalam aku masuk muat je..badan aku yg besar ni pon boleh celah..takkan kau nak keluar tak boleh ??

Atau mungkin banyak lagi possibilities yg boleh berlaku..

Cacat dah nampak nye...siapa nak bertanggungjawab ni ?? 

Sesiapa yg rasa bertanggungjawab sila tampil ke depan..sebelum motor kau pulak jd mangsa..

Thursday, November 10, 2011

Manja. Seksi. Bergaya. Isteri ke-3.

Salam..

Lama tak update..

Alhamdulillah..rezeki mencurah-curah ke ladang gandum..rezeki kali ni rezeki yang jarang-jarang kita dapat dan tak semua orang mampu miliki..hanya yang bertuah dan terpilih saja yg dapat merasai...

Syukur Alhamdulillah...

Memperkenalkan girlfriend merangkap isteri angkat sy yang ke-3..

Tadaaa~

.....

....

...

..

.




Eh..silap..bukan yang ni...yg kat bawah ni...~





Haa...aduipun..tak larat abang nk tengok jah....Yamaha R6 kau kelas gittew~


*Gambar di atas adalah hiasan semata-mata




p/s - sy beli tak guna duit JPA okey~

Wednesday, November 2, 2011

Hanya bertiga...

Salam..

Sekadar short post..dah lama tak update blog..sibuk menguruskan itu dan ini..study lagi..dengan assignment yg tak putus henti sejak balik dari KePSIS..

KePSIS 2011

Alhamdulillah..KePSIS 2011 berjaya dijalankan dgn jayanya walaupun terdapat beberapa halangan dan rintangan..anggap shj itu semua sebagai dugaan untuk menguji kekentalan diri..

Persahabatan yg kian renggang

GENGMOX...dulu dan sekarang..berbeza..kalau dulu kami berenam..kemudian berlima, berempat..kini seperti cuma bertiga..mungkin berdua..atau mungkin hanya tinggal berseorangan..

Masing-masing mula membawa haluan masing-masing..nak hang out sama-sama pun dah susah..aku tak salahkan sesiapa..ini lumrah hidup..yg datang pasti akan pergi..tiada yg kekal di dunia ini hatta bersumpah sehidup semati sekalipun..takdir Allah pasti mengatasi..

Mereka ada kehidupan masing-masing bersama haluan dipilih..begitu juga dengan aku..aku harus terus berjalan ke hadapan tanpa peneman..

Mungkin sudah ditakdirkan persahabatan ini.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails