Salam...
Hai hai hai....a very short post...ok sempat lagi blogging sambil study immunology pepagi bute ditemani cahaya pelita...hehe..
Ok post ni saje nak share info...
Prof. Rochman Naim pernah cakap (rasanya setiap kali kelas dia sebut benda ni..tak pernah missed pun)..prof cakap - sistem badan kita berfungsi sebenarnya mempunyai maksud tersirat untuk diintepretasi dalam kehidupan..ia adalah
Sunnatullah *perkataan ni yg dia tak pernah missed* dalam kejadian manusia..
Sunnatullah mengajar kita untuk berkorban..
Pengorbanan..contoh yang sangat simple dan mudah difahami..
Apabila sel dalam badan dijangkiti virus, sel tersebut akan merembeskan sejenis bahan, iaitu
cytokine; lebih tepat lagi
interferon..
interferon ni bertindak melindungi sel-sel di sekelilingnya daripada dijangkiti oleh virus..
Sel yg dijangkiti tadi telah melakukan satu pengorbanan besar untuk survival sel-sel di sekelilingnya agar dapat meneruskan kehidupan..walaupun dirinya terkorban...
Moralnya, biarlah pengorbanan yg kita lakukan itu pengorbanan yg bermanfaat untuk insan lain..bukan pengorbanan yang sia-sia..dan kita dikenang atas sumbangan kepada masyarakat, agama mahupun negara..hatta diri sendiri terkorban..bukan kita dikenang kerana tindakan yg menurut hawa nafsu...
:: Pembelajaran itu sebenarnya lebih daripada sekadar apa di dalam buku teks ::