Thursday, January 5, 2012

Amalina oh Amalina!

Salam semua..

Semakin hari semakin hot cite amalina ni..sana sini ada..macam masa dia skor 17A SPM 2004 dulu...cuma kali ni cerita dan skripya berbeza...

Sebelum mulut lancang menutur nista..sebelum jari memahat dosa menghina insan di UK sana..lihat la sekeliling kita..mari kite sama2 menegur dan jaga diri, mak, kakak, isteri, anak perempuan dan adik perempuan kita..bole?

Kat Malaysia ni tak kurang yg macam tu..malah yg lebih teruk lagi pun ada..

Ada orang nak tegur? ada orang nak ambil peduli? yang dok kat UK nun jauh sana pulak yg disibuk-sibuk kan....tp macam mana pulak dgn keluarga kita? kakak kita? adik perempuan kita? isteri-isteri kita? anak perempuan kita? kawan-kawan kita? masyarakat sekeliling kita?

Tanyalah diri kita sendiri...

Dosa-dosa ahli keluarga kita ni lah yg akan kita pikul..

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :
  1. Ibunya
  2. Isterinya 
  3. Anak perempuannya
  4. Saudara perempuannya 

Menegur tiada salahnya..tapi bukan menghina..kerana kita belum tentu sempurna..

Jaga diri, hiasi peribadi.....


//jaga tutur kata | jgn mengungkap dusta dan nista//



p/s: hari ni masuk 3 lagi dos steroid..2 dos antihistamine semalam tak jalan lagi dah...adeh~ @_@

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails