OK hari ni nak share resepi. Sebab tak ada kerja nak buat masa cuti hari tu, walaupun banyak benda sebenarnya kena buat. So, I tried new recipe - Chocolate Cheese Brownies !! wee..
Dah try dah.. memang jadi ! dan memang (ouuhh....) sedap giler !!
Resepi asal dari blog
Sweet Vanilla hehe ;)
Bahan-bahan untuk
chocolate brownies layer :
200 gm marjerin/butter
200 gm dark chocolate/choc masakan
170 gm tepung gandum - diayak
30 gm serbuk koko - diayak
170 gm gula halus
4 biji telur
Bahan-bahan untuk
cheese layer :
250 gm cream cheese (preferably brand Philadelphia)
60 gm gula castor
25 ml air
1 biji telur gred A
Bahan-bahan untuk
choc ganache :
300 gm dark choc
120 ml non-dairy whipping cream
1 sudu besar marjerin/butter
Cara-cara nak buat :
1. Cairkan butter dan dark choc atas pan/bowl. Gunakan teknik 'double boiler' untuk elakkan choc tu hangus.
2. Dah cair biarkan ke tepi.
3. Beat telur dan gula sampai kembang. Gunalah mixer. Jangan lama sangat, nanti bantat pulak!
4. Bila dah kembang, stop mixer. Campak dalam sinki. Basuh.
5. Masukkan tepung + serbuk koko yang dah diayak tadi ke dalam telur kembang tadi. Sikit-sikit tau.
6. Gaul hingga sebati. Guna spatula/senduk/whisk aje. Jangan guna mixer!
7. Dah sebati, masukkan pulak dark choc + butter yang dah cair td.
8. Gaul lagi guna spatula/senduk/whisk hingga rata.
9. Sementara tu, pergi amek loyang petak (bulat pun boleh), alaskan dengan parchment paper (kertas minyak la..). Sapu dinding loyang dengan marjerin/butter.
10. Tuang adunan tadi ke dalam luyang (ohh..salah eja pulak; loyang). Tuang separuh je tau!
11. Kukus atas dapur selama 15 minit.
Sementara tu, mari buat cheese layer pulak.
1. Beat cream cheese, gula castor dan sedikit air tadi. Sampai kembang.
2. Masukkan telur.
3. Beat sekejap sampai telur hancur musnah dan rata.
Tu je la.
12. Bila choc layer tadi dah siap kukus, tuang adunan cheese kat atasnya.
13. Kukus lagi 20 minit.
14. Dah siap kukus, tuangkan pulak lebihan adunan choc tadi kat atas cheese layer.
15. Eh kukus lagi 20 minit lah!
16. Dah siap kukus, sejukkan dulu.
* Tip: Kalau tak nak buat kerja leceh, tak nak cheese layer kat tengah, boleh je buat cheese layer tu kat atas choc layer. So, 2 kali kukus je. Habis cerita.
Sementara kek tu sejuk, mari buat ganache pulak.
1. Panaskan semua bahan atas pan/bowl. Guna teknik double-boiler macam tadi. Ni la namanya choc ganache. Simple kan?
2. Dah cair, tuang dan ratakan atas kek brownies.
3. Kemaskan la ikut suka.
* Tip: Sejukkan choc ganache tu kejap sebelum tuang atas kek untuk hasil yang lebih membanggakan! hehe ;p
Last sekali, sejukkan Chocolate Cheese Brownies tu dalam chiller!
Dah siap! Macam ni lah lebih kurang rupa bentuk nye..
Kandungan Nutrisi (1 slice; 1/10 kek):
Kalori : 772 kcal
Karbohidrat : 56 g
Protein : 10 g
Lemak : 52 g
p/s: Err....kalau makan 1 slice je pun dah boleh penuh kuota kalori untuk lunch + aftenoon tea. Huhu..