Friday, December 10, 2010

C-Mile @ Smile?

Salam...

Pernah tak sesiapa dengar atau terbaca tentang C-MILE (sebut "see-mile")?? bunyinya macam SMILE..tp maksudnya berbeza..C-MILE membawa maksud "Cycle More In Life"..haa..tu dia..sambil kayuh kita smile..hee~ dan atas dasar C-MILE ni lah sy mengambil keputusan utk meminang buah hati sy..

Ni lah dia buah hati terbaru sy.....


Sejak-dua-menjak ni hati semakin terpaut pd basikal..walaupun sy dah mula naik basikal sejak umur 4 tahun tanpa bantuan roda tambahan (ala 2 roda kecik yg kat belakang tu..)!!! hebat tak? haha...dan mungkin sebab dulu sy naik basikal ke hulu ke hilir, badan sy fit..tak gemok mcm sekarang ni..!!! (sebenarnya tak lah gemok sgt) ni lah akibatnya bila dah berhenti mengayuh...haih..

Lupa pulak nak kenalkan buah hati sy ni..nama dia Volcano (berapi-api gitu..) warna merah lg..haha...sy beli dia kat Taman Universiti, Skudai dgn harga RMxxx0.00..hehe..tak boleh sebut harga di sini..kang datang riak pulak! ish..ish..ish...

Basikal ni 'fixed-bike'..spoket mati..maknanya, dia akan bergerak bila dikayuh, dan berhenti bila tak dikayuh..tak macam basikal biasa yg ada lajak - tetap berjalan walaupun tak dikayuh..so, bila naik basikal ni pastikan sentiasa dikayuh...haih...penat la macam ni..!!! tp tak apa...ini utk melatih kekuatan kaki (betis dan peha) dan utk membina stamina....kayuh selagi boleh!

Antara kelebihan mengayuh basikal:
- mengurangkan kesesakan lalu lintas (boleh cilok-cilok)
- tak payah guna petrol, diesel atau gasolin..(kecuali minyak pelincir beberapa titik)
- membina tubuh badan yg sihat (ada ke korang berpeluh bila naik motor atau kereta?)
- mengurangkan pencemaran udara (tak pernah lg tgk basikal berasap)
- jimat kos (tak payah nak servis dan beli petrol)
- cepat sampai ke destinasi (bila berlumba dgn kereta yg tersangkut dlm jem)

Jadi tuggu apa lagi? dapatkan basikal di kedai-kedai berhampiran anda..dan mulalah mengayuh utk kehidupan yg lebih sihat dan ceria.. =)

2 comments:

cT_nuRizZaTi said...

i like~~sbb wrne merah....hehehe~~=P

emynur said...

u ske merah ke?
garang nye u...hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails