Thursday, December 30, 2010

Disebalik kemenangan Malaysia

Salam kemenangan...

Tahniah buat skuad bola sepak Malaysia yg menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 lepas kalahkan Indonesia dgn agregat 4-2..tahniah! kemenangan ini secara langsung membuktikan bola sepak negara memasuki era baru..dengan wajah-wajah baru yg diberi peluang utk menggalas amanah negara..


Walaupun tewas 1-2 pd final kedua, tp dah cukup utk mengesahkan Malaysia selaku juara baru kejohanan..tp skuad indonesia juga harus diberi pujian krn telah menunjukkan kesungguhan dan semangat tinggi utk memenangi perlawanan sehingga wisel penamat dibunyikan..walaupun jaringan safee sali pd minit ke 57 seharusnya melenyapkan harapan mereka..ini semangat yg harus dicontohi oleh atlit malaysia..

Tak perlu lah sy nak membahaskan tentang sikap penyokong indonesia..korang pun dah tahu kan..dari isu laser, bomoh, kain rentang menghina, 'layanan mesra', kereta kebal dan macam-macam lg..kita memang tak mampu mengubah diorang..doa je lah supaya hati diorang ni dilembutkan..tp ada sesuatu yg perlu kita ambil contoh daripada mereka..sokongan mereka..mereka tetap memberi sokongan padu kpd skuad indonesia walaupun mereka berdepan misi mustahil memburu 4 gol..tengok stadium penuh! dan penonton tak berganjak sampai tamat game..ni yg perlu kita contohi..

Namun, disebalik kejayaan Malaysia, ada sesuatu yg harus diambil perhatian..kejayaan ini adalah 100% milik malaysia..lihat sahaja dr jurulatih, para pegawai dan pemain-pemain, semuanya merupakan anak watan, anak jati malaysia..ini membuktikan bahawa malaysia juga mempunyai pakar-pakar yg hebat tanpa kelibat org luar..jgn hanya melihat kemampuan dan kebolehan org luar dan import tanpa meneliti terlebih dahulu kemampuan sendiri..lihat dahulu kemampuan anak tempatan! kita telah buktikannya..


Berbanding indonesia, mereka dilatih oleh jurulatih import daripada Australia..malah pemain mereka juga ada yg 'diimport' seperti Gonzalez, walaupun telah diberi kerakyatan indonesia..hakikatnya mereka tetap mengharapkan orang luar..

Pemain-pemain malaysia juga rata-rata dibarisi oleh pemain muda yg mempunyai masa depan yg cerah..malah pemain pertahanan juga baru berusia 21 tahun, termasuk fadhli shas yg berusia 19 tahun..kemampuan mereka menyekat asakan lawan menunjukkan kematangan mereka dalam kengawal benteng malaysia daripada ditembusi lawan..walaupun muslim ahmad membuat kesilapan besar pd minit dgn menanduk bola ke gawang sendiri tatkala khairul fahmi sudah merebahkan badan ke sebelah kanan utk menyelamatkan bola, kesilapan yg tidak disengajakan itu harus diberi kemafaan melihat kpd banyak percubaan bahaya lawan yg berjaya dipatahkan..


Tiba-tiba jugak fenomena tsufahmi melanda..penjaga gol kebangsaan, khairul fahmi che mat, 21, yg cemerlang menyelamatkan penalti dan deretan cubaan berbahaya lawan telah menjadi kegilaan gadis-gadis di malaysia dan di indon jugak! aiiyyaaa...kesian awek beliau...memang tak dinafikan apex adalah hero..kebal gila mamat ni..walaupun rendah sikit..hehe..paling suka tengok bila bola tu melekat kat tangan dia..tengok cara dia main nampak yg dia ni memang confident..syabas bhaiya...

Tapi sikap para penyokong malaysia yg tak berapa nak puas hati..bila menang, kita angkat diorang seperti raja..bersorak gembira seolah-olah mereka lah penyokong setia..tapi bila kalah, kita 'boo' diorang..apa ni? tak kiralah sukan bola sepak ke, badminton ke, sama je..ni bukan semangat kesukanan yg kita nak..ni menunjukkan yg kita ni penyokong yg hanya menumpang kemenangan..sepatutnya kita sokong atlit yg membawa nama malaysia ni tak kiralah saat diorang di bawah atau di atas..tak pun, sokonglah berpada-pada..bersederhana adalah lebih baik..

Memang adat pertandingan, ada yg menang dan ada yg kalah..tapi yg kalah tak akan senantiasa dibelasah, dan yg menang takkan sentiasa menikmati kejayaan..perlu menerima apa jua keputusan dgn tangan dan hati terbuka..tak perlu menuding jari ke pihak lain jika kelemahan datang dari kita sendiri!

Ada sesiapa tahu kenapa Malaysia tak pakai jersi home (kuning) masa main kat Bukit Jalil? adakah pasal tuah??

2 comments:

::ecam:: said...

sengal punye otromen...

Just.A.Blogger said...

agak ar...ultraman negara mana tu...
ye la...bole jd selebriti fahmi tu..hihi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails