Tuesday, January 4, 2011

Tamat Rayyan Fantasi


Salam kedamaian..

Sy baru habis katam Rayyan Fantasi ni ha..ni novel paling cepat sy habiskan..tak sampai 2 hari pun dah habis baca..kerana dorongan nafsu yg tak dapat dikawal..

Ada part dlm cerita ni yg sgt sedih n menyentuh hati..sampai nangis-nangis ni baca aaa..sedih gila..tersentuh naluri dan jiwa kelakian ku ini..aauuww...haha..ada jugak part yg membuatkan sy tetiba jd geram dan marah...tak pasal-pasal org lain yg kena tempiasnya..hmm..mungkin kerana terlalu menghayati cerita ni...sorry ye kpd yg terkena tu...bukan salah sy, salah novel ni...sape suruh buat sy marah....

Tapi yg bagusnya novel ni menyampaikan mesej kedamainan dalam dunia hari ni yg sibuk berperang..mesej disulam dan digarap dlm sebuah cerita dgn baik utk meninggalkan kesan pd emosi dan psikologi pembaca..(tetiba ayat pun dah serupa ayat novel)..

Yg tak puas hatinya ending cerita ni yg tak best..tp best jugak sebenarnye..nak cakap mcm mana ek? kira tak puas la dgn ending ni...sy harap ending dia jadi lebih baik..boleh tak kalau mintak abg Ramlee tukar ending dia kasi best sikit?? hehee..

Lepas ni tunggu Sutera Bidadari pulak..sambungan Cinta Sufi...menanti dalam kesabaran...

p/s: sebenarnya nak tulis short post je..tp tak tau mcm mana boleh jd panjang pulak!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails