Sunday, October 16, 2011

Hell's Kitchen (episode 4)



Today's menu theme - Chicken Main Courses, Vegetables and Starch..

Western Dishes


Spaghetti Bolognese served with Chicken Sauce made from Demi-glace, Cheddar and Parmesan cheese




Chicken Chop served with Mushroom Sauce made from Demi-glace, Baked Jacketted Potato with Sour Sauce and Al-dente Sauteed Vegetables



Poached Chicken Breast served with Garlic Sauce, William Potatoes and Ratatouille


Eastern Dishes


Capitan Chicken Curry served with White Rice and Stir-Fried Vegetables



Nasi Lemak Kukus served with Ayam Masak Merah, Acar Rampai and Fried Nuts and Anchovies



p/s - dah boleh bukak kafe lah mcm ni..gulingkan pak man..haha

Wednesday, October 12, 2011

Kenapa kita gagal ke taraf dunia?

Bukti telah menunjukkan ... kemudahan infrastruktur bertaraf dunia tidak menjamin terhasilnya modal insan bertaraf dunia seterusnya mencipta kejayaan di peringkat dunia ... contohnya : Iraq boleh menang johan piala asia dulu walaupun negara tengah berperang masa tu dan mereka tiada padang pun nak berlatih tiada stadiumpun nak buat friendly match !!

Mengadakan kemudahan bertaraf dunia ni sebenarnya adalah gimik "kemajuan" untuk memberikan kontrak dan tender kepada kontraktor tertentu seterusnya mengkayakan golongan tertentu seterusnya melebarkan jurang simiskin dan si kaya menggunakan wang pembayar cukai ...

Kita bina masjid berpuluh juta harga ... setengah tempat selang 3 minit ada lagi masjid baru ... besar dan gah ... merata2 seluruh Malaysia ... tapi masjid tu tak pernah penuh even solat jumaat ... subuh jauhhhh sekali ... dan kes jenayah semakin meningkat ... anak2 muda buang anak ... sebab PEMBANGUNAN FIZIKAL DAN INFRASTRUKTUR TIADA KAITAN DENGAN PEMBANGUNAN INSAN ... it's just to give project or kontractor to make them / certain people become rich ...

sedangkan ada ramaiiiii lagi orang di m'sia ni nak makan pun susah ... ada student nak beli kasut pun tak boleh ...merempit dadah semua meningkat ... orang tua tak solat bercerai berai pada usia senja dan macam2 lah masalah umat ... KENAPA ???

untuk membina modal insan bertaraf dunia ... perkara pertama : Bina dalaman, spiritual, motivasi, semangat, kerohanian, ingat Tuhan, kerja kuat, rajin, jangan mengeluh, hormat orang, sayang ibubapa, solat janan tingal ... dan apakah semua tu??? Semua tu namanya PEMBANGUNAN KEROHANIAN ... howw ??? Pikirrrrlahhh sendiri ... bila modal insan dah sedia secara perlahan kita bina infrastruktur tu ... but still it's not that important ...

macam kita nak lahirkan pelumba F1 bertaraf dunia ... pertama sekali kena ajar berani, ajar mathematics, ajar english, ajar yakin tru solat, ajar patuh tru solat, ajar tanggungjawab tru solat, ajar susah tru puasa , ajar teamwork tru gotong royong, ajar korban tru zakat dan dll ... semuanya dari kecikkkkk lagi .. bila dia membesar kualiti dalaman diri dan penguasaan ilmu dia mantap ...

then bila dia cukup umur ambik lesen ajar dia drive kereta, hantar masuk F1 academy ... ajar teknologi ... ajar sukan tu dll ... hantar training and enter domestic competion ... further region competion and so on and on and on ...

then bila dia menang peringkat antarabangsa maka ramai anak muda akan buat dia jadi idola .. kita educate pelapis guna acuan yang sama .. bila bilangan driver dah ramai dan rakyat tahu apa tu sukan F1 ... kita bina litar di malaysia ... kita bangunkan akademi .. barulaaaaaaa betollllllll !!!

you just imagine ... kita bina infrastruktur berpuluh2 juta .. bertaraf dunia tapi rakyat kita sampah masih buang merata-rata, berakpun tak flush kat public toilet, chewing gam lepas makan buang merata-rata, orang muda berebut2 dengan orang tua naik public transport ... adehhhhhh ... we are far beyond of producing world class human capital ... BACK TO BASIC ... WE MUST REFORM OUR EDUCATION SYSTEM !!

* di'copy-paste' dr blog YM Raja Shamri *

100% setuju dgn isi tulisan abg raja..tak perlu ulas lebih panjang lg..

ANUGERAH DEKAN




Alhamdulillah...ini Anugerah Dekan ke-4 berturut-turut bg sy..semoga pencapaian ni berterusan dan bertambah baik lg..




Terima kasih kpd semua yg menyokong dan memebri semangat...mak, ayah, gengmox, lecturers, kawan-kawan sekelas, dan semua sekali yg mendoakan kejayaan sy..hanya Allah shj yg dpt membalas budi kalian...

Sebenarnya ada cerita sedih disebalik sijil ni...tapi takpe lah, tak nak cerita kat sini...

Thursday, October 6, 2011

I think I'm in LOVE

Salam readers..

Bismillahirrahmanirrahim...

Sy rasa kini dah tiba masanya utk sy buka hati pd yg lain..lupakan kisah yg dah lama berlalu..hidup mesti realistik..

Sejak masuk kelas food preparation principle ni, sy rasa sy dah jatuh cinta..jatuh cinta dgn dunia masakan..ahh..adakah ini benar? sekarang ni setiap hari pun rasa nak pegang pisau je..setiap minggu tak sabar nak tunggu hari sabtu masuk dapur..hehe..

Sekarang rasa macam nak tukar profesion je..dari dietitian jadi chef..ok tak? tak jauh sgt kan lari..mcm best je jadi chef..hehe




I really inspired by this person..Gordon Ramsay..world's #1 celebrity chef..siapa tak kenal Ramsay? mulut boleh kata macam puaka jugak..haha..but he's a good critic and a good learner as well..walaupun selalu maki maki orang, tp dia tak sombong dan tak marah kalau orang cakap dia bodoh atas perkara yg dia tak tahu..and he has willing to learn what ever thing he don't know..

Dia boleh belajar dari orang lain dan mengaku kehebatan orang lain..ada sesetengah orang bila dah kat atas, dah femes mula lah berlagak dan tak nak belajar sebab dah anggap diri dah expert dan tak perlu tunjuk ajar orang lain.. *selalu terjadi pd so-called artis-artis kita*



Dalam hidup kita pun macam tu jugak..kalau kita rasa kita hebat, ada orang lebih hebat..tak perlu jalan hidung ke atas dada ke depan..ilmu yg Allah turunkan ni tak ternilai luas dan banyaknya..yg kita ada hanya secebis je..cebisan yg selebihnya ada pd orang lain..jd kalau nak kumpul cebisan-cebisan yg lain tu kenalah selalu bertanya dan rajin-rajinlah mencari..jangan la sombong..

*Semakin ke bawah, semakin jauh.......dari tajuk..hehe*


Jamie Oliver..pun ok gak..suka style dia masak..simple, but yet mcm sedap je tengok..hehe

Ok menu minggu ni nasi minyak with beef kurma dan sirloin steak with black pepper sauce..emm...tak sabar nih nak asah pisau...haha..tp Hell Kitchen minggu ni mesti la lajak sampai balik lewat petang...aduii..longgar kaki nak berdiri 9 jam..tak tahan dek oii.....

Tuesday, October 4, 2011

Orang atas semakin gila

Salam readers...

Sebenarnya sy malas nak berbunyi pasal perkara ni...tp rasanya macam dah melampau dah...pasal duit ni perkara sensetif..

Baru-baru ni pihak asrama naikkan notis 'pengharaman' beberapa perkara di kolej asrama..antaranya tak boleh sidai baju di koridor, pakaian akan dirampas dan denda RM30/helai..apa rasionalnya semua ni? kalau sehelai dah 30 ringgit, 10 helai berapa?

Kenapa RM30? jumlah yg terlalu besar bg seorang pelajar..hanya kerana sehelai baju..

Someone please tell me...apa rasionalnya tindakan ni? kenapa denda RM30?

Kalau yg duduk tingkat 4 tu nak sidai sehelai baju pun kena turun bawah ke? ramai dah kena rampas pakaian..eh siap bagi surat saman pulak tu..haha..lawak lah..

Lepas ni pakat ramai-ramai sidai seluar dalam sepanjang koridor..lagi cantik kalau berwarna-warni..mungkin boleh masuk dalam suratkhabar "Disaman kerana seluar dalam"..

Kalau asrama ni sempurna atau paling tidak pun selesa dan selamat untuk penghuninya, tak berkira sangat lah nak 'invest beratus-ratus' untuk tujuan tu...tp malangnya asrama ni sendiri masih belum cukup sempurna dan selamat untuk didiami..eh, ada hati nak saman orang pulak tu...

Dengan lantai yg super duper licin nak mampus! Seluruh badan ni dah berkali-kali lebam-lebam, bengkak sana sini berbalut akibat jatuh kerana lantai yg terlalu licin..

Bukan je lantai licin, bucu tangga yg sangat tajam pasti menghadirkan mimpi ngeri setiap orang yg melaluinya..terutama ketika musim tengkujuh dan waktu hujan lebat...sekali lagi tubuh ini menjadi saksi peristiwa berdarah di tangga itu..

Rakan sy pernah patah jari kaki terjatuh atas lantai yg super duper licin nak mampus ni...dan berapa ramai lg yg dah jadi mangsa lantai super duper licin nak mampus ni...sy yakin ramai dah jd mangsa..tp apa tindakan pihak asrama? selama 4 semester (2 tahun) di sini isu ni dah kerap kali dibawa ke pihak atasan..tp mereka seakan buta dan tuli...mungkin nak tunggu ada yang mati baru nak ambil tindakan..2 tahun tanpa sebarang tindakan!! notis denda pulak yg naik...aik? apa dah jadi ni?

Ini mungkin tindakan bijak pihak asrama mengatasi isu ini..kutip duit daripada denda yg sidai baju tu untuk bikin lantai baru..sekali lagi, duit pelajar...ohh...sgt memalukan..mengemis duit pelajar..oh kejap! betul ke duit denda tu nak buat lantai baru yg lebih selamat? atau ke mana duit tu disalurkan?

Hak pelajar masih belum ditunaikan..tp mereka sudah mula menindas..banyak lagi masalah yg masih belum selesai...keperluan masih belum lengkap dan sempurna tp duit terus pelajar diperas..

Pihak bertanggungjawab mesti bertindak! tak perlu sy senaraikan pihak tu..anda tahu tugas anda..setakat ni, ni je yg sy nak keluarkan daripada bakul masalah untuk diberi perhatian..koleksi masalah lain tu, nanti lah dulu ye...

Tazkirah: Respect..


Salam readers...

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ni nak cakap pasal hormat-menghormati..sebab ada peristiwa yg berlaku sejak kebelakangan ni yg membuatkan diri ni tak berapa nak tenang...

Apa tu hormat?

Definisi hormat - mempunyai pandangan yang tinggi terhadap seseorang dengan memberikan layanan yang penuh sopan, khidmat, takzim..

Cuba korang bayangkan dunia tanpa hormat apa akan jadi? tentu porak peranda kan? sekarang pun dah memang porak peranda..

Tp apa yg sy nak tekankan tentang hormat ni ialah kita sebenarnya tak perlu pun meminta penghormatan daripada orang lain untuk diri sendiri...tak perlu kata "please give some respect to me.." atau "tolonglah..hormat saya sikit.." 

Itu menunjukkan yang anda sedang terdesak untuk mencari kedudukan dalam kumpulan masyarakat tu ketika respect itu tidak selayaknya diletakkan di bahu anda...

Anda akan menerima penghormatan berdasarkan apa yang anda lakukan dan komitmen anda..orang di sekitar anda akan menilai..dan jika selayaknya hormat itu diberikan kpd anda, ia akan diletakkan di tempat yg sepatutnya..itu adil...

Tak perlu mencari dan mengemis hormat daripada orang lain sekiranya diri anda tidak berkelakuan seperti orang yang layak dihormati..itu sangat memalukan dan zalim...

Bagaimana anda boleh meminta hormat daripada orang lain sedangkan anda sendiri tidak tahu bagaimana hendak menghargai dan menghormati orang lain dan hak-hak mereka? masuk ke rumah orang tanpa salam dan berlagak seperti tuan rumah..kemudian meminta untuk dihormati..adakah orang seperti ini layak diberi rasa hormat?

Jika pangkat membuatkan anda layak dihormati tetapi kelakuan anda tidak mencerminkan pangkat yg disandang, hormat itu selayaknya diletak di bawak tapak kaki..dan tolong jangan menagih hormat...sekali lagi, ia amat memalukan dan zalim...

Tetapi sy setuju jika hormat itu disarankan oleh pihak ketiga untuk menasihati seseorang..contohnya seorang rakan menasihati rakannya supaya menghormati orang yang lebih tua..kerana itu adalah mulia..

Konklusinya: beri hormat kepada orang yang layak dihormati...jika ingin rasa dihormati, pastikan diri anda menghormati yg lain dahulu..segalanya bermula dari diri sendiri...homat itu perlu ikhlas dari hati, tak perlu dipaksa..

Believe it or not! - rasa hormat semakin berkurang jika berhadapan dgn orang yg meminta dirinya dihormati...tetapi akan lebih menghormati orang yg tidak pernah minta utk dihormati, tetapi tahu bagaimana untuk dirinya dihormati...

Tazkirah untuk diri sendiri, rakan-rakan dan sesiapa yg membaca...


p/s: syawal dah habis, tapi header masih lg edisi khas merdeka aidilfitri...huhh~ belum sempat nak tukar..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails