Salam readers...
Bismillahirrahmanirrahim...
Hari ni nak cakap pasal hormat-menghormati..sebab ada peristiwa yg berlaku sejak kebelakangan ni yg membuatkan diri ni tak berapa nak tenang...
Apa tu hormat?
Definisi hormat - mempunyai pandangan yang tinggi terhadap seseorang dengan memberikan layanan yang penuh sopan, khidmat, takzim..
Cuba korang bayangkan dunia tanpa hormat apa akan jadi? tentu porak peranda kan? sekarang pun dah memang porak peranda..
Tp apa yg sy nak tekankan tentang hormat ni ialah kita sebenarnya tak perlu pun meminta penghormatan daripada orang lain untuk diri sendiri...tak perlu kata "please give some respect to me.." atau "tolonglah..hormat saya sikit.."
Itu menunjukkan yang anda sedang terdesak untuk mencari kedudukan dalam kumpulan masyarakat tu ketika respect itu tidak selayaknya diletakkan di bahu anda...
Anda akan menerima penghormatan berdasarkan apa yang anda lakukan dan komitmen anda..orang di sekitar anda akan menilai..dan jika selayaknya hormat itu diberikan kpd anda, ia akan diletakkan di tempat yg sepatutnya..itu adil...
Tak perlu mencari dan mengemis hormat daripada orang lain sekiranya diri anda tidak berkelakuan seperti orang yang layak dihormati..itu sangat memalukan dan zalim...
Bagaimana anda boleh meminta hormat daripada orang lain sedangkan anda sendiri tidak tahu bagaimana hendak menghargai dan menghormati orang lain dan hak-hak mereka? masuk ke rumah orang tanpa salam dan berlagak seperti tuan rumah..kemudian meminta untuk dihormati..adakah orang seperti ini layak diberi rasa hormat?
Jika pangkat membuatkan anda layak dihormati tetapi kelakuan anda tidak mencerminkan pangkat yg disandang, hormat itu selayaknya diletak di bawak tapak kaki..dan tolong jangan menagih hormat...sekali lagi, ia amat memalukan dan zalim...
Tetapi sy setuju jika hormat itu disarankan oleh pihak ketiga untuk menasihati seseorang..contohnya seorang rakan menasihati rakannya supaya menghormati orang yang lebih tua..kerana itu adalah mulia..
Konklusinya: beri hormat kepada orang yang layak dihormati...jika ingin rasa dihormati, pastikan diri anda menghormati yg lain dahulu..segalanya bermula dari diri sendiri...homat itu perlu ikhlas dari hati, tak perlu dipaksa..
Believe it or not! - rasa hormat semakin berkurang jika berhadapan dgn orang yg meminta dirinya dihormati...tetapi akan lebih menghormati orang yg tidak pernah minta utk dihormati, tetapi tahu bagaimana untuk dirinya dihormati...
Tazkirah untuk diri sendiri, rakan-rakan dan sesiapa yg membaca...
p/s: syawal dah habis, tapi header masih lg edisi khas merdeka aidilfitri...huhh~ belum sempat nak tukar..
No comments:
Post a Comment