Tuesday, October 4, 2011

Orang atas semakin gila

Salam readers...

Sebenarnya sy malas nak berbunyi pasal perkara ni...tp rasanya macam dah melampau dah...pasal duit ni perkara sensetif..

Baru-baru ni pihak asrama naikkan notis 'pengharaman' beberapa perkara di kolej asrama..antaranya tak boleh sidai baju di koridor, pakaian akan dirampas dan denda RM30/helai..apa rasionalnya semua ni? kalau sehelai dah 30 ringgit, 10 helai berapa?

Kenapa RM30? jumlah yg terlalu besar bg seorang pelajar..hanya kerana sehelai baju..

Someone please tell me...apa rasionalnya tindakan ni? kenapa denda RM30?

Kalau yg duduk tingkat 4 tu nak sidai sehelai baju pun kena turun bawah ke? ramai dah kena rampas pakaian..eh siap bagi surat saman pulak tu..haha..lawak lah..

Lepas ni pakat ramai-ramai sidai seluar dalam sepanjang koridor..lagi cantik kalau berwarna-warni..mungkin boleh masuk dalam suratkhabar "Disaman kerana seluar dalam"..

Kalau asrama ni sempurna atau paling tidak pun selesa dan selamat untuk penghuninya, tak berkira sangat lah nak 'invest beratus-ratus' untuk tujuan tu...tp malangnya asrama ni sendiri masih belum cukup sempurna dan selamat untuk didiami..eh, ada hati nak saman orang pulak tu...

Dengan lantai yg super duper licin nak mampus! Seluruh badan ni dah berkali-kali lebam-lebam, bengkak sana sini berbalut akibat jatuh kerana lantai yg terlalu licin..

Bukan je lantai licin, bucu tangga yg sangat tajam pasti menghadirkan mimpi ngeri setiap orang yg melaluinya..terutama ketika musim tengkujuh dan waktu hujan lebat...sekali lagi tubuh ini menjadi saksi peristiwa berdarah di tangga itu..

Rakan sy pernah patah jari kaki terjatuh atas lantai yg super duper licin nak mampus ni...dan berapa ramai lg yg dah jadi mangsa lantai super duper licin nak mampus ni...sy yakin ramai dah jd mangsa..tp apa tindakan pihak asrama? selama 4 semester (2 tahun) di sini isu ni dah kerap kali dibawa ke pihak atasan..tp mereka seakan buta dan tuli...mungkin nak tunggu ada yang mati baru nak ambil tindakan..2 tahun tanpa sebarang tindakan!! notis denda pulak yg naik...aik? apa dah jadi ni?

Ini mungkin tindakan bijak pihak asrama mengatasi isu ini..kutip duit daripada denda yg sidai baju tu untuk bikin lantai baru..sekali lagi, duit pelajar...ohh...sgt memalukan..mengemis duit pelajar..oh kejap! betul ke duit denda tu nak buat lantai baru yg lebih selamat? atau ke mana duit tu disalurkan?

Hak pelajar masih belum ditunaikan..tp mereka sudah mula menindas..banyak lagi masalah yg masih belum selesai...keperluan masih belum lengkap dan sempurna tp duit terus pelajar diperas..

Pihak bertanggungjawab mesti bertindak! tak perlu sy senaraikan pihak tu..anda tahu tugas anda..setakat ni, ni je yg sy nak keluarkan daripada bakul masalah untuk diberi perhatian..koleksi masalah lain tu, nanti lah dulu ye...

1 comment:

Anonymous said...

lantai licin! 200% setuju! aku salah sorg mangsa lantai tuh! bukan skali dua, berkali2. tak pasai2 kne tukar baju. ish2. hmmm, pihak asrama amik banyak2 duit, duit pergi ke mana ye? nak kata nak besarkan asrama tu, mustahil sbb dah mmg konpem2 takde ruang. jadinya...ke mana ye? agak tidak rasional di situ.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails