Ramadhan datang lagi.
Alhamdulillah.
Masih diberi peluang untuk bertemu Ramadhan pada tahun ini. Syukur sangat ya Allah.
Rasa excited nak celebrate Ramadhan kali ni. Lebih excited daripada tahun-tahun lepas. Rasa lebih bersemangat.
Mungkinkah ini Ramadhan terakhir?
Wallahua'lam.
So, Ramadhan tahun ni di Johor. Tahun lepas separuh di Terengganu, separuh di Johor. Rasa rindu berpuasa kat Terengganu. Suasananya berbeza. Mungkin sebab rutin di sana juga berbeza.
Ramadhan tahun lepas jugak banyak ponteng terawih sebab duduk dalam lab malam-malam buta siapkan thesis. Buka puasa pun dalam lab. Huhu. Malunya. Sekarang, rindu solat terawih kat Masjid Al-Muktafi Billah Shah tu.
Puasa kat Johor pun best jugak. Hehe.
Semoga Ramadhan kali ini lebih berkat. Semoga Allah redha dan kurniakan pahala berganda.
Jadi, mulakan Ramadhan kali ini dan seterusnya dengan memohon keampunan dan kemaafan daripada Allah, ibu bapa, keluarga, saudara, sahabat-sahabat, jiran-jiran.
Kerana, 4 sebab terhalangnya pengampunan daripada Allah adalah mereka yang:
1. Meminum arak
2. Menderhakai ibu bapanya
3. Memutuskan silaturrahim
4. Berdendam dan bermusuh dengan orang lain
Berbuat baik sesama manusia. Jauhkan prasangka. Singkirkan hasad dengki. Sucikan hati. Jaga lidah. Jaga mulut.
Selamat menyambut Ramadhan.
Selamat beribadah.
1 comment:
selamat berpuasa!
semoga ramadhan kali ni bawa berkat berganda utk kite semua..aminn..
Post a Comment