Monday, February 28, 2011

Happy Birthday to Me

Happy Birthday to me...

Post tentang hati lagi..(walaupun dah banyak kali janji tak post lagi tentang hati)..tp tak kesah lah..blog sy..biar orang kata kita perasan dan bodoh daripada org kata kita ni pandai tapi sebenarnya kosong..habuk pun tadak..

Alhamdulillah..genap sudah usia ku 21 tahun..tanggal 27 Februari 2011..syukur pada Allah yg memberi kesempatan lagi untuk meneruskan kehidupan di dunia ni..

Ramai yg mengucapkan happy birthday, selamat hari lahir dgn diiringi ucapan klise semoga panjang umur, murah rezeki, dah tua dah kau, bila nak kawin, dan banyak lagi ah..

Tapi ucapan yg diterima tahun ni taklah sebanyak tahun-tahun sebelum ni..boleh dibilang dgn jari je..adakah ni bermaksud sy dah kehilangan ramai kawan? atau mereka dah tak ingat sy lagi? tapi kpd yg wish tu, termia kasih banyak sy ucapkan..masih ada yg ingat..

Tahun ni mak sy jadi orang pertama wish happy birthday..tahun sebelum ni mostly kawan-kawan yg jd org pertama wish tepat 12 tgh malam..mak akan wish pada pagi 27 tu (sebab sy lahir pukul 7.54 pagi)..tp tahun tak tahu lah kenapa mak excited pulak nak wish tengah-tengah malam pukul 12 tu..sy sangat terharu..

Sebenarnya....sy sendiri tak ingat birthday sy hari tu..sy jadi curious kenapa mak call malam-malam..mcm ada sesuatu (korang paham-paham lah kan kalau family call tengah malam tu biasaya ada something)..bila mak wish happy birthday baru sy ingat! sy sangat terharu..lalu bermula lah babak-babak drama (ok bab ni tak perlu cerita)..

Dek kerana sibuk dan banyak sangat kerja dan tugas yg perlu diselesaikan, birthday sendiri pun dah tak ingat! hmm~ teruknya sy...

Tapi....sehingga kini sy masih menunggu ucapan daripada seseorang...ucapan istimewa yg diberikan setiap tahun, tiada lg pd tahun ni..adakah dia dah melupakan sy? atau dia juga sibuk dgn kehidupan dia?

Ke mana pergi ucapan itu?

Bukan segunung hadiah yg ku impikan..
Bukan juga selaut harta untuk tatapan..
Tetapi cukuplah sekadar secebis ucapan,
Hadiah daripada seorang teman..

Takpe lah, teruskanlah kehidupan awak..




Hari lahir tahun ni seperti biasa, hanya disambut bersama geng kesayangan, GengMox yg tetap mengingati tarikh lahir ku..tp sambutan kali ni tanpa kek, tanpa lilin, tanpa bear, tanpa novel dan tanpa kad ucapan..semua orang sibuk..semua orang sedang menghadapi hari-hari sukar dan paling mencabar..takpe, sy faham..

Tambah pulak malam tu ada test..soalan-soalan test memang membunuh terus mood untuk merasa bahagia walau seketika, walau hanya sehari..tak mengizinkan sy menjamah sedikit pun masa kebahagiaan itu untuk dijadikan memori seumur hidup..

Terima kasih lagi sekali kpd semua yg wish..dan hanya satu hadiah yg sy dapat...terima kasih...

p/s - kenapa kita perlu menambah longgokan 'sampah sarap' ke dalam kepala otak ni? dan apa pilihan yg kita ada selain 'sampah sarap' yg disogok saban hari? masih kah ada sebutir permata di tengah lautan 'sampah'? - persoalan kpd yg menimbulkan persoalan -

Thursday, February 24, 2011

Dilema bertandang lagi

Salam semua..

Dilema datang bertandang kembali...

Kali ni lebih hebat lagi..

Tak tahu nak pilih yang mana ni...

Nikon D5000
harga - RM2,3++


Nikon D3100
harga - RM1,9++

Nikon D90
harga - RM3,4++

Canon EOS 500D
harga - RM3,2++


Canon EOS 1000D
harga - RM1,5++


Canon EOS 550D
harga - RM2,8++


Yang mana satu ni?

Kalu tengok pd bajet, memang mampu amek EOS 1000D je la yg paling murah..tp Nikon D5000 dan Nikon D3100 pun ok jugak..

EOS 1000D takde movie n display screen..D3100 ada HD n movie..

Tapi kalu boleh nak Nikon D90 sebab ada build-in autofocus motor..yg lain takde pon..haih~ susahnya nak cari yg ada build-in motor ni..nn tak susah pun sebenarnya..benda tu ada je..tp kemampuan yg tak mengizinkan...mahal woo~ paling murah pun D90 agaknya..

Kalau takde build-in autofocus motor ni susah sikit..sebab kena beli lens yg ada motor..so definitely lah lebih mahal daripada lens yg biasa..kalau ada build-in motor senang sikit boleh fit dgn mana-mana lens pun..

hmmm..dilemma~

Tuesday, February 22, 2011

Pejuang sejati




Assalamualaikum sbg pembuka biacara..

Kita dikejutkan dengan berita kemalangan pelumba basikal trek harapan negara, Azizulhasni Awang semalam (kelmarin)..kecederaan yg dialami agak ngeri..serpihan kayu trek sepanjang 23cm menusuk dan menembusi betis kiri Azizul..

Tp apa yg sy nak ceritakan di sini bukanlah kecederaan yg dialami Azizul...tetapi semangat yg ditunjukkan oleh beliau..

Walaupun sudah terjatuh (tp belum ditimpa tangga), Azizul bangkit mencapai basikal dan meneruskan kayuhan sehingga ke garisan penamat dengan serpihan kayu masih lagi terpacak di betis dia..dan berjaya memenangi pingat gangsa dalam perlumbaan itu sekaligus muncul juara keseluruhan kejohanan tersebut..dan ditambah lagi dengan kejayaan menduduki ranking no. 1 dunia bagi acara keirin..

Menariknya, dia langsung tak rasa sakit pada betis kiri semasa menyambung kayuhan..kenapa? mungkin sebab kekuatan semangat dan azam dah membius segala kesakitan..

Apa lagi yg perlu dikatakan tentang anak kelahiran Terengganu ini?

Kejayaannya perlu dibayar dengan harga yg mahal..semangat Azizul harus dipuji dan memang sepatutnya dicontohi..berjuang selagi nyawa belum tamat..

Azizul pernah menjadi sumber insirasi dan semangat sy (bukan idola)..begitu juga dgn Dr. Sheikh Muszaphar Shukor..

Cuba kita lihat apa yg mengiringi kejayaan mereka..

Azizulhasni - kemalangan ngeri
Dr. Sheikh Muszaphar - kematian adik yg menjadi pendorong kuatnya

Macam mana pulak dgn kita?

Baru sedikit ujian dan dugaan yg menimpa, kita dah mengeluh putus asa..kejayaan takkan datang kepada mereka yg berputus asa..sbg contoh, Azizulhasni takkan berjaya memenangi pingat, muncul juara keseluruhan dan menduduki ranking no. 1 jika dia tidak meneruskan kayuhan dgn serpihan kayu yg terpacak tu..

Untuk peringatan kepada diri sendiri dan juga rakan-rakan seperjuangan yg lain...

ENQ - hanya 57% student FPSK mengundi..kedua tercorot..ada komen??

Sunday, February 20, 2011

Cakap pandai la, buat tengok...

Assalamualaikum..

Post kali ni sy ingin membawa anda para pembaca semua memasuki ke satu dimensi berbeza..berbeza dgn post-post sy sebelum ini..

*masuk mode serius*

Tempoh berkhidmat hampir ke penghujungnya..menghitung hari bergelar mantan..masa untuk melepaskan jawatan semakin hampir..semakin hampir ke tarikh itu, semakin besar kebimbangan hati ni..

Siapa yg akan menjadi pengganti?

Tentunya ingin melihat pengganti yg lebih baik dan lebih berwawasan dalam memimpin dan meneruskan apa yg pernah diusahakan..

Soalnya siapa??

Mereka?

Siapa mereka?

Rasa terkilan dan sedih dgn situasi yg berlaku sekarang..pada pandangan sy, mahasiswa kini semakin lemah, berfikiran sempit dan semakin individualistik..tak kurang juga yg hanya menjadi pak turut je..

Ok cukup la guna ayat skema....penat nak memikir ayat gramatis ni kita terus to the point...

Budak-budak ni pandai cakap je..tak puas hati, mengadu tu, mengadu ni..mintak tu, mintak ni..kritik tu, kritik ni..tu tak betul, ni tak betul..cakap bukan main lagi berapi-api..tp rupanya semut api je..bila tiba waktu macam ni nak serah jawatan, mula la masing-masing sorok muka bawah alas kaki! perlu ke korek lubang cacing nak carik muka korang?

Kalau pandai sangat kritik orang, ke depan la..betulkan apa yg tak betul tu..peluang depan mata tak nak pulak amek..yelah free je kan..bukan ada alaun pun buat kerja-kerja semua ni..gaji pun takde..bak kata orang sebijik macam bibik..bibik pun dapat gaji..istilah tepat adalah kuli..kalau lah ada imbuhan duit, tentu-tentulah semua berebut-rebut nak jawatan..orang yg 'buta huruf dan pekak' pun nak jugak..

Hidup mengharapkan orang lain, lagak seperti tuan tanah yg menggaji bibik-bibik, semua nak sempurna untuk kesenangan mereka, tp tak reti bersyukur dgn apa yg ada depan mata..ni namanya orang yg tak kenang jasa..dan bilangannya semakin bertambah dari hari ke hari..

Bila orang lain naik jd pemimpin keluar lah balik muka-muka bawah alas kaki tu terpekik terlolong menyalak-nyalak..mengumpul kroni-kroni yg seangkatan dan sespesies dgn mereka semua ni..bila ada yg tak kena sikit mula lah menggelabah tak tentu pasal macam cicak kena goreng..menuding jari tepat, accurate dan precise..apa gelaran yg sesuai untuk orang yg macam ni??

Bila tak ada program, tanya kenapa tak ada program? bosan, ajk tak buat kerja..tanya apa gunanya korang jadi ajk tp tak buat kerja? setakat nak glamour je baik tak payah..ok fine, kita test diorang ni..kita buat program..tup-tup, eh mana budak tu??? sgt 'supportive' ye mereka ni..

Ada jugak yg suka menembak, memanah, menyumpit, menikam, merejam dan macam-macam me- lagi..tp malangya tak kena pd sasaran..apa lagi nak dikatakan precise dan accurate..

Ada jugak student-student yg 'not responding' ni..sangat pasif dan individualistik..kau kau, aku aku..tak kisah pun apa yg jadi kat dunia luar..asyik dan hanyut dgn dunia sendiri..study 24 jam? mereka ni mcm 'hidden files'..wujud tp tak terlihat..
mereka tak akan respond dgn stimulation atau segala jenis rangsangan..

**************************************

Inilah senario yg berlaku.. bukan je kat sini, tapi kat mana-mana pun mesti ada jugak orang mcm ni..sinonim lah dgn masyarakat melayu..aduhai bangsa ku..

Kami melaksanakan tugas dgn ikhlas hati..tak meminta dibalas dgn wang ringgit..tak pulak minta diberi penghargaan..dan tak pula meminta dicaci dan dimaki..memikul tanggungjawab dgn rela hati..

Jika anda mengharapkan wang dan penghargaan semata, maka itulah yg akan anda dapat..tetapi jika tiada keikhlasan di hati, maka tiadalah berkat sesuatu yg anda lakukan..

Cubalah pikul tanggungjawab ini barang sekali..maka anda akan rasai apa yg kami rasai..dan ketika itulah anda tahu betapa sukarnya untuk memuaskan hati semua pihak..

Friday, February 18, 2011

Selamat Tinggal Sayang II

Setelah bertahun lamanya kita bersama..
Akhirnya..
Tak ku duga, perpisahan juga yang terjadi..

Hari ini, akan ku lepaskan dikau pergi..
Begitu berat untuk diri ini melepaskan mu..
Tapi ini adalah yg terbaik demi masa depan kita berdua..

Memutar kembali memori kita bersama..
Kehadiran mu dalam hidup ku mengubah pandangan ku..
Aku begitu gembira menerima kehadiran mu..
Memberi sinar dan kebahagiaan baru..

Begitu banyak kenangan manis bersama mu..
Kau sangat setia menemani ku..
Merakam memori terindah bersama..
Apa yang di mata ku
itu jugalah yang di mata mu..

Tapi sayang..
Hari ini, kau akan pergi meninggalkan aku..
Bersama kekasih baru mu..
Aku relakan pemergianmu..
Walau berat hati melepaskan mu..
Walau terguris hati ku..
Walau seribu penyesalan menyelubungi diri ku..
Andai itu pilihan mu..
Ku leraikan juga ikatan ini..
Yang ku anggap telah tersimpul mati..

Selamat tinggal sayang....

Kau yang pertama memikat..
Kau yang pertama di hati..
Kau yang pertama di sisi..
Mungkinkah ada pengganti dirimu?
Di mana kan ku cari pengganti mu?

Siapakah yang layak menggantikan diri mu?
Adakah D80, D90, D3100, EOS 500D, EOS 550D atau EOS 1000D....

Aku buntu....

Thursday, February 17, 2011

Rintihan sekeping hati


Warning: This is just a short post!

Post ini iada kena mengena dengan post 'Hati lagi' Eky Lala.
.

Ehem..ehem..ehem...

Mana nak mula ek? ok lah..mula dr sini..hehe

Kesihatan semakin teruk..mungki sebab mengalami stress halus (luaran nampak cool, tp dalam stress..even diri sendiri pun tak tahu tengah stress)..bukan stress dgn si halus ye..sy memang macam ni..badan dah mula panas (ada la dalam 37.5 centigrade)..ada tanda-tanda nak demam..tp merayu dgn badan sendiri supaya tangguh dulu demam tu..jangan la demam waktu-waktu kritikal ni..

Jom tengok jadual minggu depan..fuuyyooo!!!! pack giler!!

Sabtu
- lab food analysis
- lab projek dr pagi sampai petang (bermastautin dalam lab)
- lab report!!!! (tak siap lagi dan tak tahu bila nak siap)

Ahad
- pagi ada test Patient's Education & Promotion
- sambung kelas smpai malam

Isnin
- test Halal & Haram in nutrition
- kelas dari pagi sampai membawak ke malam
- 'preview' flipchart

Selasa
- kelas full
- lab food analysis (ofcoz report bertambah)
- training Bridged Perdana..hehe

Rabu
- test medical Nutrition Therapy I

Khamis
- test Anatomy & Physiology II
- hantar case study A&P (which is tak baca lg pun)

Jumaat & Sabtu
-masa untuk dating dengan lab report

Ahad
- eh..ada test lagi? Genetic pulak..

Tak tahu la badan ni boleh tahan lagi ke tak..tak pe lah, paling-paling pun demam je..

* Tahniah kpd student medik yg dapat cuti free hari ni...sangat seronok dpt jd student medik..siap boleh buat ladies nite lg tu..hmm~ nak buat mens nite pulak la..venue kita dalam lab..sape nak join??

Tuesday, February 15, 2011

My new sexy girlfriend

Salam..

Yes! yes! yes! wee~ setelah bertahun lamanya hanya memasang impian nak miliki si dia ni..akhirnya impian tercapai jugak..tak sia-sia penantian selama ni..tak tahu nak cakap mcm mana gumbiranya hati sy...

Hehe..girlfren sexy yg sy maksudkan ialah Mini Cooper S ni haaa...

Memang dah lama dok usha menatang ni..tp masa tu lum mampu lg nak beli..so, tengok je laa..tp sekarang ada rezeki lebih, boleh la angkat satu..tp bila dah ada mini coop ni segan la pulak nak bawak..hihi..takot ada yg tak senang hati..

Ok untuk pengetahuan semua, kereta mini coop sy bukan lah seperti di atas yg sangat sexy ni..hehe..kereta sy yg sedang-sedang je..tapi boleh la guna jugak..untuk gambaran yg lebih jelas, terang, nyata serta memancor-mancor, sile lihat gambar di bawah...




Inilah mini coop sebenar yg saya maksudkan..merah menyala..mengaum-ngaum..hehe..mengancam, terancam, diancam tak?? hehehe...

Settle bab girlfren...

Lately, sejak 2-3 hari ni kerap sakit perut...adakah hasil tabiat suka skip makan? mungkin jugak ni salam perkenalan daripada si gastrik yg mula menjengah untuk mencuri peluang..

Sekarang kerja tengah menimbun-nimbun...report analysis, conass & assignment lg..membuatkan hidup ku ni haru-biru..due makin dekat, tapi tak siap-siap lg..satu tabiat yg susah nak ubah - bila dah start buat kerja memang susah nak berhenti selagi tak puas hati atau tak siap! so, secara unconsious nye terrr...skip makan..sekarangdah sakit perut..cakap padan muka kat diri sendiri..!!

Dah 2 minggu tak makan nasi, hari ni dgn rasminya rekod sy lebur..terpaksa makan nasi jugak sebab dah tak tahan sakit perut..nasi pulak yg sedap (nasi lemak kukus paka kat Mydin tu)..kalau pak kiyai makan 3 pinggan, sy mkn sepinggan je cukup la...jamah je..


Tangan dan jejari ni (bukan jejariruncing ye) memang gatal nak post pasal 'Trip to Kelantan' minggu lepas..nak share dgn u ol semua yg tak pergi tu supaya jeles..hehe..tp belum ada masa yg cukup..nanti lah ye..

Thursday, February 10, 2011

Saya dah kembali

Assalam..

Alhamdulillah, setelah hampir 2 bulan dipublish, akhirnya post "Pelamin Angan ku Musnah" berjaya menakluki carta minggu ni..hehe..tahniah! harap lebih ramai lagi pembaca blog ni..

Ok statement di atas takde kena mengena dgn tajuk kita pd hari ni..

Apa yg dah kembali..??

Tak ingin ku mencari tak pula ku mengundang..

Yang pertama, saya dah kembali ke arena blogging..dah lama rasanya tak blogging..kesibukan yg amat sangat membuatkan tak sempat nak update blog dgn cerita-cerita atau story-story yg menarik..walaupun kadang-kadang macam syok sendiri je..yelah, siapalah yg nak baca blog ni kan..apa lg nak mengomen..tp tak apa, tu semua tak melunturkan semangat untuk terus blogging..hmm~

Kedua, lab report dah kembali..kali ni penuh dramatik dan gimik..dihiasi pula dgn aksi-aksi mendebarkan..prognosis awal, lab report kali ni lebih menggerunkan daripada sem lepas..

Ketiga, case study kembali lagi dgn tajuk kali ni "The Algebra Teacher's Absence" untuk urinary system..masa untuk kembali duduk semeja dgn team brainstorm..haha

Keempat, midsem test..marathon test bermula daripada 13 Feb. - 1 Mac..

Ok kalau kita gabungkan faktor lab report, case study dan midsem test, apa prognosis anda dlm jangka masa sebulan??

Fikir-fikirkan......

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails