Monday, February 28, 2011

Happy Birthday to Me

Happy Birthday to me...

Post tentang hati lagi..(walaupun dah banyak kali janji tak post lagi tentang hati)..tp tak kesah lah..blog sy..biar orang kata kita perasan dan bodoh daripada org kata kita ni pandai tapi sebenarnya kosong..habuk pun tadak..

Alhamdulillah..genap sudah usia ku 21 tahun..tanggal 27 Februari 2011..syukur pada Allah yg memberi kesempatan lagi untuk meneruskan kehidupan di dunia ni..

Ramai yg mengucapkan happy birthday, selamat hari lahir dgn diiringi ucapan klise semoga panjang umur, murah rezeki, dah tua dah kau, bila nak kawin, dan banyak lagi ah..

Tapi ucapan yg diterima tahun ni taklah sebanyak tahun-tahun sebelum ni..boleh dibilang dgn jari je..adakah ni bermaksud sy dah kehilangan ramai kawan? atau mereka dah tak ingat sy lagi? tapi kpd yg wish tu, termia kasih banyak sy ucapkan..masih ada yg ingat..

Tahun ni mak sy jadi orang pertama wish happy birthday..tahun sebelum ni mostly kawan-kawan yg jd org pertama wish tepat 12 tgh malam..mak akan wish pada pagi 27 tu (sebab sy lahir pukul 7.54 pagi)..tp tahun tak tahu lah kenapa mak excited pulak nak wish tengah-tengah malam pukul 12 tu..sy sangat terharu..

Sebenarnya....sy sendiri tak ingat birthday sy hari tu..sy jadi curious kenapa mak call malam-malam..mcm ada sesuatu (korang paham-paham lah kan kalau family call tengah malam tu biasaya ada something)..bila mak wish happy birthday baru sy ingat! sy sangat terharu..lalu bermula lah babak-babak drama (ok bab ni tak perlu cerita)..

Dek kerana sibuk dan banyak sangat kerja dan tugas yg perlu diselesaikan, birthday sendiri pun dah tak ingat! hmm~ teruknya sy...

Tapi....sehingga kini sy masih menunggu ucapan daripada seseorang...ucapan istimewa yg diberikan setiap tahun, tiada lg pd tahun ni..adakah dia dah melupakan sy? atau dia juga sibuk dgn kehidupan dia?

Ke mana pergi ucapan itu?

Bukan segunung hadiah yg ku impikan..
Bukan juga selaut harta untuk tatapan..
Tetapi cukuplah sekadar secebis ucapan,
Hadiah daripada seorang teman..

Takpe lah, teruskanlah kehidupan awak..




Hari lahir tahun ni seperti biasa, hanya disambut bersama geng kesayangan, GengMox yg tetap mengingati tarikh lahir ku..tp sambutan kali ni tanpa kek, tanpa lilin, tanpa bear, tanpa novel dan tanpa kad ucapan..semua orang sibuk..semua orang sedang menghadapi hari-hari sukar dan paling mencabar..takpe, sy faham..

Tambah pulak malam tu ada test..soalan-soalan test memang membunuh terus mood untuk merasa bahagia walau seketika, walau hanya sehari..tak mengizinkan sy menjamah sedikit pun masa kebahagiaan itu untuk dijadikan memori seumur hidup..

Terima kasih lagi sekali kpd semua yg wish..dan hanya satu hadiah yg sy dapat...terima kasih...

p/s - kenapa kita perlu menambah longgokan 'sampah sarap' ke dalam kepala otak ni? dan apa pilihan yg kita ada selain 'sampah sarap' yg disogok saban hari? masih kah ada sebutir permata di tengah lautan 'sampah'? - persoalan kpd yg menimbulkan persoalan -

2 comments:

zUlaikha rAzak said...

tsk tsk...

Anonymous said...

kenapa kita perlu menambah longgokan 'sampah sarap' ke dalam kepala otak ni? dan apa pilihan yg kita ada selain 'sampah sarap' yg disogok saban hari? masih kah ada sebutir permata di tengah lautan 'sampah'? - persoalan kpd yg menimbulkan persoalan - Jawapan: terpulang kepada kita samada untuk menentukan sampah-sarap itu kepada permata dengan pelbagai value added atau biarkan ianya menjadi sampah seperti biasa..jadi fikir-fikirkan yang paling penting kembali kepada yang hakiki iaitu Agama dan mengenal Allah SWT.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails