Tuesday, February 22, 2011

Pejuang sejati




Assalamualaikum sbg pembuka biacara..

Kita dikejutkan dengan berita kemalangan pelumba basikal trek harapan negara, Azizulhasni Awang semalam (kelmarin)..kecederaan yg dialami agak ngeri..serpihan kayu trek sepanjang 23cm menusuk dan menembusi betis kiri Azizul..

Tp apa yg sy nak ceritakan di sini bukanlah kecederaan yg dialami Azizul...tetapi semangat yg ditunjukkan oleh beliau..

Walaupun sudah terjatuh (tp belum ditimpa tangga), Azizul bangkit mencapai basikal dan meneruskan kayuhan sehingga ke garisan penamat dengan serpihan kayu masih lagi terpacak di betis dia..dan berjaya memenangi pingat gangsa dalam perlumbaan itu sekaligus muncul juara keseluruhan kejohanan tersebut..dan ditambah lagi dengan kejayaan menduduki ranking no. 1 dunia bagi acara keirin..

Menariknya, dia langsung tak rasa sakit pada betis kiri semasa menyambung kayuhan..kenapa? mungkin sebab kekuatan semangat dan azam dah membius segala kesakitan..

Apa lagi yg perlu dikatakan tentang anak kelahiran Terengganu ini?

Kejayaannya perlu dibayar dengan harga yg mahal..semangat Azizul harus dipuji dan memang sepatutnya dicontohi..berjuang selagi nyawa belum tamat..

Azizul pernah menjadi sumber insirasi dan semangat sy (bukan idola)..begitu juga dgn Dr. Sheikh Muszaphar Shukor..

Cuba kita lihat apa yg mengiringi kejayaan mereka..

Azizulhasni - kemalangan ngeri
Dr. Sheikh Muszaphar - kematian adik yg menjadi pendorong kuatnya

Macam mana pulak dgn kita?

Baru sedikit ujian dan dugaan yg menimpa, kita dah mengeluh putus asa..kejayaan takkan datang kepada mereka yg berputus asa..sbg contoh, Azizulhasni takkan berjaya memenangi pingat, muncul juara keseluruhan dan menduduki ranking no. 1 jika dia tidak meneruskan kayuhan dgn serpihan kayu yg terpacak tu..

Untuk peringatan kepada diri sendiri dan juga rakan-rakan seperjuangan yg lain...

ENQ - hanya 57% student FPSK mengundi..kedua tercorot..ada komen??

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails