Sunday, March 27, 2011

Sempurna sudah..



Salam readers..

Alhamdulillah..hari ini telah sempurna tugas dan tanggungjawab ku..hampir 2.5 semester memegang jawatan sbg Presiden Persatuan Mahasiswa/i Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan UniSZA, hari ini aku melepaskan jawatanku utk disambung perjuangannya oleh generasi baru..


gambar kenangan terakhir


Harapanku, semoga jawatankuasa baru lebih proaktif dan lebih cemerlang..tahniah kpd presiden baru - Abdul Muzhill Hannaan Abd Hafizz..tanggungjawab besar menanti anda..

Kpd rakan-rakan yg lain, sy memohon maaf jika selama memegang jawatan, ada yg tak sempurna, ada terlepas pandang, ada terkasar bahasa, ada terguris hati, ada kelemahan sana sini..maaf dipinta..

Terima kasih atas sokongan dan kerjasama semua pihak..terima kasih..terima kasih..terima kasih...


FASKES wajah baru..(apasal skema sgt korang ni..?? haha)

Monday, March 21, 2011

KoMSIS 2011

Salam readers...


Alhamdulillah..selamat pulang dari Konvensyen Mahasiswa Sains Kesihatan Se-Malaysia (KoMSIS) di UKM selama 2 hari..penat memanglah penat..tapi berbaloi la..banyak pengalaman dapat drpd konvensyen pertama ni..

UniSZA menghantar seramai 38 orang perwakilan..dan sy sbg ketua, memegang amanah dan tanggungjawab yg telah diberikan oleh universiti..

Awal lg dah bertolak ke Bangi..

ni singgah kejap kat mana ek untuk makan..bdk 2 org tu my juniors..

Pukul 1 pagi baru sampai UKM..tengok-tengok aik, ade 4 biji bas unisza dah sampai?? ooo..rupanya diorang pun ada program kat sini..terus check-in..kitorang 'menetap' kat Kolej Pendeta Za'aba..sampai dah lewat, tp tak boleh tidur lg..banyak kerja belum selesai..hmm..berjagalah sampai pukul 4 pagi siapkan kerja..budak-budak lain dah syahid dah..

Keesokannya, konvensyen sebenar bermula..

rai dgn kebulatannya


diorang ni pantang nampak kamera


eh, sempat jugak gigam kat hostel?

Dari hostel nak ke dewan tu jauh la jugak..so naik la bas unisza ke Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh..

sampai dewan, daftar dulu..


prepare untuk pameran


dewan konvensyen


Kalau dah konvensyen ni mmg tak lari lah dr ceramah dan forum..jd pagi-pagi lagi dah berforum..ahli panel drpd KPT, KKM dan Sunway Medical..


2 orang panel merupakan bekas dietitian..jd banyak point disentuh tentang dietetik..

azie dgn lantangnya menyuarakan pendapat..wakil unisza..hehe

Lepas lunch pulak ada slot interaksi mahasiswa yg dikendalikan oleh student USM...haha macam-macam ragam dapat tengok..masa ni lah dapat kenal ramai kawan dr uni lain..apa lg, luaskan market la..hehe

Paling teruja sekali, bila dapat tahu yg kebanyakan peserta konvensyen merupakan mahasiswa dietetik..bestnya...bahagia jugak bila kat dalam dewan ni..dietetik selalu disebut-sebut..tak macam kat luar bila orang asyik tanya apa tu dietetik??

Petang pulak riadah riang ria..haih~ nama pun dah pelik..padahal kaler banner je..


haa..time kaler banner ni boleh upload gambar ni je..byk gambar aksi 'terlarang'..hehe

Yang bestnya masa kaler banner ni, U lain kaler sgt dull..tak menarik pun..tp unisza punya part sgt kreatif..macam kanak-kanak tadika pulak dah..hehe..kita tengok hasilnya.....


very colourfull...congrats to all yg penat mengaler..santek tak??

Acara malam tu yg paling mendebarkan..jeng jeng jeng....

Forum "Uniknya mahasiswa Sains Kesihatan"...

ahli panel jemputan dr UniSZA..


berdiri sama tinggi, duduk sama rendah

Rasa rendah diri lah pulak bila duduk atas pentas tu..diorang semua dr U top-top..semua abang-abang, akak-akak dari USM, UKM, UIA, UPM, UiTM & UniKL..sy je yg paling muda kat situ..tp rasa bertuah krn dapat mempersembahkan yg terbaik dan yg peling penting, dapat membuktikan bahawa Unisza bukan universiti kampung! (emo pulak tetiba..hehe)..kita seiring..

Esok pulak ada ceramah motivasi..best giler...disampaikan oleh En. Amin Idris, penulis buku Magnet Diri..


Lepas tu majlis penutupan oleh Pn. Tan Yoke Hwa, Presiden Persatuan Dietitian Malaysia (MDA)..


Tamatlah sudah konvensyen selama 2 hari..walaupun masih banyak kekurangan, tapi utk pertama kali, ia berjaya menhimpunkan mahasiswa sains kesihatan seluruh malaysia..

dengan pengarah konvensyen, Faisal..sahabat sekuliah masa kat KMJ dulu..


yg ni pulak nazir @ AJ..sahabat sepraktikum masa kat KMJ


oppss~ gambar sipa pulak ni..?? haa...jeng jeng jeng...


Tahniah kpd penganjur dan semua peserta KoMSIS 2011, terutama sekali daripada UniSZA...tahniah kerana menonjolkan diri anda semua...dietetik unisza paling menyerlah masa konvensyen tu..!!! itu membuktikan bahawa kita mempunyai identiti tersendiri...

Semoga bertemu lagi di KoMSIS 2012 UniSZA...

Saturday, March 5, 2011

Trip to Kelantan


Salam readers...

Hehe..seperti tajuk di atas tu, post kali ni nak cerita pasal trip pergi Kelantan pulak..walaupun dah masuk kategori basi, tp tak kesah lah, nak cerita jugak..baru sebulan je pun..tak sampai setahun lg..huhu

Ok lepas kita dah jelajah Gambang dan Langkawi, langkah kaki ni terus dipanjangkan..kali ni jelajah Kelantan pulak..wee~ tak pernah pergi Kelantan..(sebenarnya pernah, tp masa umur 3 atau 4 tahun dulu)..tak ingat ape dah..

Kali ni bawak krew yg berbeza..dgn geng medic pulak..GengMox semua tak nak pergi sebab tengah kekhusyukan buat assaignment dan study untuk test..tp sy tak kesah semua tu, nak pergi jugak..konvoi 3 kereta..


anaman the driver..

Sebenarnya sy baru je lelapkan mata pukul 6 pagi tu lepas solat subuh..biasalah nak siapkan assignment..pukul 8 saufiq dah kejut..jd sy pergi dgn tak cukup tidur..mata dah macam monster..so kite pakai sunglass..


sy jd co-pilot standby je..hehe (padahal tido)

Destinasi pertama - Pasar Siti Khadijah

Masing-masing dah tak tahan kebulur..so singgah kejap untuk mengisi perut ni sebelum mulakan misi sebenar..lepas ni banyak nak guna tenaga, so load dulu banyak-banyak (mereka, bukan sy)...


nampak bercahayeee...

Next - KB Mall

Err..yg ni takde gambar la..hehe..

Tak sempat pun nak round habis KB Mall tu dah kena panggil..nak pergi jalan tengok tempat lain pulak..tp sebelum tu sempat la jugak beli t-shirt 2 helai..hehe

Girls tinggal kat mall je ok..boys tak minat shopping-shopping ni..kita pergi tengok tempat lain pulak..

Anaman nak sangat tengok muzium..tp dah petang dah tutup la..amek gambar kat luar je..




Then pergi solat kat Masjid Muhammadi..



Jalan-jalan merayap pergi Airport..tengok kapal terbang take-off, landing...



Eh..sempat lagi pergi HUSM..nak masuk USM tak boleh..tengok-tengok la kejap ape yg ada kat HUSM ni..huhu..15 minit je..nak kejar parking punya pasal..parking 15 minit pertama free..lepas tu kena bayar..so nak jimat duit, ngam-ngam 15 minit kitorang keluar..hehe..lepas tu amek girls yg ditinggalkan kat KB Mall td...

fakulti pergigian USM

Destinasi seterusnya - Wakaf Che Yeh




Lebih kurang macam uptown la...banyak barang murah..besar gila, luas gila tempat tu..tak larat dah nak jalan..tp pusing jugak 3-4 kali..nak tunggu girls yg tak habis pusing lg..kitorang dah 4 kali pusing..hmm..biasalah, perempuan...

OK dah habis semua, jom balik...singgah makan malam kat warung tepi jalan ni..masa ni tak silap dah pukul 2 pagi..sebab bertolak dari Wakaf Che Yeh tu dah nak dekat pukul 1 pagi..


Lebih kurang pukul 4.30 pagi, tiba di hostel tercinta ni...

baru sampai hostel..


tulis nama jgn tak tulis..sape suruh balik lambat..haha

The next trip will be...Kuala Lumpur..

Friday, March 4, 2011

Fenomena saff - gambaran umat Islam sekarang?

Salam readers...

Balik dari solat Jumaat..sy tergerak hati nak share sesuatu dgn anda semua..fenomena saff ketika solat jemaah..semakin hari semakin renggang - gambaran sebenar umat Islam sekarang?

Sebenarnya saya dah lama perhatikan perkara ni..sejak sy menjejakkan kaki di negeri ini lagi..

Ketika solat berjemaah, terutamanya solat Jumaat (yg obvious sgt)..payah sangat nak rapatkan saff..ada je lubang sana sini..sgt susah nak ajak rapatkan saff..walau dah berulang kali imam ingatkan, betulkan saff, lurus dan rapat-rapat..tapi tetap payah nak gerak..adakah kerana berbeza fahaman politik tak boleh berjemaah sama-sama??? gugur kah iman dan akidah apabila berjemaah dgn mereka yg berbeza fahaman politik??




Rasulullah bersabda: rapatkan saff, kerana ia termasuk dalam kesempurnaan solat berjamaah..

Maknanya solat kita tak sempurna kalau masih ada ruang diantara jemaah..syaitan akan menyelit di antara ruang yg renggang itu..jadi bagaimana?

Feomena ni menggambarkan keadaan umat Islam sekarang..ramai, tetapi tak bersatu..seagama, tapi tak seimam..bukankah Islam tu mengajar kita perpaduan?? tak hairanlah jika dikatakan umat Islam sekarang lemah..dalam solat je dah menampakkan kelemahan tersebut..

Keadaan sekarang dah terbalik..sepatutnya makmum berebut-rebut nak dapatkan saff depan..sekarang berebut-rebut nak saff belakang..haih~

Fikir-fikirkanlah...

Saya berkongsi demi mengingatkan rakan-rakan dan juga diri sendiri yg tak sempurna dan punyai banyak kelemahan ni..semoga kita dapat mengambil iktibar daripadanya..

Thursday, March 3, 2011

Alahai Susu Sebelanga

Salam..

Tentu ada semua pernah dengar peribahasa melayu mengatakan "kerana nila setitik, rosak susu sebelanga"..yang bermaksud kerana kesilapan, kecacatan atau kejahatan sesuatu yang kecil, habis seluruh keluarga, kumpulan, atau organisasi akan mendapat nama buruk..

Alahai susu..apalah nasib mu...

Kewujudan susu yg putih tidak pernah disedari..ia hanya akan menjadi perhatian apabila sudah dicemari dgn nila setitik..

Manusia hanya akan menilai dan memberi hukuman kepada susu yg telah rosak dicemari nila tersebut..tetapi tidak pernah melihat dan menilai susu yg sebelumnya itu putih bersih..

Adakah manusia itu buta matanya? atau buta hatinya?

Nilai jasa si susu putih tidak pernah dihitung malah hanya dipandang enteng..lebih teruk lagi apabila tidak pernah terpandang langsung! tetapi hanya kerana setitis nila, si susu yg sebelumnya tadi putih bersih terus dicampak, dihumban, dikecam, dikutuk, dibenci deeply..

Apalah nasib si susu...

Teraniaya dek mata manusia yg mudah tertipu...

Kepada manusia yg tak pernah melihat putihnya susu, bukalah mata dan hati anda supaya kehidupan anda menjadi lebih bermakna tanpa hasad dengki..

Tuesday, March 1, 2011

Jom Tengok Jenglot

Dynasty Event Sdn. Bhd. dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Terengganu, Jabatan Kebudayaan Terengganu, Majlis Penggalakan Pelancongan dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu akan mengadakan pameran mistik April ni kat Dataran Syahbandar, Kuala Terengganu..




Pameran alam mistik ni akan membawa dan mempamerkan benda-benda pelik dan mistik seperti anak kerak dari Thailand, jenglot dari Papua New Guinea, toyol dari Indonesia dan jin dalam botol dari serata tempat..tak cukup lagi? ada lagi 130 lagi bahan mistik yang akan dipamerkan seperti minyak dagu, pelbagai batu, tanduk dan tulang yang mampu menjadi bahan pendidikan yang berguna kepada masyarakat, katanya...

Kih kih kih kih kih.....

Kenapa nak buat pameran ni ek? alasan yang 'paling logik' dan selalu digunapakai - untuk menyampaikan mesej kpd masyarakat..untuk memberi pendidikan kpd masyarakat..hahahaha..adoilah..sebenarnya nak buat duit cari untung kan..yelah kalau pameran benda-benda pelik ni tentulah dapat sambutan punya..orang mesti berminat punya nak tengok benda-benda 'unik' ni..duit pun masyuk je..dan si masyarakat yg 'tak terdidik' dan 'tertipu' ni pun berpusu-pusu dan berbondong-bondonglah menuju ke pameran tu..untuk mendapat 'pendidikan' dan 'mesej' lah katakan...dan sanggup menggadaikan akidah diri sendiri, anak-beranak, cucu-cicit dan seisi keluarga...apa jadi kalau sesuatu institusi keluarga tu runtuh akidahnya?




Pameran benda-benda macam ni sepatutnya tak perlu diadakan pun..bukan nak bagi pendidikan, tp makin merosakkan masyarakat..mungkin bg mereka yg berfikir, perkara ni tak menjadi satu masalah atau takkan memberi kesan..kerana mereka tahu membezakan realiti dan fantasi, hak dan batil..tapi bagaimana dgn mereka yg tak berfikir? dan berapa bilangan yg boleh berfikir?? dan kita tahu masyarakat melayu akan menerima bulat-bulat apa yg disogok tanpa melalui satu proses yg kita panggil sebagai BERFIKIR...apa kesannya nanti??

Anak-anak yg masih kecil dan tak tahu apa-apa, disogok dgn benda-benda tahyul dan syirik macam ni, apa kesannya nanti? kenapa perlu mencorak 'kain putih' tu dengan warna hitam kegelapan? bukan ke ia akan menjadi satu tanda dan tompokkan gelap apabila si mak bapak dah tanamkan mentaliti mereka dgn benda-benda tahyul ni?

Dunia terus maju dan menjadi semakin moden..amalan-amalan seperti santau, pukau, tarik duit dan macam-macam lagi pun dah semakin pudar, walau terdapat segelintir yg masih mengamalkannya..tapi apabila dunia bergerak ke hadapan, kita tak perlu menoleh ke belakang lagi..sy lihat pameran ni sebagai satu 'usaha' untuk mengekalkan dan mengukuhkan tradisi amalan masyarakat melayu ni secara berterusan dari generasi ke generasi..generasi baru akan didedahkan dgn benda-benda khurafat ni, sekali gus menyerahkan 'tag' melayu mundur kpd generasi seterusnya..kalau macam ni bila nak maju???

Sy rasa benda-benda mcm ni tak perlu dibawa keluar lagi..biarlah benda tu tenggelam ditelan zaman..dan kita tak perlukan benda-benda tu lagi..bila dikeluarkan, selamanya ia akan berada dalam dunia melayu..selagi itulah kita akan 'terikat'..fikir-fikirkanlah bangsaku....

Lagi satu yg sy tak berapa puas hati..rancangan tv, filem dan drama sekarang ni banyak sangat bercerita dengan hantu..cerita seram, syirik, khurafat, dan boleh dikategorikan sebagai sampah! ni baru betul-betul sampah! contoh, Mantra, Maut, Santau, Histeria, Jangan Tegur, Niyang Rapik, Khurafat, Saka Jentayu, Nangkung, 2 Alam, dan banyak lg..berapa banyak cerita-cerita macam ni kat Malaysia ku tercinta ni? tak terkira kan? dah jadi trend orang buat filem sampah ni..




Kalau kita tengok jumlah kutipan daripada filem-filem ni, perrhhh..memang tebal poket..

Khurafat - 8.07 juta
Niyang Rapik - 3.72 juta
Mantra - 2.4 juta
Ngangkung - 8.2 juta
2 Alam - 0.4 juta
Jangan Pandang Belakang - 5.78 juta
Congkak - 3.8 juta
Santau - 3.48 juta
Jangan Tegur - 3.42 juta
Histeria - 2.76 juta

Siapa yg menyumbang kpd angka di atas ek? tentulah orang melayu yg dahagakan cerita seram..produksi filem pun berebut-rebutlah ambil kesempatanlah mengaut keuntungan..siapa yg rugi? apa faedah yg kita dapat? hanya membuang masa kan? masa yg sepatutnya boleh dimanfaatkan buat perkara yg lebih faedah dah terbuang menonton cerita yg langsung tak ada manfaatnya..yg untung? pengarah filem, penerbit, pelakon dan kroni-kroninya..anda melabur duit, mereka menerima duit..

Ya memang betul alam ghaib tu wujud dan kita wajib mempercayainya kerana ia merupakan salah satu daripada rukun iman..tetapi biarlah ia disandarkan ke jalan yg benar dan hakiki..agama Islam sudah jelas menghalang umatnya menghampiri perkara-perkara syirik dan khurafat..tp hari ni kita tengok orang berpusu-pusu, berlumba-lumba menghampiri dan mengerjakan perkara khurafat..tidakkah anda semua terfikir?

Alasan yg selalu bermain dibibir mereka - mahu menyampaikan mesej kpd penonton dan masyarakat..what the h***..... dgn wujudnya cerita-cerita macam ni lah masyarakat lebih terdedah kpd gejala negatif..baik orang tak tahu jadi tahu..lebih banyak buruk dari baiknya..membuatkan pemikiran masyarakat kita yg dah tersedia sempit menjadi lebih sempit..ke mana perginya filem-filem yg memberi impak positif? yg lebih kpd membangunkan masyarakat?

Mungkin rakan-rakan lain yg seusia sy tak terfikir pun benda ni..masih selesa dan leka mencari keseronokan..tp bg sy, kita lah yg akan mencorakkan kehidupan akan datang..kalau asyik leka berseronok, apa akan jd pada masa akan datang? adakah pd masa itu baru kita nak fikir masa depan yg terbentang di depan mata dan penyelesaiannya?

Fikir-fikirkanlah....

Maaflah kalau post kali ni panjang sikit..tp ni lah yg sy nak luahkan..blog ni lah tempat sy meluahkan segala yg terpendam..semoga dapat dikongsi dan mengambil iktibar serta pengajaran daripadanya bersama...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails