Balik dari solat Jumaat..sy tergerak hati nak share sesuatu dgn anda semua..fenomena saff ketika solat jemaah..semakin hari semakin renggang - gambaran sebenar umat Islam sekarang?
Sebenarnya saya dah lama perhatikan perkara ni..sejak sy menjejakkan kaki di negeri ini lagi..
Ketika solat berjemaah, terutamanya solat Jumaat (yg obvious sgt)..payah sangat nak rapatkan saff..ada je lubang sana sini..sgt susah nak ajak rapatkan saff..walau dah berulang kali imam ingatkan, betulkan saff, lurus dan rapat-rapat..tapi tetap payah nak gerak..adakah kerana berbeza fahaman politik tak boleh berjemaah sama-sama??? gugur kah iman dan akidah apabila berjemaah dgn mereka yg berbeza fahaman politik??
Rasulullah bersabda: rapatkan saff, kerana ia termasuk dalam kesempurnaan solat berjamaah..
Maknanya solat kita tak sempurna kalau masih ada ruang diantara jemaah..syaitan akan menyelit di antara ruang yg renggang itu..jadi bagaimana?
Feomena ni menggambarkan keadaan umat Islam sekarang..ramai, tetapi tak bersatu..seagama, tapi tak seimam..bukankah Islam tu mengajar kita perpaduan?? tak hairanlah jika dikatakan umat Islam sekarang lemah..dalam solat je dah menampakkan kelemahan tersebut..
Keadaan sekarang dah terbalik..sepatutnya makmum berebut-rebut nak dapatkan saff depan..sekarang berebut-rebut nak saff belakang..haih~
Fikir-fikirkanlah...
Saya berkongsi demi mengingatkan rakan-rakan dan juga diri sendiri yg tak sempurna dan punyai banyak kelemahan ni..semoga kita dapat mengambil iktibar daripadanya..
No comments:
Post a Comment