Tentu ada semua pernah dengar peribahasa melayu mengatakan "kerana nila setitik, rosak susu sebelanga"..yang bermaksud kerana kesilapan, kecacatan atau kejahatan sesuatu yang kecil, habis seluruh keluarga, kumpulan, atau organisasi akan mendapat nama buruk..
Alahai susu..apalah nasib mu...
Kewujudan susu yg putih tidak pernah disedari..ia hanya akan menjadi perhatian apabila sudah dicemari dgn nila setitik..
Manusia hanya akan menilai dan memberi hukuman kepada susu yg telah rosak dicemari nila tersebut..tetapi tidak pernah melihat dan menilai susu yg sebelumnya itu putih bersih..
Adakah manusia itu buta matanya? atau buta hatinya?
Nilai jasa si susu putih tidak pernah dihitung malah hanya dipandang enteng..lebih teruk lagi apabila tidak pernah terpandang langsung! tetapi hanya kerana setitis nila, si susu yg sebelumnya tadi putih bersih terus dicampak, dihumban, dikecam, dikutuk, dibenci deeply..
Apalah nasib si susu...
Teraniaya dek mata manusia yg mudah tertipu...
Kepada manusia yg tak pernah melihat putihnya susu, bukalah mata dan hati anda supaya kehidupan anda menjadi lebih bermakna tanpa hasad dengki..
No comments:
Post a Comment