Monday, March 21, 2011

KoMSIS 2011

Salam readers...


Alhamdulillah..selamat pulang dari Konvensyen Mahasiswa Sains Kesihatan Se-Malaysia (KoMSIS) di UKM selama 2 hari..penat memanglah penat..tapi berbaloi la..banyak pengalaman dapat drpd konvensyen pertama ni..

UniSZA menghantar seramai 38 orang perwakilan..dan sy sbg ketua, memegang amanah dan tanggungjawab yg telah diberikan oleh universiti..

Awal lg dah bertolak ke Bangi..

ni singgah kejap kat mana ek untuk makan..bdk 2 org tu my juniors..

Pukul 1 pagi baru sampai UKM..tengok-tengok aik, ade 4 biji bas unisza dah sampai?? ooo..rupanya diorang pun ada program kat sini..terus check-in..kitorang 'menetap' kat Kolej Pendeta Za'aba..sampai dah lewat, tp tak boleh tidur lg..banyak kerja belum selesai..hmm..berjagalah sampai pukul 4 pagi siapkan kerja..budak-budak lain dah syahid dah..

Keesokannya, konvensyen sebenar bermula..

rai dgn kebulatannya


diorang ni pantang nampak kamera


eh, sempat jugak gigam kat hostel?

Dari hostel nak ke dewan tu jauh la jugak..so naik la bas unisza ke Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh..

sampai dewan, daftar dulu..


prepare untuk pameran


dewan konvensyen


Kalau dah konvensyen ni mmg tak lari lah dr ceramah dan forum..jd pagi-pagi lagi dah berforum..ahli panel drpd KPT, KKM dan Sunway Medical..


2 orang panel merupakan bekas dietitian..jd banyak point disentuh tentang dietetik..

azie dgn lantangnya menyuarakan pendapat..wakil unisza..hehe

Lepas lunch pulak ada slot interaksi mahasiswa yg dikendalikan oleh student USM...haha macam-macam ragam dapat tengok..masa ni lah dapat kenal ramai kawan dr uni lain..apa lg, luaskan market la..hehe

Paling teruja sekali, bila dapat tahu yg kebanyakan peserta konvensyen merupakan mahasiswa dietetik..bestnya...bahagia jugak bila kat dalam dewan ni..dietetik selalu disebut-sebut..tak macam kat luar bila orang asyik tanya apa tu dietetik??

Petang pulak riadah riang ria..haih~ nama pun dah pelik..padahal kaler banner je..


haa..time kaler banner ni boleh upload gambar ni je..byk gambar aksi 'terlarang'..hehe

Yang bestnya masa kaler banner ni, U lain kaler sgt dull..tak menarik pun..tp unisza punya part sgt kreatif..macam kanak-kanak tadika pulak dah..hehe..kita tengok hasilnya.....


very colourfull...congrats to all yg penat mengaler..santek tak??

Acara malam tu yg paling mendebarkan..jeng jeng jeng....

Forum "Uniknya mahasiswa Sains Kesihatan"...

ahli panel jemputan dr UniSZA..


berdiri sama tinggi, duduk sama rendah

Rasa rendah diri lah pulak bila duduk atas pentas tu..diorang semua dr U top-top..semua abang-abang, akak-akak dari USM, UKM, UIA, UPM, UiTM & UniKL..sy je yg paling muda kat situ..tp rasa bertuah krn dapat mempersembahkan yg terbaik dan yg peling penting, dapat membuktikan bahawa Unisza bukan universiti kampung! (emo pulak tetiba..hehe)..kita seiring..

Esok pulak ada ceramah motivasi..best giler...disampaikan oleh En. Amin Idris, penulis buku Magnet Diri..


Lepas tu majlis penutupan oleh Pn. Tan Yoke Hwa, Presiden Persatuan Dietitian Malaysia (MDA)..


Tamatlah sudah konvensyen selama 2 hari..walaupun masih banyak kekurangan, tapi utk pertama kali, ia berjaya menhimpunkan mahasiswa sains kesihatan seluruh malaysia..

dengan pengarah konvensyen, Faisal..sahabat sekuliah masa kat KMJ dulu..


yg ni pulak nazir @ AJ..sahabat sepraktikum masa kat KMJ


oppss~ gambar sipa pulak ni..?? haa...jeng jeng jeng...


Tahniah kpd penganjur dan semua peserta KoMSIS 2011, terutama sekali daripada UniSZA...tahniah kerana menonjolkan diri anda semua...dietetik unisza paling menyerlah masa konvensyen tu..!!! itu membuktikan bahawa kita mempunyai identiti tersendiri...

Semoga bertemu lagi di KoMSIS 2012 UniSZA...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails