Saturday, December 31, 2011

Eh! lupa letak title pulak

Salam..

Final exam is just around the corner..mungkin dah kat corner dah pun, xde around around lagi dah...cuma tinggal sehari je lagi...

tapi..

tapi...

tapi....

Time time macam ni lah segala penyakit datang..

Kepala pusing-pusing..panas..overhaul kah? ke overload?

Tekak pulak perit..adakah inflammed? ouh..xde mood nak cakap..xde selera nak makan..

Badan dah panas panas je ni...rasa nak tidur je setiap masa, detik dan waktu...

Eh tak boleh..tak boleh...nota setinggi gunung masih belum puas ku daki *hyperbola*

Walaupun hujan turun mencurah-curah di bumi Terengganu ni..namun masih belum mampu menyejukkan diri ini...apa lagi melegakan kekalutan di hati...

Harap-harap tak melarat sampai exam..wahai badan..tolonglah....sembuh sepantas kilat oke!


"Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya." 
[Al-Baqarah: 286]


"Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan." 
[Al-Anbiyaa’: 35]

Cantek pulak telur-telur ni..
:: colourful ::

Friday, December 30, 2011

Pisau dan plaster

Salam...

Alhamdulillah tadi dah selamat mengharungi exam MasterChef dengan jayanya..

2 jam yg sangat hectic..segalanya harus dilakukan dengan pantas..koordinasi tangan dan mata sangat penting..jd pd mereka yg masih berada dalam tahap Piaget's Sensorimotor dan Preoprational stage mungkin boleh meihat saje! hehe..

Minggu lepas masa simulasi tak sempat siapkan dalam masa 2 jam..so, kali ni untuk final aku rendahkan sikit tahap kesusahan..tukar menu daripada Duchesse Potato kepada Baked Jacketted Potato..dan hasilnya.....wehoo!!

Ok kali ni tak ada lg peristiwa berdarah dalam kitchen..sumpahan berjaya ditamatkan ! Cuma ada monster baru tadi..haha

Top Chefs


Aku harap untuk final exam kali ni aku lebih bersedia dan kuat, terutama dari segi mental..setiap kali final exam, ada je dugaan-dugaan yang tak diduga mendatang..kali ni pun sama..exam belum mula, tp dugaannya dah terasa..

Ya Allah, berilah kekuatan dan ketabahan pd diri ini untuk mengharungi saat-saat getir ini...

Tentunya sokongan daripada insan-insan terdekat amat diperlukan..dan aku hanya mengharapkan sokongan dan rantaian doa daripada mak ayah yang tak pernah putus beri sokongan dan doa untuk anakandanya ini..biarlah orang lain berkelakuan seperti apa pun, yg penting mak ayah tetap disisi...

Monday, December 26, 2011

Grand Finale MasterChef jr. !


Good luck to all my classmates..SuperDietitian ! make sure kali ni takde lagi tragedi berdarah kat kitchen..
to Azie.... watch out ! kebangkitan MasterChef akan tiba ...

Eh..tak lupa jugak to juniors - SuJu and JuJu jugak.. good luck in your final exam !

Monday, December 19, 2011

MasterChef in Kitchen

Final exam makin dekat !!

The first paper will be Food Preparation Principle (practical)..will be held on 29th December 2011..

Untuk paper ni kitorang kena masak dan sediakan makanan berdasarkan tema menu yg diberi secara individu dalam masa 2 jam 15 minit..setiap orang dapat soalan lain (kena cabut soalan mcm cabut nombor bertuah tu..haha)..lepas siap masak, examiner akan evaluate masakan tu...ala-ala Masterchef gitu...

Aku dapat soalan ni ha...

1. Sediakan hidangan utama barat (1 portion) yg terdiri daripada:
    - 1 jenis hidangan berprotein tinggi (ikan) yg dimasak menggunakan kaedah deep-fat frying
    - 1 jenis hidangan kanji (ubi kentang)
    - 1 jenis hidangan sayuran (salad)
    - 1 jenis sos (jenis sejuk)

2. 1 jenis hidangan berasaskan roti yg dimasak menggunakan deep-fat frying dan menggunakan saduran ganache.

So, setelah dibelek-belek dan ditimbang-timbang menggunakan kewarasan akal tanpa dipengaruhi oleh benda-benda yg boleh mempengaruh, aku decide nak buat menu ni....

1. Fillet of Fish Muniere
2. Duchese Potato
3. Coleslaw salad
4. Tartar sauce
5. Donut with chocolate ganache

Fokus utama tentunya kat donut..nak menguli segala..nasib baik dapat soalan seminggu awal..boleh la plan menu...kalau dapat soalan on the spot mahu terkulat-kulat nak mikirkan nye...

Harap menu aku ni dapat memikat hati juri....

So, gudluck utk SuperDietitian yg lain...masak elok-elok yer..bak kata Ikram, jangan jadi seperti si luncai membaiki labu-labunya...haha!

*Aku plan nak buat poster utk Masterchef Exam ni..tp macam tak sempat je..semua orang bizi..huhu

Tamat sem 5

Salam...

Sekarang dah masuk minggu akhir sem 5..tunggu final exam je..

Sem ni rasa cepat je habis..rasa macam baru masuk..tau2 dah nak habis..tinggal 3 sem lagi nak graduate..sem depan sem last teori..lepas tu dah masuk klinikal...

Hmm..cepatnya masa berlalu...

Lepas grad, kerja..dah kerja, kumpul duit..kahwin...dapat anak..kerja..kerja..kerja..bersara..dah tua..typical life cycle.. *sigh*

Sunday, December 11, 2011

Layakkah kita berdakwah ?

Salam dan selamat pagi..Jam sekarang pukul 1.45 pagi..

Aku nak kongsi tentang sesutau yang semakin gila dan parah sekarang ni..iaitu budaya hina-menghina, caci-mencaci dan keji mengeji sesama manusia..lebih tepat lagi sesama Islam..

Allahu akbar..

Aku tak paham kenapa ada manusia dgn lantang dan selamba nya menghina orang lain secara terbuka..terutama mereka yg terlalu taksub/fanatik dgn sesuatu perkara..

Kau ingat kau bagus sangat?

Adakah kau nak tunjukkan kebaikan Islam tu dgn cara menghina orang lain?? dan kau nak orang terima 'kebaikan' yg kau bawak tu? Oh yes..itu menunjukkan yg kau sgt mempunyai 'kebaikan' itu..kau tak nampak ke apa yg kau dakwahkan tu sangat kontra dgn sikap dan perbuatan kau?

Tolonglaaaaahh..hentikan semua ni...

Kau nak orang lain terima Islam dan hukum Islam..tp tengok lah diri kau sendiri..adakah Islam kau dah cukup sempurna untuk kau menghina dan mencaci orang lain..dan yg kau caci tu saudara seagama kau pulak tu...mungkin bukan keseluruhan, hanya segelintir..tp yg segelintir ini akan mempengaruhi yg lain dan akhirnya merebak..

Niat kau baik, tp sayang cara kau salah..matlamat tak menghalalkan cara..Rasulullah pun tak ajar buat macam ni kan?

Besederhanalah dalam sesuatu..jgn lah terlalu taksub sehingga secara tak langsung memesongkan diri sendiri dan ajaran sebenar..

Kadang-kadang lawak jugak tengok orang yang lantang dan lancang mulut dan jemarinya Fuck sana Fuck sini, Babi sana Babi sini, Sial sana Sial sini berbicara mengenai kesucian..mulut kau sendiri tak suci..mcm mana orang nak terima..? Itu ke cara dakwah mereka ni ?

Perkara yg dibawa tu baik lagi suci..dan orang sedia menerima kebaikan itu...tp bila lihat cara dan kelakuan mereka membawa perkara tu dgn cara yg kurang menyenangkan, nak sokong pun dah tak ada hati..(bukan tak menyokong perkara yg suci itu, tapi tak menyokong orang yg membawa perkara itu)..

Islam dan hukum Islam tu tak salah..tp orang yg membawanya dgn cara yg salah...

Aku cadangkan..ubah lah cara berdakwah supaya orang lebih menyenangi dan lebih mudah menerima perkara baik yg kau nak sampaikan...aku tak tahu cara mana yg kau cedok dakwah dgn mencaci maki orang..buang la yg ni...perkara yg baik sepatutnya diiringi dgn imej dan perbuatan yg baik...

Setiap manusia tak lepas dari melakukan kesilapan..masih ada peluang untuk memperbaiki diri..sementara ada peluang ni, ubah lah ..orang akan lebih menyenangi....

Fikir-fikirkanlah...


// penat dah tengok kita berperang sesama sendiri ni //

Thursday, December 8, 2011

Final Exam dah datang !

Jadual Final Exam Sem 5 baru dikeluarkan....

Tadaaa !!!

2/1/2012 - Developmental Psychology
4/1/2012 - Immunology
5/1/2012 - PPM
8/1/2012 - Biostatistics
9/1/2012 - Medical Nutrition Therapy II
10/1/2012 - Research Methodology
11/1/2012 - Pharmacology

Sederet tu non-stop dan takde gap pun !! Memang sentap !!

Exam 3 miggu diorang compress jadi 2 minggu je..adakah diri ini robot??

Sure lah 2 minggu tak tidur malam...mata pun dah jadi panda..emm mungkin jugak zombie..bukan nak kata apa, tp SPM pun ada gap..ini kan pulak killer subject semua...

Nak buat mcm mana, pasrah dalam kepiluan je lah..

/// yang penting, sistem pendidikan negara sekarang semakin tunggang-langgang
tengok je lah apa hasilnya 10-20 tahun akan datang // sekarang pun ranking IPT di Malaysia untuk universiti terbaik dunia pun semakin merudum // yang meningkat adalah index rasuah ///

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails