Salam dan selamat pagi..Jam sekarang pukul 1.45 pagi..
Aku nak kongsi tentang sesutau yang semakin gila dan parah sekarang ni..iaitu budaya hina-menghina, caci-mencaci dan keji mengeji sesama manusia..lebih tepat lagi sesama Islam..
Allahu akbar..
Aku tak paham kenapa ada manusia dgn lantang dan selamba nya menghina orang lain secara terbuka..terutama mereka yg terlalu taksub/fanatik dgn sesuatu perkara..
Kau ingat kau bagus sangat?
Adakah kau nak tunjukkan kebaikan Islam tu dgn cara menghina orang lain?? dan kau nak orang terima 'kebaikan' yg kau bawak tu? Oh yes..itu menunjukkan yg kau sgt mempunyai 'kebaikan' itu..kau tak nampak ke apa yg kau dakwahkan tu sangat kontra dgn sikap dan perbuatan kau?
Tolonglaaaaahh..hentikan semua ni...
Kau nak orang lain terima Islam dan hukum Islam..tp tengok lah diri kau sendiri..adakah Islam kau dah cukup sempurna untuk kau menghina dan mencaci orang lain..dan yg kau caci tu saudara seagama kau pulak tu...mungkin bukan keseluruhan, hanya segelintir..tp yg segelintir ini akan mempengaruhi yg lain dan akhirnya merebak..
Niat kau baik, tp sayang cara kau salah..matlamat tak menghalalkan cara..Rasulullah pun tak ajar buat macam ni kan?
Besederhanalah dalam sesuatu..jgn lah terlalu taksub sehingga secara tak langsung memesongkan diri sendiri dan ajaran sebenar..
Kadang-kadang lawak jugak tengok orang yang lantang dan lancang mulut dan jemarinya Fuck sana Fuck sini, Babi sana Babi sini, Sial sana Sial sini berbicara mengenai kesucian..mulut kau sendiri tak suci..mcm mana orang nak terima..? Itu ke cara dakwah mereka ni ?
Perkara yg dibawa tu baik lagi suci..dan orang sedia menerima kebaikan itu...tp bila lihat cara dan kelakuan mereka membawa perkara tu dgn cara yg kurang menyenangkan, nak sokong pun dah tak ada hati..(bukan tak menyokong perkara yg suci itu, tapi tak menyokong orang yg membawa perkara itu)..
Islam dan hukum Islam tu tak salah..tp orang yg membawanya dgn cara yg salah...
Aku cadangkan..ubah lah cara berdakwah supaya orang lebih menyenangi dan lebih mudah menerima perkara baik yg kau nak sampaikan...aku tak tahu cara mana yg kau cedok dakwah dgn mencaci maki orang..buang la yg ni...perkara yg baik sepatutnya diiringi dgn imej dan perbuatan yg baik...
Setiap manusia tak lepas dari melakukan kesilapan..masih ada peluang untuk memperbaiki diri..sementara ada peluang ni, ubah lah ..orang akan lebih menyenangi....
Fikir-fikirkanlah...
// penat dah tengok kita berperang sesama sendiri ni //
1 comment:
super loike..
slalunye byk kat FB,bile post article or pic sket, mereke2 ni tros melatah dgn cacian..hurm, tanpa drg sedar, drg actually hantam sesama sndiri. just 1 pic, boleh wat gado.. 1 pic, da goyahkan ukhwah islam..
Post a Comment