Friday, April 30, 2010

Permata yang Hilang (Part 2)

*****sambungan Part 1*****

jam 9.00 pagi

si anak tiba di hospital...sedari mula perjalanan tadi si anak tidak lena..tidak langsung merasa ngantuk..mulutnya lancar memanjatkan doa buat si ayah..semoga dipelihara kesihatannya...ditinggalkan segala urusan pelajarannya di kolej..yang hanya berlegar di kotak fikirannya hanyalah si ayah..ya, si ayah yang tercinta...

keetibaan si anak di hospital disambut oleh si abang di lobby..mata si abang kelihatan merah menahan ngantuk kerana berjaga sepanjang malam mengawasi keadaan si ayah....

setelah bertanya khabar, si abang menyerahkan pas kebenaran melawat kepada si anak tadi..oleh kerana waktu tersebut bukanlah waktu untuk melawat, hanya seorang sahaja yang dibenarkan untuk menjaga pesakit di wad..itupun perlu ada pas kebenaran waris..si anak mengambil pas tersebut dari tangan si abang..

si abang: pergilah..ayah sudah lama menunggu kehadiranmu..

si abang meminta izin untuk melelapkan mata sebentar...hanya di sofa yang disediakan di ruang menunggu..

si anak melangkah menuju ke katil yang tertera di pas tersebut...

sekujur tubuh terbaring di atas katil..tidak bermaya..dia...adalah si ayah..si anak perlahan mengatur langkah..menahan hati yang bergelora...sebak...Ya Allah...si anak menghampiri katil itu..si ayah sedang tidur..si anak melabuhkan punggungnya di sisi si ayah..meneliti setiap inci tubuh si ayah yang terlantar...si ayah memakai topeng oksigen untuk membolehkannya terus bernafas...tangan si ayah membengkak kerana dimasukkan air..seluruh tubuh si ayah dipenuhi wayar-wayar yang menyelirat bersambung ke mesin-mesin...di sisi katil terdapat mesin ECG (electrocardiograf) dan sebuah mesin yang digunakan untuk mengawal kemasukan cecair ke dalam tubuh si ayah secara konstan..di luar tiub cecair itu tertulis "dopamine"..sayu si anak melihat keadaan si ayah....

"nak....." si anak tersentak...si ayah terjaga dari tidurnya..memanggil si anak..si anak merenung mata si ayah..walaupun sinaran mata itu sudah kian malap...

"dah lama sampai...?" suara si ayah terputus-putus...si anak cuma menganggukkan kepala..sambil tangan si anak mengusap dahi dan rambut si ayah dengan penuh kasih-sayang seorang anak....keadaan si ayah seakan-akan separa sedar...

si ayah cuba mengungkap sesuatu...meminta sesuatu dari si anak..tetapi sayang..butir-butir percakapan si ayah tidak dapat didengar oleh si anak dengan jelas..suara si ayah seakan tersekat di kerongkong...tidak lama kemudian si ayah kembali lelap..mungkin kerana kesan daripada ubat yang diberikan...si ayah lemah, dan perlu berehat...tetapi si anak gembira..gembira kerana si ayah dapat melihat dan menatap wajah si anak walau sejenak cuma...

si anak membelai wajah dan tubuh si ayah..tidak dapat menahan gelojak di jiwa..akhirnya air mata si anak terlerai juga..si ayah lena dalam tidurnya...lama si anak di situ menatap wajah si ayah...tidak tahan melihat keperitan yang si ayah tanggung, si anak bangun lalu membisikkan di telinga si ayah "saya sayang ayah..sayang sangat-sangat..ayah jaga diri baik-baik ye..sembuh cepat, jangan sakit-sakit lagi...saya rindu ayah..." si anak melihat bola mata si ayah bergerak-gerak..sejurus, cecair jernih mengalir keluar dari mata si ayah yang masih terpejam....si anak berlalu pergi setelah mengucup dahi dan pipi si ayah sepuas-puasnya melepaskan rindu di hati...


bersambung...............

Thursday, April 29, 2010

Permata yang Hilang (Part 1)

kisah bermula di sebuah desa di selatan tanah air...di pinggiran kota..si anak baru mendapat sebuah berita gembira..si anak diterima masuk ke kolej di negeri kelahirannya itu untuk menyambung pelajarannya..gembiranya bukan kepalang..seluruh keluarga juga menumpang gembira..termasuk seorang insan yang terlantar di baringan..si ayah...si ayah menderita panyakit stroke (angin ahmar) dan sebahagian anggota tubuhnya kehilangan fungsi..dan kehilangan upaya untuk bergerak..hanya mampu terlantar dan bergerak dengan bantuan orang lain..

namun si ayah tetap melahirkan rasa gembira yang teramat sangat atas kejayaan si anak..si ayah sangat berharap untuk melihat si anak menggapai impian menjadi seorang doktor..si anak berkongsi kegembiraan dengan si ayah..air mata kedua-dua insan ini menitis tanda kesyukuran atas anugerah-Nya yang tak terhingga..

*****

sedang si anak di kolej menimba ilmu, si anak mendapat panggilan dari si ibu...menyatakan keadaan si ayah semakin kritikal dan tenat..hati si anak mula bergoncang..kerisauan mula melanda dirinya..hatinya meronta-ronta untuk pulang ke rumah, namun tidak dibenarkan kerana sedang menghadapi peperiksaan..tumpuannya hilang entah ke mana..emosinya bercampu-baur..fikirannya bercelaru..tak dapat mengelak daripada memikirkan kondisi si ayah..namun si anak gagahkan juga semangatnya, kentalkan juga emosinya mengharungi cabaran dan dugaan daripada-Nya...sungguh berat ujian yang diberikan ini..

si anak tidak lekang mendoakan kesejahteraan si ayah..setiap hari si anak menghubungi si ibu untuk mengetahui keadaan si ayah..si ibu sering memberikan jawapan "ayah baik-baik sahaja nak..insyaAllah dah beransur pulih.." setiap kali si anak bertanya..namun naluri si anak...dapat merasakan si ibu cuba menyembunyikan sesuatu dari pengetahuannya...si anak tetap bersabar dan berserah kepada-Nya..yang Maha Mengetahui dan Maha Mengasihi serta Maha Mengasihani..

** 2 hari kemudian **

jam 4.00 pagi..

pintu bilik si anak diketuk sedang si anak lena dalam tidur..si anak terjaga dan agak kehairanan..siapa yang mengetuk pintu di waktu-waktu begini? si anak berjalan perlahan-lahan membuka pintu..si anak terkejut dalam keadaan terpinga-pinga..tiba-tiba wajah seorang insan yang dikenalinya terpacul di muka pintu..insan itu lembut menuturkan kata "nak....ayah mu....sudah semakin tenat..mari kita balik..."

luluh hati si anak mendengar berita itu..lemah kakinya tak mampu lagi menampung beban derita perasaan yang dialami..namun dikuatkan juga kakinya untuk melangkah...dalam hati si anak sudah dapat menduga sesuatu..

setelah mendapat kebenaran, si anak dibenarkan pulang untuk melawat si ayah yang sedang tenat..

Tuesday, April 27, 2010

aku merinduimu....

sudah lama aku memendam rasa....
sudah agak lama perasaan ini terbuku di hati....
ingin ku luahkan perasaan ku ini...tetapi tiada siapa yang mahu mendengar...

ku suka kan dia....
adakah dia juga merasai apa yang ku rasa..?
aku rindukan dia...
adakah dia juga merinduiku setiap masa..?
ku mendambakan kasih darinya...
adakah dia juga mengharapkan kasih sayangku..?

ku sudah lama memaafkannya atas ketelanjuran yang dilakukan dulu..
ku ingin hidup bahagia disampingnya...
teringat kenangan manis tika bersamanya...
tak mudah untukku melupakan itu semua...
telah banyak onak dan duri kita tempuh bersama...

mengapa seakan sukar untuk ku lepaskan bebanan perasaan yang ku tanggung ini..?
adakah ini yang dikatakan cinta pandang pertama..?
tatkala mata saling berpandangan, sinar harapan terus menusuk qalbu suci ini....
berputiklah cinta-cinta di hati....



walaupun kau jauh di mata...tetapi hati ini seakan dekat pada mu...
walau sejauh mana pun kaki ini melangkah..ingatanku tetap padamu..
tak pernah pudar..tak pernah karat..
ia tetap segar dan mekar di kotak fikiranku..

sayangku....
aku sangat-sangat merinduimu kala ini.......

sudikah kau.............
menjadi santapan dan hidanganku..?

oh...ROTI JALA.......
bilakah akan dapat aku menyantapmu lagi???




p/s: gambar rai sebagai hiasan semata-mata

Tuesday, April 20, 2010

batu itu tak buruk....

petang-petang......

jalan-jalan.....

tepi pantai.....

pantai batu burok.....

bersama sahabat-sahabat......

bak kata orang, lepaskan tension (aku tak sure aku tension ke tak)...

berjalan-jalan sambil memerhatikan alam ciptaan-Nya......

melihat mentari senja melabuhkan tirainya.....sangat indah......

melayan muzik-muzik sentimental......

tiba-tiba kenangan silam menghambat jiwa....terasa syahdu....

ku inginkan saat-saat indah ini kekal selamanya....

tapi masa akan terus berjalan....dan berputar....ironinya kita takkan temui kembali masa yang telah ditinggalkan......




aku dan pathology

setelah hampir 3 jam dok kebas dalam dewan exam......

akhirnya paper pathology berjaya aku habiskan......sehabis-habisnya......

alhamdulillah......semua soalan dapat aku jawab dengan hati yang tenang dan gumbira......

tapi, mana-mana soalan yang aku x tau jawapan tu macam biaselah........tembak-menembak, panah-memanah, sumpit-menyumpit, rejam-merejam dengan diselangi aksi kejar-mengejar dengan masa.......

dalam essay jugak aku tak lupa untuk mereka-reka cerita, mengadu domba, menabur segala yang ada untuk soalan-soalan yang suam-suam kuku ingatan kat kepala ni....

yang menghairankan aku......kenapa aku sorang yang jawab essay begitu lama.....aku tengok mira kat sebelah (sambil tangan menulis)....ohh tidak...kenapa dia dah siap?? aku baru jawab 3 soalan.......

aku pandang ke muka jam......jam itu seakan-akan memberi amaran kepada aku.......cukup ke masa nak mengarang cerita epik ni..??? aku tak hiraukan semua itu.....tangan ku hayun meleret-leret mencoret menurut sahaja apa yang terlintas di otak ni......

si cat duduk sebelah mira pulak cuba mencetuskan keadaan huru-hara dalam dewan.......

saja mahu mencuri tumpuan......

namun ku gagahi segala kudratku tak nak tengok apa yg berlaku.....tumpuan ku arahkan sepenuhnya untuk menjawab saki-baki soalan yang tinggal (padahal banyak lagi yang ditinggal)....

tapi sayang.............

tumpuanku terganggu dek serangan psikologi yang bertubi-tubi menyerang.....

jawapan dan soalan untuk MCQ tiba-tiba diubah...aku semakin jadi keliru dan x paham.....dah la dengan keadaan aku yang nyawa-nyawa ikan nak jawab soalan tu....tetibe pulak jawapan diubah.....alamak.............aku hanya mampu berserah dan bertawakal.....

soalan yang telah 'berjasa' banyak makan masa aku (termasuk masa termenung + berangan jap masa jawab soalan):

- bronchogenic carcinoma (fikiran menerawang...)
- motor neurone disease (tak ingat signs, symptoms & complications die)
- anaemia (prevention measures yang terawang-awang diingatan)

apa-apa pun terima kasih kpd Dr. Thant Zin yang bersusah-payah mengajar aku pathology...walaupun dalam kelas aku selalu lelap, hanya sayup-sayup kedengaran suara dia, tapi dia still maintain je senyum....hahaha...Dr. Thant comell.....

Saturday, April 17, 2010

celaru identiti vs. meroyan

saat final exam makin dekat.....................

dek kerana terlalu kuat study......

inilah hasilnya.......



hanya yang ada....

ni je la gambar yang ada kelibat aku....isk3...sob3....







adakah akan berulang kembali..??

minggu lepas punye cerita ni..tp tak kesah la kn..ni baru ada masa nk update blog ni..atau dgn kata lain baru rajin sikit...walaupun tengah menghadap buku nk final exam..segala jenis buku..termasuklah 'buku muka' (facebook)...hehehe

minggu lepas baru dapat anugerah dekan untuk sem lepas...alhamdulillah..berbaloi jugak penat lelah berhempas-pulas (betul ke ni..??) selama 4 bulan..sejuk hati org tua dengar...dan congrats jugak kepada geng kesayangan ku; famoxe, mirae, zulaikhae, raihanae n ikram the ikye...semuanya dapat anugerah dekan.......






tapi..............

adakah peristiwa itu akan berulang kembali untuk sem-sem yang akan datang...??

hatiku mula keliru..mindaku mula celaru..fikiran mula tak tentu....

sejak pegang jawatan ni...hidup mula terisi..dan kadang-kadang sampai melimpah-limpah dek kerana isi banyak sangat...adakah aku mampu mengimbangi antara kewajipan, keperluan dan kemahuan diri ini? oh tidakk......

majlis malam anugerah tu aku n my team sendiri yang organise....alhamdulillah...majlis tu berjalan lancar seperti yang dirancang...kalau nk kata penat, memanglah penat sangat...tp hasilnya memuaskan hati...rasa berbaloi semua penat lelah dan kerja keras selama sebulan lebih merancang event ni...

congrats to all my ajk's.....ada yang tak sempat makan malam tu demi memastikan majlis berjalan lancar..termasuklah aku sendiri...hanya sempat menyuap beberapa sudu nasi saje ke dalam mulut...dan........yang paling sedih dan sadis sekali, dek kerana terlalu busy, berlari-lari ke sana ke mari...aku dipinggirkan daripada sesi bergigam......oohhh...betapa hancur dan luluhnya hati ku ini.......

aku hanya dapat melihat kebahagiaan orang lain bergigam....klik sana, klik sini...tetapi diriku ini.....(perlu ke sedih sampai macam ni sekali???)...special thanks to 'technician' malam tu; joe, fatah, kimi dan mereka yang disebalik tabir; zetty, ezza dan nona kerana 'terkorban'kan diri pd malam tu.....hehe...kesian korang da pakai lawa-lawa, cantik-cantik tapi orang tak amek gmbar..hehe.....

Tuesday, April 13, 2010

buatmu sahabat...

khas untuk sahabat-sahabatku yang telah pergi menghadap Ilahi..
1. Mohd Taufiq
2. Rafiwal
3. Insan yg pernah disayangi

kehadiran kalian dalam hidupku cukup bermakna..walau hanya seketika pertemuan kita...
semoga kalian tenang dan aman di sana....
memori kita bersama tetap diingatan....
rindu korang....

Kau Sahabat Kau Teman

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang maha Esa telah menetapkan
Sedih rasa hati ini bila mengenangkan
Kau sahabatku
Kau teman sejati

Tulus ikhlas mu Luhur budimu
Bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku
Kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah di atas kehendak yang Esa

Ya Allah
Tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang dikau janjikan nikmat untuk hmbamu
Sahabatku akan kuteruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup di teruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahgia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus ku kirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Kau sahabatku
Kau teman sejati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails