minggu lepas punye cerita ni..tp tak kesah la kn..ni baru ada masa nk update blog ni..atau dgn kata lain baru rajin sikit...walaupun tengah menghadap buku nk final exam..segala jenis buku..termasuklah 'buku muka' (facebook)...hehehe
minggu lepas baru dapat anugerah dekan untuk sem lepas...alhamdulillah..berbaloi jugak penat lelah berhempas-pulas (betul ke ni..??) selama 4 bulan..sejuk hati org tua dengar...dan congrats jugak kepada geng kesayangan ku; famoxe, mirae, zulaikhae, raihanae n ikram the ikye...semuanya dapat anugerah dekan.......
tapi..............
adakah peristiwa itu akan berulang kembali untuk sem-sem yang akan datang...??
hatiku mula keliru..mindaku mula celaru..fikiran mula tak tentu....
sejak pegang jawatan ni...hidup mula terisi..dan kadang-kadang sampai melimpah-limpah dek kerana isi banyak sangat...adakah aku mampu mengimbangi antara kewajipan, keperluan dan kemahuan diri ini? oh tidakk......
majlis malam anugerah tu aku n my team sendiri yang organise....alhamdulillah...majlis tu berjalan lancar seperti yang dirancang...kalau nk kata penat, memanglah penat sangat...tp hasilnya memuaskan hati...rasa berbaloi semua penat lelah dan kerja keras selama sebulan lebih merancang event ni...
congrats to all my ajk's.....ada yang tak sempat makan malam tu demi memastikan majlis berjalan lancar..termasuklah aku sendiri...hanya sempat menyuap beberapa sudu nasi saje ke dalam mulut...dan........yang paling sedih dan sadis sekali, dek kerana terlalu busy, berlari-lari ke sana ke mari...aku dipinggirkan daripada sesi bergigam......oohhh...betapa hancur dan luluhnya hati ku ini.......
aku hanya dapat melihat kebahagiaan orang lain bergigam....klik sana, klik sini...tetapi diriku ini.....(perlu ke sedih sampai macam ni sekali???)...special thanks to 'technician' malam tu; joe, fatah, kimi dan mereka yang disebalik tabir; zetty, ezza dan nona kerana 'terkorban'kan diri pd malam tu.....hehe...kesian korang da pakai lawa-lawa, cantik-cantik tapi orang tak amek gmbar..hehe.....
No comments:
Post a Comment