Thursday, April 29, 2010

Permata yang Hilang (Part 1)

kisah bermula di sebuah desa di selatan tanah air...di pinggiran kota..si anak baru mendapat sebuah berita gembira..si anak diterima masuk ke kolej di negeri kelahirannya itu untuk menyambung pelajarannya..gembiranya bukan kepalang..seluruh keluarga juga menumpang gembira..termasuk seorang insan yang terlantar di baringan..si ayah...si ayah menderita panyakit stroke (angin ahmar) dan sebahagian anggota tubuhnya kehilangan fungsi..dan kehilangan upaya untuk bergerak..hanya mampu terlantar dan bergerak dengan bantuan orang lain..

namun si ayah tetap melahirkan rasa gembira yang teramat sangat atas kejayaan si anak..si ayah sangat berharap untuk melihat si anak menggapai impian menjadi seorang doktor..si anak berkongsi kegembiraan dengan si ayah..air mata kedua-dua insan ini menitis tanda kesyukuran atas anugerah-Nya yang tak terhingga..

*****

sedang si anak di kolej menimba ilmu, si anak mendapat panggilan dari si ibu...menyatakan keadaan si ayah semakin kritikal dan tenat..hati si anak mula bergoncang..kerisauan mula melanda dirinya..hatinya meronta-ronta untuk pulang ke rumah, namun tidak dibenarkan kerana sedang menghadapi peperiksaan..tumpuannya hilang entah ke mana..emosinya bercampu-baur..fikirannya bercelaru..tak dapat mengelak daripada memikirkan kondisi si ayah..namun si anak gagahkan juga semangatnya, kentalkan juga emosinya mengharungi cabaran dan dugaan daripada-Nya...sungguh berat ujian yang diberikan ini..

si anak tidak lekang mendoakan kesejahteraan si ayah..setiap hari si anak menghubungi si ibu untuk mengetahui keadaan si ayah..si ibu sering memberikan jawapan "ayah baik-baik sahaja nak..insyaAllah dah beransur pulih.." setiap kali si anak bertanya..namun naluri si anak...dapat merasakan si ibu cuba menyembunyikan sesuatu dari pengetahuannya...si anak tetap bersabar dan berserah kepada-Nya..yang Maha Mengetahui dan Maha Mengasihi serta Maha Mengasihani..

** 2 hari kemudian **

jam 4.00 pagi..

pintu bilik si anak diketuk sedang si anak lena dalam tidur..si anak terjaga dan agak kehairanan..siapa yang mengetuk pintu di waktu-waktu begini? si anak berjalan perlahan-lahan membuka pintu..si anak terkejut dalam keadaan terpinga-pinga..tiba-tiba wajah seorang insan yang dikenalinya terpacul di muka pintu..insan itu lembut menuturkan kata "nak....ayah mu....sudah semakin tenat..mari kita balik..."

luluh hati si anak mendengar berita itu..lemah kakinya tak mampu lagi menampung beban derita perasaan yang dialami..namun dikuatkan juga kakinya untuk melangkah...dalam hati si anak sudah dapat menduga sesuatu..

setelah mendapat kebenaran, si anak dibenarkan pulang untuk melawat si ayah yang sedang tenat..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails