setelah hampir 3 jam dok kebas dalam dewan exam......
akhirnya paper pathology berjaya aku habiskan......sehabis-habisnya......
alhamdulillah......semua soalan dapat aku jawab dengan hati yang tenang dan gumbira......
tapi, mana-mana soalan yang aku x tau jawapan tu macam biaselah........tembak-menembak, panah-memanah, sumpit-menyumpit, rejam-merejam dengan diselangi aksi kejar-mengejar dengan masa.......
dalam essay jugak aku tak lupa untuk mereka-reka cerita, mengadu domba, menabur segala yang ada untuk soalan-soalan yang suam-suam kuku ingatan kat kepala ni....
yang menghairankan aku......kenapa aku sorang yang jawab essay begitu lama.....aku tengok mira kat sebelah (sambil tangan menulis)....ohh tidak...kenapa dia dah siap?? aku baru jawab 3 soalan.......
aku pandang ke muka jam......jam itu seakan-akan memberi amaran kepada aku.......cukup ke masa nak mengarang cerita epik ni..??? aku tak hiraukan semua itu.....tangan ku hayun meleret-leret mencoret menurut sahaja apa yang terlintas di otak ni......
si cat duduk sebelah mira pulak cuba mencetuskan keadaan huru-hara dalam dewan.......
saja mahu mencuri tumpuan......
namun ku gagahi segala kudratku tak nak tengok apa yg berlaku.....tumpuan ku arahkan sepenuhnya untuk menjawab saki-baki soalan yang tinggal (padahal banyak lagi yang ditinggal)....
tapi sayang.............
tumpuanku terganggu dek serangan psikologi yang bertubi-tubi menyerang.....
jawapan dan soalan untuk MCQ tiba-tiba diubah...aku semakin jadi keliru dan x paham.....dah la dengan keadaan aku yang nyawa-nyawa ikan nak jawab soalan tu....tetibe pulak jawapan diubah.....alamak.............aku hanya mampu berserah dan bertawakal.....
soalan yang telah 'berjasa' banyak makan masa aku (termasuk masa termenung + berangan jap masa jawab soalan):
- bronchogenic carcinoma (fikiran menerawang...)
- motor neurone disease (tak ingat signs, symptoms & complications die)
- anaemia (prevention measures yang terawang-awang diingatan)
apa-apa pun terima kasih kpd Dr. Thant Zin yang bersusah-payah mengajar aku pathology...walaupun dalam kelas aku selalu lelap, hanya sayup-sayup kedengaran suara dia, tapi dia still maintain je senyum....hahaha...Dr. Thant comell.....
No comments:
Post a Comment